Kolej 13 UPM

kolej 13 upm
Kuliah 3, Hai semua!!! Lama dah tak jumpa.

Lepas SPM, kita akan ada banyak pilihan untuk sambung belajar. Banyak sangat sampai jadi pening dan serabut. Tak tahu nak pilih pun ada. Aku pilih matrik atau asasi. Aku dapat matrik Melaka. Masa nak isi UPU, aku letak asasi UPM (asasi sains pertanian) pilihan pertama aku. Degree nanti boleh sambung macam-macam, bukan tertakluk pada kos pertanian sahaja. Ada enam pilihan kesemuanya. Kedua dan seterusnya aku tak ingat, sebab dah lama. Tak sanggup nak throwback.

Selang beberapa minggu, result UPU pun keluar, dan aku dapat pilihan pertama aku. Waktu ni aku happy lah, sebab dapat apa yang aku nak. Dah la UPM, dekat dengan semua tempat. Maksudnya, semua ada, shopping mall semua dekat-dekat, transport pun berlambak dan yang paling best pelajar asasi akan dapat elaun setiap semester. Total ada 3 semester, jadi satu sem dapat lebih kurang RM 1000.

Memang seronok tak terkata. Hidup senang je sepanjang asasi, makan sedap, keluar selalu, shopping pun banyak. Duit pun keluar laju macam air. Air terjun rasanya, bukan air paip biasa. Ikut oranglah, aku ni boros. Tak sedar diri betul. 

Kolej 13
Aku dapat kolej 13. Kolej dia secara jujurnya tak cantik mana pun. Hahaha sorry. Ada lima tingkat dan tandas kat luar, hujung sekali. Aku dapat blok F, blok yang paling hujung. Tandas blok F je yang dah renovate. Jadi, tandas blok aku jadi cantik, bersih, besar, selesa, wangi dan rasa nak duduk dalam tu lama-lama. Tandas blok lain tak seindah dan sebersih tandas blok aku. Kenapa macam tu? Ada cerita di sebaliknya. Tanyalah senior sapa-sapa. 

  • Bilik tidur dia selesa dan luas. Satu bilik ada 6 orang. Jangan risau, ada partition setiap katil. Jadi, sangatlah privasi dan selesa. Meja study pun okay dan besar, ada rak nak susun buku..Lampu persendirian pun disediakan. Jadi malam-malam tu kalau nak study sorang-sorang tak menganggu orang lain yang nak tidur. Guna lampu sendiri je, tak payah buka satu bilik. 
  • Katil single, bukan double. Bantal bawa sendiri, dia tak sediakan bantal. Almari besar dan boleh sumbat banyak barang. Kalau malas nak lipat, bawa hanger banyak-banyak. Sangkut je baju korang.
  • Nanti jangan lupa bawa extension plug, sebab plug ada satu je setiap sorang, nak charge phone lagi, iron lagi, charge laptop, charge power bank, gosok baju, sambil tu nak masak air ke  haha banyakkan.
  • Kipas dalam bilik ada satu je. Maksudnya enam orang kongsi satu kipas, jadi korang nak bawa kipas dari rumah pun boleh. Ramai je yang bawa. Manalah tahu takut ada yang cepat berpeluh ke, tak tahan panas ke.
  • Mesin dobi ada disediakan. Nak basuh sendiri pun boleh, lagi bagus. Tak payah susah-susah korang nak turun bawah hantar baju pergi dobi. Tapi biasanya aku hantar dobi je. Bayar sekali cuci sampai kering RM3. Duit syiling boleh, kertas pun boleh je.
  • Senior-senior di k13 ada yang baik, ada yang menyirap sikit tapi kebanyakannya okay je. Hahaha sorry.

