Nikmat Melihat Yang Ditarik Allah

Encik Stevens hilang penglihatan akibat glaukoma.Penyakit glaukoma ialah penyakit mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola mata seseorang.Tekanan yang tinggi ini akan merosakkan retina dan saraf mata sehingga menjadi sempit dan akhirnya buta.

mata seorang pesakit glaukoma

Dia yang dahulunya berjawatan tinggi dalam sebuah syarikat perniagaan tidak pernah menyangka akan buta seumur hidup disebabkan glaukoma.

Dia seorang yang aktif dan kuat bekerja siang malam namun kini terpaksa berjalan menggunakan tongkat dan bergantung sepenuhnya kepada isteri.

Pada suatu hari,dia diserang sakit kepala yang terlampau kuat semasa bekerja dan mata kanannya mula kabur menyebabkan dia terjatuh dan terus dikejarkan ke klinik.Dr memberinya pain killer untuk meredakan kesakitan dan ubat titis.


Apabila pulang ke rumah.sakit matanya tidak reda..malah bertambah sakit meskipun telah diberi ubat titis.Dia menjadi takut lalu pergi ke klinik yang lain.Dr mendapati ada kelainan pada matanya dan dia dirujuk ke hospital.

Ujian dilakukan dan pakar mendapati tekanan mata kanannya terlalu tinggi dan mencapai bacaan 60mmHG (normal ialah bawah 20mmHG).Pakar mengesahkan dia menghidap glaukoma.Antara punca glaukoma ialah
  • penggunaan mata yang berlebihan ketika bekerja
  • penggunaan komputer yang keterlaluan
  • gemar menonton tv dalam jangka masa yang lama
Encik Stevens amat terkejut,dia juga tidak pernah menjalani pemeriksaan kesihatan mata.Sepanjang di hospital.dr memberinya ubat titis bagi mengurangkan tekanan pada bahagian mata kanannya.Tekanan akan terus meningkat jika ubat titis tidak diberikan.Mata kirinya turut mempunyai tanda-tanda glaukoma.Sudah menjadi lumrah,glaukoma memang menyerang kedua-dua belah mata.

Dia menjalani pembedahan mata sebanyak 9 kali.Pembedahan dilakukan bagi mengurangkan tekanan mata dan mengelakkan pesakit daripada menjadi buta serta-merta.

Dalam kes glaukoma,rawatan yang diterima tidak boleh mengembalikan kerosakan yang telah terjadi ke atas saraf optik.Penglihatan yang telah rosak tidak boleh dibaiki,ianya cuma mampu memperlahankan proses seseorang itu menjadi buta.Pakar menasihatkan Encik Stevens agar:
  • rajin bersenam
  • tidur awal 
  • kurangkan penggunaan komputer
Kerap kali juga terdapat pendarahan di matanya.Perkara ini biasa bagi penyakit glaukoma yang menghidap diabetis seperti Encik Stevens.Dia mempedulikan pesanan pakar kerana dia menyangka dengan wang yang ada,dia boleh merawat penyakit ini sehingga sembuh.Dia terus bekerja seperti biasa dan tidur pada jam 1 atau 2 pagi.Sangkaannya meleset sama sekali.

"Jika dulu saya mendengar nasihat dr,saya yakin hari ini saya masih mampu melihat.Saya tidak menyangka ketika segala-galanya berada di puncak,semuanya hilang sekelip mata.Namun,saya tetap bersyukur berbanding orang lain yang menghidap penyakit lebih teruk dari saya"