Family Medicine Posting (Fammed)

1st day Fammed, lepas kelas mandi kolam terus!


Ayuhla kita sambung, dah tulis panjang untuk entri kali ni tapi phone reformat dan hilang semuanya. Sedihhh:( dan malas nak tulis balik sebab feel tak sama. Tapi nak tulis balik juga sebab sayang, dan entri kali ni tak sepanjang seperti yang asal.

Rubbish in rubbish out. Tanya soalan bodoh dapat jawapan  bodoh. -Dr K.

Tahu tapi terkadang bila clerk keluar soalan bodoh juga. Tapi posting kali ni rasa best sebab rasa semua benda jadi mudah. Memang banyak nak cover, tapi rasa dipermudahkan gitu. Tak tahulah, dr terang jadi mudah dan baru terfikir "Oh senang je benda ni, asal aku struggle nak ingat benda ni dulu".

Attach di klinik pula, first rotation dapat bilik Mother Child Health (MCH). Dah lama tinggal paeds dan ong, tak prepare apa pun masuk bilik ni. Fetal heart rate pun boleh lupa lol sangat, buat PE pun fetal back salah detect haih. Tapi yang best bila attach dengan pakar. Suka dengar diorang consult, bilik tu rasa rasa positive vibes dan dapat belajar consult sekali. Dr F dan dr M pula ajar ultrasound, bersyukur sangat sebab selama ni aku observe je k. Dr ajar one to one, ajar pegang probe macam pegang pensel pertama kali dalam hidup. Waktu ni baru pandai scan dan baca ultrasound macam mana, selama ni posting ong baca buku je tak ingat pun. Betullah 'the eye can't see what your mind doesn't know', sebab mula-mula tu tak pandai baca scan, dr cakap baru faham. Buku dengan real life tak sama, sebabnya dah baca pun still depan-depan confius ni apa.

Next bilik emergency. Bilik kedua best sebab dapat buat procedure. Mula-mula blur gitu, bagi neb pun tak reti hahah. Sorry buat sepah dan contaminated bagai. Tapi terima kasih Encik H, K, F dan R sebab ajar banyak benda!! Setiap kali habis attach bilik lain, bilik ni lah tempat lepak. Sorry tak join makan-makan last day haritu sebab ada hal. Sedih:(

Next bilik out patient department (OPD). Bagi aku bilik ni paling best sebab dapat refresh banyak benda. Tapi first day attach ialah bad day, awkward atmosphere, present case teruk sebab tak prepare dan emm macam out of sudden. Tapi lama-lama dah ok alhamdulillah haha. Tak tahulah ea, tapi prefer attach sorang berbanding berdua kalau di opd ni sebab tak serabut.

Berubahla wahai diri, nak masuk year 5 dah. Cpg diabetic pun terkedek-kedek. Dari posting IM baca cpg tak habis-habis, setiap kali baca mesti jumpa benda baru. Dah tu selama ni kau study apa je haha. Terkadang terlintas dalam hati "Kenapa aku baru tahu benda ni ea? Sebelum ni kenapa skip je tak baca thoroughly?" Dr tanya tak dapat jawab baru sedar oh penting rupanya. Cumanya takut sikitlah sebab dr main tanya je, prepare tak prepare kau jawab je yang penting jawapan berdasarkan cpg. Otak kene function sikit gitu.

Next ialah lab. Lab ni best sebab dapat buat sendiri. Tapi tulah aku buat kerja lambat sikit, ujian air kencing UFEME tu pun kekok. Bayangkan pakai baju kurung buat UFEME sebab target nak buat FBC je, tapi dapat UFEME. Best untuk waktu yang sekejap je. Selebihnya banyak ulang dan ulang, lama-lama kita bosan. Banyak menunggu mesin tu proses result. Bersyukur la dapat tengok test yang biasanya kita main tahu order je tapi tak tahu macam mana dia buat sampai dapat result. Tq Kak H dan Kak A.

Part yang paling bersyukur semangat belajar dah kembali, adalah kekadang tu lowest point juga tapi takpe one step at a time dear self! Sekian habis sudah.  

Comments