Sitegiant E-Commerce
  • Tong sampah tak disediakan, kene buang sampah sendiri. Belilah tong sampah yang kecil tu dan plastik sampah jangan lupa. Rumah sampah dekat je dengan kolej 13. Jalan keluar pintu pagar sikit, pastu belok kanan, terus je. Rumah sampah ada di sebelah kanan jalan.
  • Ada meja batu yang macam mozek tu kat bawah blok. Ada banyak, bolehla buat study group malam-malam.
  • Bahagian bawah setiap block ada jual air mineral botol besar tu, RM2. Takde sape jaga pun, kalau nak letak je duit dalam tabung tu. 
  • Surau dia selesa, bersih dan terjaga. Azan pun dengar sampai ke bilik. Kadang-kadang tu pengumuman ada juga melalui mikrofon surau.
  • Makanan ada je dia jual bawah blok lelaki tu. Tak pun ada cafe luar kolej. Jalan kaki je dah sampai.
  • Kalau korang nak naik bas, beratur elok-elok ok! Sebab biasanya kalau ramai orang, confirm macam main rugbi kat depan pintu bas tu. Berebut la yang penting, tanpa mengira jantina ok! Sebab semua nak balik awal kan, sapa je sanggup tunggu bas lagi sekali?
  • Zaman dulu, budak asasi tak payah kumpul merit pun, takde maknanya dia nak buang kolej. Tapi untuk pelajar degree yang duduk di kolej 13, wajib kumpul merit.

kolej 13 upm
Meja study besar, ada lampu sendiri dan rak yang luas

kolej 13 upm
Nilah partition setiap enam orang dalam satu bilik.

Biasanya ruang tengah-tengah laluan tu jadi ruang lepak, makan sama-sama, borak, tidur dan study group. Nak bawa tikar pun boleh je.

So macam ni meja batu kat bawah block. Tq korang datang melawat:))) Padahal singgah je lepas jalan-jalan. Ni semua satu asrama waktu spm. 

Sorry babal, terconteng pulak heee:) Babal satu bilik dengan aku dari form 1 ke form 5 sampailah asasi. Pastu degree haha takdah. Terpisah, sedih gila. Takde gambar lawalah sebab diorang datang mengejut, pastu kitorang main sarung je tudung. Kalau nak turun bawah memang kena pakai tudung sebab ada warden lelaki yang tiggal kat bawah. Tak ingatlah warden ke suami warden ke siapa, yang pasti wajib tutup aurat bila nak turun bawah.

11.56 pm, (4.2.2018)
Biar aku sambung update cerita asper, sebab emm stress study week. Jadi dengan gigihnya aku mencari semangat nak menceriakan diri:) Tiba-tiba teringin nak tengok gambar asper kat laptop hahaha sajaaa pastu tiba-tiba ehe update kat blog lah. Ni gambar sepanjang asasi. Abaikan semua muka selekeh dan serabai aku haha! Gaya pun emm entahla ngarut. Selekeh sangat-sangat serius. Padahal dah umur 18 dah waktu tu.


kolej 13 upm
Pendaftaran di pagi hari.

Okay gambar first tu, gambar waktu pendaftaran. Beratur panjang gila. Bawalah semua dokumen yang dia minta. Yuran nak bayar walk in boleh, bank in dulu pun boleh. Apa yang penting waktu ni, korang dah kena plan siap-siap kalau nak sama bilik dengan kawan korang. Beratur dekat-dekat dan sentiasa sama-sama hahaha. Sebabtu aku dan babal masih dapat sama bilik waktu asasi ni. Sebab dah terbiasa dengan dia dari sekolah lagi, alang-alang dapat kolej sama baik satu bilik kan. Senang kalau dah kenal.

kolej 13 upm
Perkenalkan my six lovely housemates blok F:) Hannah, aai, epah, babal, me and farah. Semua muka fresh lepas spm haha!! 

Okay gambar di atas waktu orientasi kolej. Malas gila nak jalan pergi dewan, sebab dewan tu jauh dari kolej perempuan, kolej lelaki dekatlah. Mula-mula je rasa jauh, lama-lama dekat je. Cerita pasal orientsi K13 ni bolehla best. Mula-mula tak best sebab kena paksa buat itu ini, lama-lama haha best pulak! Waktu orientasi nilah korang akan berkenalan dengan semua. Senior, mpp, warden dan kawan-kawan sekolej. Orientasi satu budak asper dengan kolej lain. Aah memang banyak orientasi. Last-last bukannya sempat kenal semua pun haha. Masa ni juga lagu k13 tu automatik dah dapat hafal rentak dia macam mana. Sebab asyik-asyik nyanyi, sorak, aktiviti berkumpulan. Mula-mula lagu dia macam pelikla juga, lama-lama korang rindu!! Lepastu baru kita perasan bolehla sedap juga. Buli-membuli waktu orientasi ni biasa je semua tu. Takdelah buli sangat, biasa-biasa je. Tapi adalah satu malam tu senior tu mengamuk pasal apa entah lupa, yang pasti semua kena grenade. Aku dah blur, apa benda grenade tiba-tiba2 ni. Sesetengah budak perempuan blur gila tak tahu nak buat apa. Pastu semua orang (lelaki dan perempuan) mulalah meniarap kat atas lantai. Entahla, malu gila. Aku nak gelak, sebab housemate aku gelak. Apa yang penting, di akhir orientasi, ukhwah dan silaturrahim antara korang rapat dan kuat. Tak semua orang lah, tapi rasa tu ada:)


