Kenapa aku merungut?

Hanya dengan rasa syukur kita akan kurang mengeluh


Pada hari ini, hari yang sangat teruk bagi aku. Sepatutnya aku ada temu janji untuk buat braces, tetapi telah ditangguhkan ke minggu hadapan kerana paip klinik tersebut bocor. Apa kait kan? Sebabnya nak buat braces, doktor memerlukan banyak air untuk cuci itu cuci ini. Aku pun tak tahu detail. Hanya sebab itu temu janji aku ditangguhkan. Waktu ini aku dah mula nak marah. Mungkin aku bukan seorang yang penyabar. Kelas burn, duit grab car pun waktu macam inilah tiada promo code, masa aku drag sebab minggu depan aku ingat nak balik. Tapi nak buat macam mana, benda nak jadi.

Disebabkan itu, aku duduk di luar sekejap untuk scroll wasap. Aku tak tahu nak buat apa sebenarnya. Tiba-tiba, seorang nurse datang menghampiri aku.

Tunggu apa dik?

Taklah, appointment saya tangguh ke minggu depan. Saya nak duduk sini sekejap.

Oh, awak kerja apa?

Seriously dia tanya aku kerja apa? Tak nampak ke aku masih gaya student ni.  Nak  je aku tipu-tipu sikit. Muka aku macam muka dah kerja ke? Hahaha green tea tak berapa nak function.

Taklah masih student.

Oh, awak student mana? Ambil kos apa? Umur berapa?

Ni yang malas ni nak jawab. Soalan typical orang Malaysia. Kenapalah aku duduk situ tadi. Aku pun cakaplah aku pelajar Widad, ambil kos medik, baru first year. Umur baru 20 tahun. Nak tahu apa lagi? Taklah, yang ni aku jawab dalam hati je.

Berapa yuran kos medic kat sana? Bayar guna apa? Sebelum masuk sini belajar mana? 

Oh God, I knew this was coming and the questions went on and on. As expected. Aku pun jawab dan terangkan dengan penuh kesabaran dan dalam hati aku berharap yang dia akan berlalu pergi. Sepanjang perbualan, aku perasan yang matanya asyik memandang nota Microbe yang aku letak di sebelah seat. Setelah beberapa minit berlalu, nurse tersebut berlalu pergi kerana ada pesakit yang perlu diuruskan. Aku memang nak lari dari dia. Rimas.

Then again, running away, wasn't it something every human being do each day? Isn't?

Aku bercadang nak terus balik ke rumah. Lalu, terus aku request grab car. Empat minit kemudian, dia pun sampai.

Assalamualaikum. Nak pergi mana ye? Boleh tak tunjukkan jalan?

Again. Kenapa setiap kali aku naik grab atau uber seorang diri, mesti pemandu tersebut tak tahu jalan lah, tak dapat detect gps lah, bawa lambat lah apa lah. Tolonglah. Nasib baik kebanyakannya peramah. Tapi waktu ni, aku dapat pemandu yang jenis bawa lambat. Aku tak faham kenapa dia mesti bawa lambat. Kereta dahla bau asap rokok. Nak je aku ceramah waktu tu juga.

Darah aku mula menyirap. Bila aku pandang meter dia, aku terkejut, seriously dia bawa 40 km/h je, 40 okay 40. Dia ingat ni kawasan sekolah ke apa? Kereta bukan banyak pun, bawalah laju sikit. Tiba-tiba, dia bersuara, seakan-akan tahu apa yang sedang aku fikirkan.

Kejap eh dik. Nak tengok jalan kat sekitar sini jap.


Waktu yang ada penumpanglah dia nak tengok-tengok jalan. Buatlah waktu lain. Kemudian, dia tanya balik soalan yang nurse tanya di klinik tadi. Sekali lagi aku dihimpit soalan-soalan yang aku malas nak jawab. Tapi aku tetap jawab dengan penuh bersungguh-sungguh. Sebab dia pun nampak macam betul-betul nak tahu. Jika dibandingkan dengan nurse tadi, kali ini soalan yang diajukan lebih mendalam dan dia seperti orang yang tahu selok belok pendidikan.


Sebaik sahaja aku habis cerita mengenai  latar belakang pendidikan aku dan kos medik di Widad, dia mula bercerita tentang dirinya.

Pak cik dulu ambil electrical engineering di UTM. Grab car ni saya buat part time je, sebab kerja saya off hari ini. Kos pak cik tak adalah susah macam kos yang awak ambil sekarang ni. Banyak menghafal kan medik ni. Takpe, waktu belajar sekarang ni memang susah sikit, nanti dah kerja senanglah. Apa yang penting, awak belajar je betul-betul.


Oh, patutlah tanya macam-macam tadi. Dia pun orang yang ada pendidikan tinggi rupanya.


The sincerity in his voice touched my heart. The way he was saying it, I knew he meant every word.

Nanti dah kerja senaglah. Aku pun harap begitu. Tetapi, aku tahu HO dan MO tidak semudah yang disangka. Apatah lagi jika hendak sambung ke pakar. Di akhir perjalanan, dia mula tanya aku.

Nama awak siapa? 


Aini



Okay, manalah tahu saya jadi pesakit awak suatu hari nanti. Awak ingat yang pak cik nilah hantar awak sampai ke rumah waktu belajar medik dulu. Aku hanya mampu tersenyum.


Terima kasih pak cik. 

That was the only sentence that I managed to construct. Actually he just made my day.

Comments