Hospital Visit 1
Malam ni aku rasa rindu nak menulis. Walaupun sebenarnya, tak ada apa yang nak diceritakan, tapi aku masih ingin menulis. Aku cadang nak luangkan masa dalam 30 minit di blog. Ni semua sebab baca Parasite lepastu tak paham . Housemate semua tidur sebab dah malam. Dan tajuk tu macam bosan sikit, jadi aku ke sini .
Pada hari Sabtu yang lalu, aku ada menyertai satu program. Program ni sekejap dan simple je. Disebabkan program pada kali ini terlalu simple, jadi aku tak berapa nak tahu info mengenai program pada kali ini. Yang aku tahu objektif program ini adalah menggalakkan masyarakat untuk sentiasa senyum di bulan puasa yang mulia ini . Objektif nampak macam mudah, tapi nak buatnya tu rasa susah. Program ini di bawah Angkatan Belia Islam Malaysia Pahang (ABIM). Yang menyertai program pada kali ini ialah pelajar perubatan perempuan Widad University College dan Universiti Malaysia Gambang. That's all I know. Nothing much.
Tugas kami terbahagi kepada dua tempat. Pertama di Terminal Sentral Kuantan (TSK) dan kedua di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Tepat jam 3 petang, aku dan rakan-rakan pun sampai di TSK, naik kereta seniorlah apa lagi. Kereta sendiri entah bila nak bawa. Tugasnya ialah kami perlu belajar cara mendekati dan berkomunikasi dengan orang yang berada di TSK. Yang paling penting, muka tak lekang dari senyuman. Sambil itu, borak-borak sikit. Sesudah itu, kami akan memberi sebuah goodie bag yang isinya ialah kurma, kuih dan air mineral sebagai juadah berbuka puasa. Pamphlet juga ada di dalam goodie bag tersebut sebagai bahan rujukan.
That's not the point actually. The point here is I learn something new and I never thought that this mission is hard than it seems to be. Well, quite hard for me. Nasib baik partner aku ialah senior yang tahu apa nak cakap . Kalau nak harapkan aku ni, tak tahulah apa jadi. Orang pertama yang kami dekati di TSK ialah seorang kakak. Aku ingat dia single, rupanya dah ada anak . Muka dia macam umur baya aku, jadi aku kira dia dalam 20-an. Pada mulanya, dia menolak pemberian kami. Dah kenapa tak nak ambil pula, makanan kot. Free pula tu. Mungkin kerana malu dan tidak selesa. Selepas terangkan elok-elok, baru dia ambil. Yeay . Ringan sikit goodies bags yang aku perlu bawa.
Orang kedua ialah seorang pak cik tua . Dari jauh nampak macam penagih dadah. Takut aku. Dia duduk di seat paling tepi dan nampak sangat macam orang yang tak terurus. Aku tak dapat nak bezakan dia sama ada orang Melayu atau Bangla atau India. Mestilah aku ragu-ragu nak dekati dia. Dahla lelaki. Tapi akhirnya kami dekati juga dia. Terbukti dia orang Melayu. Mula-mula dia ingat kami nak minta duit atau orang yang sedang jual barang. Selepas beberapa minit berborak, rupanya dia seorang orang yang peramah dan berbudi bahasa . Sangkaan kami jauh meleset. Ada luka di tapak kakinya. Bila aku tanya kenapa, dia jawab. Tapi aku yang tak paham. Tulah tak fokus. Nak suruh dia ulang banyak kali, tak proper pula, akhirnya kami pun pergi. Communication is not well connected you see. Yang penting dia senyum je sepanjang perbualan, tu pun dah memadai. Orang ketiga dan keempat biasa-biasa je. Tak ada benda yang nak diceritakan.
Selesai solat asar, kami bergerak ke HTAA. Kali ini, tugasnya agak berbeza dan mencabar sikit. Sebabnya kita berkomunikasi dengan pesakit . Pesakit ni kadang mood dia okay, kadang tak. Waktu nilah aku terkedu tak tahu nak cakap apa. Senior aku yang banyak terang sebenarnya. Ayat yang buat aku cuak ialah;
Okay, Aini pula cuba.
Aku dahla tak tahu apa-apa. Because it was my first time seeing and communicate with patients. I know nothing. Seriously. Akhirnya aku merapu depan dia. Tak tahulah apa aku cakap sebenarnya. I just blurted out what crossed my mind. Berkomunikasi dengan orang biasa lebih mudah daripada orang sakit.
Till we meet again!! Tudung pink baju biru yang sedang duduk itulah aku:) |
Hospital Visit 2
Kali ini program yang dianjurkan lagi best. The reason behind this is I learnt a lot from the previous program. A lot. Really. Program pada kali ini di bawah anjuran i-Medik. Kali ini classmate aku ramai yang pergi dan aku pun happyyy. Aku rasa agak penat dan lenguh bila naik turun tangga hospital. Tak sia-sia aku pakai kasut flat waktu tu. Aku baru berjinak dengan kasut flat, sebab sepanjang asasi aku pakai kasut yang ada tumit . Walaupun ada tumit, aku sanggup berlari nak kejar bas sebab malas nak tunggu bas yang seterusnya. Cerita mengenai asasi di kolej 13 UPM ada di [sini].
Melawat pesakit dari wad ke wad agak seronok kerana kita rasa lebih dekat dan ingin tahu lebih mendalam lagi tentang mereka. Jangan tanya aku macam mana nak diagnose patient semua tu, aku tak tahu. Lagipun belum belajar . Nanti dah belajar aku cerita. Kalau rajin . Disebabkan program ni dianjurkan pada bulan puasa, aku jadi bertambah haus dan lapar. Di setiap wad, akan ada beberapa orang ustaz yang akan memberi sedikit tazkirah ringkas tentang apa hikmah menjadi pesakit, antara amalan yang boleh dibuat pada bulan ramadan ini dan beberapa aspek penting yang lain. Dengan cara ini, kita dapat mengurangkan beban setiap pesakit di samping mendapat pahala.
Kak Qamar, senior aku sangatlah membantu aku dan classmate yang zero ni. Dari wad ortopedik, pediatrik, ONG, surgery dan akhir sekali unit rawatan paliatif. Yang paling best ialah di wad ortopedik dan unit rawatan paliatif. She has that kind of personal touch and human value. Cara dia approach patient, cara dia ambil history taking dan semua yang dia buat, apa yang dia tunjuk sangat menginspirasikan aku.
Aku yang pakai braces, kak qamar yang pakai cermin mata tudung pink:) The rest will be Fareena and my lovely classmates. |
Cerita mengenai braces aku ada di [sini].
Cerita mengenai hospital visit ke-3 di bawah subjek microbiology iaitu Sterilization and Disinfection ada di [sini].
Cerita mengenai hospital visit ke-3 di bawah subjek microbiology iaitu Sterilization and Disinfection ada di [sini].
Comments
Post a Comment