Bawah ni semua gambar waktu practical agric. Sebab tu subjek agric paling best, ada theory ada hands on. Theory memang takde cara lain, memang kena faham dan ingat  betul-betul. Sebab kalau kita tak baca, memang kita tak tahu. Takde maknanya boleh goreng sesuka hati. Tapi lecturers agric semua baik-baik, rajin-rajinlah tanya soalan apa yang selalu masuk exam. Subjek ni macam tempat kita release tension, sebab subjek yang lain semua mengundang stress. Lagi-lagi calculus, tolonglah.

kolej 13 upm
My classmates!! Dan sekarang semua dah sambung degree ikut pilihan masing-masing.

kolej 13 upm
My best friend during agric practical! Tengah petik buah tomato:)
Yang ni aktiviti apa eh haha aku tak ingat. Rasanya petik sayur dan packaging untuk jual.
Dah siap masuk dalam plastik bag, tampal harga dan sedia untuk dijual. Sebelum tu kena timbang dulu.

Waktu praktikal agric lah paling best sepanjang asper. Tapi tulah panas terik mentari tahap maximum. Bawalah topi ke payung sepanjang jalan nak ke tempat praktikal. Kalau praktikal dalam kawasan upm memang kena jalan, kalau jauh jauh jauh sangat baru bas disediakan. Korang burn punya waktu praktikal kalau takde protection apa-apa. Banyak je aktiviti praktikal, banyak lah dan best semuanya.

Praktikal yang paling ingat waktu kat kolam ikan. Budak lelaki turun kolam tangkap ikan, lepastu semua kena siang ikan tu hidup-hidup dan perap nak buat apa tu lupa lah nama dia. Ikan kering ke pekasam. Waktu tu first time pegang ikan hidup-hidup dan terus kena siang. Hahahaha takutlah sebab kat rumah siang yang dah sejuk beku. Orang yang jaga tu pun buat demo, tahu tak ikan tu kita pegang, rileks pastu terus gunting dari mulut dia dan ke bawah nak keluarkan isi perut tu. Lepas tu macam biasa. Isi perut ikan fresh pun berbeza dengan yang dalam peti ais, dia macam pekat, banyak dan berbau haha. Nak kelar dari tepi pun boleh je, tapi untuk yang susah nak buat, tu yang dia ajar gunting ikut mulut. Lengan baju memang dah basah lencun waktu ni sebab seluk ikan dari baldi kan. Dalam baldi tu ada air haha. Nak senseng tak boleh sebab kerja dalam berkumpulan, setiap kumpulan akan ada lelaki. Nak pegang ikan tu pun asyik gerak-gerak je, aduh makin takut nak pegang. Tapi lama-lama dah boleh adapt:) Redah je perasaan takut ke geli ke busuk ke. Sekejap je, balik sabun lah. Balik tu penat dan teruslah bersihkan diri. Baju pun terus basuh tak tangguh sebab simpan kang busuk dalam bilik. Gambar kat kolam ikan takdelah, tak jumpa kat folder mana.



Sitegiant E-commerce

kolej 13 upm
Haha yang ni aku lupa kena buat apa. Tapi banyak main dengan tanah waktu ni. 
Ni pun rakan sekuliah juga. Practical memang ikut kuliah, tapi ada sesetengah yang gabung dengan kuliah lain. Kalau gabung tu waktu practical yang melibatkan tempat luar, sebab kena kongsi bas dan nak jimat masa. Biasanya dua kuliah setiap practical.

kolej 13 upm
Hahaha apa benda tah yang kitorang buat. Kalau tak silap waktu ni nak buat batas. Waktu ni baru tahu betapa susahnya petani kalau takde teknologi waktu dulu.

Ada satu practical tu kena pergi kandang lembu. Ada kambing sekali waktu ni. Yang ni pergi naik bas, sebab jauh dari kolej. Kat sini best, view lawa sangat. View padang rumput tu, bukan kandang lembu. Kat sini kita didedahkan dengan cara kita perah susu lembu, lembu makan, tidur, ada yang sakit dan kena diasingkan dari lembu-lembu lain, lembu kembar pun ada tapi jarang berlaku. Waktu ni ada je nampak student vet. Lepastu, kita boleh bagi makan dan susu untuk lembu dan kambing tu. Susu kita bagi dalam botol. Setiap lembu tu kat telinga dia ada macam sangkut code diorang. Tak tahu pulak detail tapi ada nombor semua. Yang ni pun gambar takde dalam folder, dah hilang kot haha. 

kolej 13 upm
Yang ni gambar rakan sekuliah. Tolong jual ayam.

Waktu ni memang setiap kuliah akan ke pasar tani dan belajar cara berjual beli. Kita akan belajar layan pelanggan macam mana, cara berkomunikasi, cara promote barang dan kena tahulah sikit-sikit tentang jualan kita. Last sekali, akan dapat upah dari penjual tu sendiri. RM 20 ke RM 15 entah lah dah lupa. Praktikal ni pun antara yang best, sebab dah habis niaga, boleh pusing-pusing beli makanan haha!!

kolej 13 upm
Jual ikan. 

Nasiblah dapat tugas berniaga kat gerai  mana, senang untunglah, kalau susah tu hahaha pandai-pandailah. Waktu ni aku kena berniaga kat gerai buah-buahan. Mana entah gambar, hilang tak jumpa dalam folder mana, Senang je, buah laku je haha. Cuma kadang-kadang tu bila pelanggan tanya kita tak tahu buah yang ni dari negara mana? Dah cukup masak ke belum? Waktu takde pelanggan rajinkan diri untuk tanya peniaga tu. Waktu nilah korang belajar 1 kg berapa ringgit, ilmu-ilmu yang tak dapat dalam kelas korang akan dapat waktu practical ni. Tu yang best. Nak kira duit, bagi baki, promote barang tu semua kena buat dengan cekap. Kena yakin bila deal dengan pelanggan, kalau tak dia pun ragu-ragu dari nak beli kepada tak jadi beli. Waktu ni peniaga kedai tu tengok je kita, kita yang buat semua sendiri. Sepanjang berniaga tu, korang kena selalu senyum dan bermanis muka, walaupun berpeluh, panas, haus dan penat. Nampak je orang lalu depan kedai, kalau waktu tu tak promote barang, senyum.

kolej 13 upm
Jual daging

kolej 13 upm
Jual sayur

Aktiviti di pasar tani habis dalam pukul 12 tengahari. Gerak awal pagi, bas ambil dalam 6.30 camtu sebab pukul 7.30 tu dah kena ada di pasar tani.  Penat tapi pengalaman tu yang berharga:)

Haiii 

kolej 13 upm
Waktu ni kena bersihkan semua semak samun dan kena kenal nama  pokok-pokok yang ditanam. Sumpah penat, korang bawalah topi, cuaca panas. Air pun bawa.



kolej 13 upm
Waktu ni kitorang kena cantas, buang ranting-ranting yang tak perlu. Pokok tu besar, lepas tu kitorang cantas-cantas kecik balik haha. Tapi memang kena macam tu pun.

kolej 13 upm
Ni gambar kuliah, satu kelas dalm 48 orang camtu. Subjek physics waktu ni, haha lama dah tinggalkan, physics dia bolehla susah juga. Kena banyakkan latihan dan faham konsep. 

kolej 13 upm
Ni kat lab, takde gambar proper kat lab. Hai dayah heee:)

Lab report pula, ikutlah mood dr tu, ada yang nak sebelum habis waktu lab, ada yang boleh hantar seminggu lepas tu. Jawapan lab report biasanya cari je kat google. Lab universiti berbeza dengan sekolah, semua kena buat sendiri. Dia terang, tak faham terus tanya, lepastu terus buat ikut kumpulan masing-masing. Dalam partner, maksudnya dua orang je setiap kumpulan. Andai kata result tak jadi, tak sama macam teori, haha buat balik. Selagi ada masa buat balik. Kalau barang pecah haha, entah tak ingat. Bagitahu je, tak kena bayar pun. Kalau lab coat lupa nak bawa, ada je lab coat lebih kat makmal tu, tapi bayarlah, sebagai denda.

kolej 13 upm
I miss youuu. Ni waktu dinner asper.

Okay habissss.

Comments

  1. Kite boleh sambung almost semua degree kan? Kecuali farmasi dengan sastera. Saya keliru sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah farmasi memang takde. Kalau sastera ada, dia bawah fakulti bahasa moden dan komunikasi

      Delete
  2. Thanks akak. Satu lagi, kite nk kena bayar untuk ape ye sebelum pendaftaran? Sbb dlm buku panduan nie...die nyatakan yg full payment je. Yg seribu lebih tu. 😵

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome:)
      Kitorang dulu bayar rm 2000 untuk ketiga-tiga sem waktu pendaftaran tu juga. Tak ingat rm 2000 tu untuk apa je, yang pasti dah merangkumi semua sem.

      Delete
    2. Oh yeke? Thanks a lot. Nanti klu ade pape soalan saya tanya lagi boleh? ☺

      Delete
    3. Welcome, tanya je apa2 k.

      Delete
  3. salam. akak, nanti kan kena buat ujian kesihatan dekat pusat kesihatan upm. kena bayar lagi ke atau dah termasuk yuran? 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Oh yang tu perlu bayar rm 70 atau rm 80 camtu. Dia tak termasuk yuran. Jadi kena bawa duit waktu med checkup tu.

      Delete
  4. Kak aini, thanks sbb sudi jawab pertanyaan saya. Saye dh masuk asper nie. Ade pape tips tak untuk skor 4flat? 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha, lawak k. I'm not a 4 flat student:) Tapi antara tips yang penting ialah:
      1. Jaga solat dan jaga masa.
      2. Banyakkan buat soalan past year. Study group sangatlah membantu.
      3. Tutorial penting, sebab quiz dr ambil mostly ikut tutorial dalam buku. Dia ubah sikit-sikit je.
      4. Markah semua bergantung pada dr. Kalau dr tu suka tolong pelajar dan tak strict, tinggilah markah. Ikut rezeki masing-masing dapat dr yang mana. Tak boleh nak agak.
      5. Boleh je nak study last minute, tapi bergantung pada otak masing-masing juga. Better jangan buat. Sebab final serius banyak dan rasa terbeban.
      6. Subjek Agric paling best, wajib score A+ subjek ni sebab nilah satu-satunya subjek nak tinggikan pointer.
      7. Yang ni paling penting, JANGAN LEKA.

      Delete
    2. Thank again sbb sudi jwb soalan. Tips akak insyaAllah saye print tampal kat kat meja study. At least ade org yg support kan. Doakan kejayaan saya ye. Saranghae, ❤

      Delete
  5. Assalamualaikum sis. Nk tanya, semua student asasi sains pertanian ni straight a ke? Sbb saya memang minat nk masuk asper tapi kimia saya B+ dan english saya B. Ada harapan x saya dpt masuk asper?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada harapan jangan risau. Bukan semua pelajar asper straight A.

      Delete
  6. Apa syarat kelayakan utk masuk asper ni..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti ada sijil SPM sekurang-kurangnya:
      Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, dan gred C+ dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan lulus matapelajaran sejarah serta gred B dalam lima (5) mata pelajaran berikut:
      - Biologi
      - Kimia
      - Matematik
      - Matematik Tambahan dan
      - Fizik,
      - Sains Pertanian

      Delete
    2. saya amik aliran sains pertanian je takde kimia bio semua tu.. spm dpt A.. layak ke masuk?

      Delete
    3. Sebab subjek tu tak cukup 5, dan pelajar asper akan belajar kimia bio. Penting sangat.

      Delete
  7. As salam... boleh hubungi no ni... 0139615440... harap sngt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam kenapa ye? Tanya je kat sini, saya jawab satu2.

      Delete
  8. Akak..rambut boleh warna ke..i mean kalau dia free hair or non bumi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kalau warna tak terang sangat. Contohnya dark brown, medium brown. Sebab asper peraturan tak ketat pun.

      Delete
  9. Assalamualaikum kak. Satu batch ASPer ni ada berapa orang. Lepastu ada berapa kuliah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam asper 800 orang, 18 kuliah.

      Delete
    2. Jadi satu kuliah ada dlm lebih kurang 45 pelajar. Akak rasa ramai sangat x masa kuliah atau ok2 je.

      Delete
    3. Ramai sebenarnya dan kita takkan rapat dengan semua classmate kita pun. Persaingan tu jadi tinggi sebab kebanyakannya semua pandai.

      Delete
  10. akak dressing mcm mana kalau non muslim..baju kurung jugak ke boleh pakai lain2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baju bebas (boleh pakai lain2) yang penting tak menjolok mata.

      Delete
    2. Salam..boleh pakai jeans ke atau hanya seluar slack?kalau seluar slack warna selain hitam boleh?terima kasih kerana membantu.

      Delete
    3. Jeans boleh pakai. Seluar warna apa-apa pun boleh, tak semestinya seluar slack hitam je. Semua jenis seluar boleh. Takde specific dress code pun kat sini. Yang penting kemas dan pakai kad matrik. Takde sapa kesah korang pakai apa.

      Delete
  11. Masa batch akak dulu ada ramai x sabahan n sarawakian? Lepastu kalau kita dah terima tawaran asasi UMK-MARA adakah kita x akan menerima tawaran dari upu lagi?

    ReplyDelete
  12. Tak sure ramai ke tak. Soalan kedua pun tak sure juga. Sorry��

    ReplyDelete
  13. Memang perlu beli laptop x utk program asasi. Atau tunggu degree baru beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye memang kena beli sebab lectures hantar notes dalam bentuk power point (tapi ada je yang guna buku modul tu), nak buat assignment atau lab report lagi (assignment semua kena taip, lab report ada je yg tulis tangan), nak google jawapan atau belajar dari youtube, nak copy paste, kerja berkumpulan lagi. Kadang2 assigment/homework hantar online. Kalau yang berkemampuan, bawa printer sendiri. Banyak benda nak kena print. Kalau takde kena rajin pergi kedai potostat.

      Better beli dari asasi supaya memudahkan kerja, masa dan kita tak bergantung sangat pada orang lain.

      Delete
  14. Assalam akak. Nk tnya macam mna dgn degree accounting dkt upm? Kan masa asasi tu mostly kita belajar subjek sains? So mcm basic acc xde utj degree atau lecturer akan ajar kita balik nnti??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, aah mostly asasi belajar subjek sains. Nanti masuk degree lecturer akan ajar dari basic contohnya Introduction to accounting, planning and use of financial information dan banyak lagi. Memang asper takde belajar basic account pun. Subjek yang related dengan calculating cuma calculus dan statistic.

      Delete
  15. Assalam akk nk tnye kelayakan untk buat medic degree nnti ape erk? Ad iv ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Aah medic ada iv dulu. Kelayakan untuk lepasan matriks atau asasi:

      Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.85, dan mendapat sekurang-kurangnya Gred A- (3.67) dalam matapelajaran Biology dan Chemistry pada peringkat Matrikulasi/Asasi dan satu daripada mata pelajaran berikut: Physics, atau Mathematics

      dan

      Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:
      - Biology;
      - Chemistry;
      - Physics;
      - Mathematics/Additional
      - Mathematics dan satu mata pelajaran lain.

      dan

      Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3) dalam Malaysian University English Test (MUET), atau mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).

      dan sekurang- kurangnya Gred C/6C dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris peringkat SPM.

      Calon mesti lulus temu duga dan saringan khas yang ditetapkan.

      1. Calon mesti disahkan sihat dari segi perubatan oleh pengamal perubatan berdaftar yang diiktiraf oleh UPM.
      2. Calon yang mengidap penyakit medikal seperti HIV/AIDS, Hepatitis B atau C, penyakit mental, sawan dan penyakit kronik yang lain tidak dibenarkan memasuki program.

      Delete
  16. Assalamualaikum kak.. Nak tanya saya dpt smbg asper, kalau sya smbg ni lps asasi blh smbg degree accounting ke?? Then nak tanya ade x student yg x berapa pandai english but then lama2 pandai speaking bila nk buat presentation semua??
    Lg stu nk tanya, semua student akan dpt elaun ke even bapa dia gaji lbh rm10000?
    Harap dpt dibalas terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, Tahniah!! Boleh sangat sebab pelajar asper memang diutamakan waktu kemasukan degree nanti. Ada je student yang macam tu. Confidence, cakap fluent dan soft skill semua tu akan datang by time. Sekarang ni cari je pengalaman sebanyak mungkin untuk kita bina segala soft skill tu.

      Tentang elaun tak sure macam mana. Kena tanya pihak sana kalau nak tahu detail.

      Delete
  17. Assalamualaikum. Saya dapat sambung kat asper. Dlm surat tawaran dia mmg dh bagi kolej kediaman. Soalan saya, adakah rakan sekuliah kita nanti mengikut kolej yang sama atau boleh bercampur dgn kolej yang lain? Terima kasih. Exited sangat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam tahniahh!! Rakan sekuliah akan campur kolej lain. Tapi ada je antara ramai2 tu yang sama kolej.

      Delete
  18. baru dpt asper, saya tinggal dekat Cheras, tapi mesti tinggal asrama juga. boleh saya balik rumah sendiri pada Jummat dan kembali asrama pada Ahad? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah!! Boleh je, nak balik hari-hari pun takde sape kesah. Yang penting datang kelas.

      Delete
  19. Wasalam tahniah!! Sabtu ahad memang free, takde kelas. Bebas nak buat apa-apa. Boleh je sabtu ahad nak balik rumah. Aktiviti sampingan contohnya program ceramah atau sukan tu ada je.

    ReplyDelete
  20. Kak, nk tanya. Tahap kebersihan kat kolej 14 ni ok x?

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum kak, masa orientasi ada kena pakai pakaian spesifik ke? Macam tudung putih ke, baju kurung ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, orientasi asasi takde pakaian spesifik. Kalau pelajar degree ada pakaian spesifik diorang. Biasanya orientasi asasi pakai t-shirt berkolar/blouse/seluar slack. Kalau dulu tudung bebas je nak warna apa sekalipun.

      Delete
  22. Assalamualaikum waktu hari pendaftaran asasi kena pakai baju kurung ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam tak sure, tapi better pakai baju kurung bagi pelajar Melayu sebab memang kebanyakan akan pakai baju kurung pun. Kita jadi malu kalau pakai seluar tetiba. Kalau non Malay pakai seluar pun boleh asalkan sopan dan kemas.

      Delete
  23. Assalam kak. Saya lpsn asper.
    N baru2 ni result iv dah keluar.
    First choice saya ltk medic n 2nd saya ltk dietetik. Alhamdulillah saya dpt iv for dietetik tapi saya x dpt utk medic.
    N my parents nk sgt saya jadi dr n they also consider utk saya bljr di ipts.
    Kalau akk x keberatan blh x akak cite psl widad university college dgn lbh mendalam.
    Thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam dear.
      Tahniahhh sebab dietetik pun orang berebut nak masuk kat upm tu! Cerita dgn lebih mendalam? Dah cerita all out dah kat post "Pengalaman pelajar perubatan swasta". Tanya je apa-apa yang tak clear/ nak tahu lagi.

      Boleh je nak masuk widad no prob! Widad kecik sikit dari upm, amek medic kat sini oklah not bad! Dapat banyak sangat pengalaman sebab tak payah berebut dengan stuent univ lain kalau practical kat hospital.

      Cuma kan just fikir betul-betul sebelum nak amek medic. Banyakkan membaca, tahu realiti dr zaman sekarang, financial pastikan stable dan paling penting positif dan rajin. Tak pandai takpe, ilmu boleh cari, boleh belajar.

      Delete
  24. sis,kalau dalam upm,budak asper boleh bawak kenderaan contohnya macam motor tak? asrama jauh tak daripada bangunan akademik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepastu,kalau macam saya dah lepas asper, boleh ke pergi ke ipta lain sebab kos yg saya nak takde dalam upm?

      Delete
    2. Boleh. Bawa motor boleh je, lelaki biasanya ramai naik motor. Kereta susah sikit, sebab parking K13 tu terhad dan kene ada kebenaran nak bawa kereta. Perempuan mostly memang naik bas je. Asrama agak jauh, tapi boleh je nak jalan kaki dari kuliah ke asrama. Ramai je yang sanggup jalan kaki sebab kadang tu bas lambat sampai. Jalan kaki ramai-ramai tak rasa jauh pun. Tapi option jalan kaki ni better bila habis kelas, pergi kelas naik je bas sebab nanti penat.

      Tak boleh masuk ipta lain. Ipta lain tak terima lepasan asasi upm. Jadi boleh sambung degree hanya di upm, kalau nak pindah ipts boleh je.

      Delete
  25. Salam maaf nak bertanya..alhamdulillah anak saya dapat tawaran asper..cuma die risau..sekiranya die lepas kelayakan sambung ke medic..adakah upm akan tentukan course yg diambil ? Beliau amat risau sekiranya sekiranya anak saya berusaha bermatian utk layak ke medic tetapi pihak upm yg tentukan..mohon pendapat. Tq ws

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, tahniah! Betul, upm akan tentukan course yang diambil tapi based on pilihan kita waktu isi kemasukan degree nanti. Contohnya letak medic 1st choice, kalau layak kita akan dipanggil interview. Biasanya dia utamakan asper berbanding calon luar. Kalau tak layak, dia tengok 2nd choice. Tak layak 2nd choice, dia tengok 3rd choice.

      Kalau tak dapat medic, buat surat rayuan. Ada je kes pelajar yg bagus pointer dan MUET semua tapi tak dapat medic. Dia dapat kos lain, walaupun medic letak 1st choice. Buat surat rayuan, akhirnya alhamdulillah dapat.

      Delete
    2. Maaf nak bertanya ..elaun asasi semua akan dapat atau yg layak sahaja. Terima kasih

      Delete
  26. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  27. Kakak saya nak bayar yuran sem 1 hari pendaftaran boleh kan?
    lepas tu Pelajar lelaki waktu hari pendaftaran perlu berambut pendek ke? habis la rambut pkp saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dear. Tapi nak smart mesti la kene rambut pendek. Takde sape pun nak cek rambut, makde sure kemas tu je.

      Delete
  28. Assalamualaikum..nak tny..untuk bilik pihak pengurusan tentukan @siape cepat dia dapat.t.kasih.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,pihak pengurusan yg tentukan. Lepas daftar tu kita kena beratur balik, dan dia main tarik je kita untuk beratur lane mana (serious takde agihan nama, dia pick random je). Cukup 6 orang satu lane, buat lane baru. Waktu ni boleh je selit mana2, atau tarik kawan kita untuk beratur sama lane. Selagi belum tulis nama, selagi tu boleh tukar.

      Ni dulu, tak tahu sekarang dah tukar ke apa.

      Delete
  29. Assalam kak, sy nk tnya
    Subj Chm 1&2, Fzk 1&2, Bio 1&2 related sgt x dgn science stream spm dulu?
    Kalau sy prefer naik basikal ke mn2 n sy perempuan....it's okay je kan?
    Sy hrp sgt yg akk boleh x brief sikit pasal subj2 science asper?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah sama nak tanya juga pasal basikal even girl

      Delete
    2. Wasalam, subjek sains stream semua related dengan spm cuma lebih advance. Semua basic tu dari spm. Spm struggle, asasi pun struggle.

      Perempuan naik basikal ok jeee (mostly memang perempuan pun), lelaki pandang motor. Tapi ada je lelaki yang naik basikal. Selalu je terserempak diorang yg berbasikal ni waktu dalam bas.

      Sorry ya tak boleh brief tentang subjek sebab dah lain. Nama pun lain, dulu tak panggil Biology 1&2, chemistry 1&2 semua tu. Kitorang ada 3 sem (3x elaun), jadi lebih banyak pecahan subjek. Sekarang asper ada 2 sem je.

      Kalau dulu (3 sem, 3 subjek setiap sem):

      Kimia- (Non organic chemistry, Physical Chemistry, Organic Chemistry).
      Fz- (Mechanical, Thermal, Wave and Optic, Electric & Magnetism)
      MT- (Algebra, Calculus, Statistic)
      dan banyak lagi.

      Delete
  30. Assalamualaikum nak tanya harga lab coat yg dijual di pusat asasi sains pertanian berapa yer?

    ReplyDelete
  31. Bismillah,,,doakan saya layak masuk upm jadi budak asper. Saya just nampak masa depan saya kat sini. Sekarang ni saya takut result spm ke laut lagi ii subjek bio,kim,fiz. Especially bio huhu takutnyeee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha allah boleh. You were made for this!

      Delete
  32. Kalau buat medic di upm masa praktikal nanti, kat hospital mana?

    ReplyDelete
  33. kat asper ramai budak pandai ke? sbb result sains tulen saya sume B je,, huhuu takut kena tinggal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandangan peribadi saya, ramai yang pandai. Kalau kita rasa kita pandai, ada yang jauh lebih pandai dari kita. Macam tu lah.

      Delete

Post a Comment