Tujuan entri pada kali ini hanyalah sekadar perkongsian selain dapat mendekatkan kita semua dengan Sang Pencipta. Lagipun malam ni mood study hilang entah ke mana.
Pada petang tadi, Kak Fakhriah (year 4) ada menceritakan tentang 'Takbur'. Takbur ialah sikap bangga diri dan merupakan salah satu penyakit hati. Kita rasa diri kita lebih baik daripada orang lain. Pernah je rasa macam ni. Huhu. Secara umumnya, takbur terbahagi kepada dua jenis.
- Takbur zahir boleh dilihat melalui percakapan dan perbuatan kita. Contohnya, kita mudah menghina orang yang dianggap lebih rendah ilmu pengetahuannya.
- Takbur batin pula berkait rapat dengan hati. Contohnya, kita selalu merasa diri kita hebat, orang lain biasa-biasa je. Kadang-kadang kita sendiri tidak sedar yang kita mempunyai takbur batin.
Macam mana nak cek yang diri kita ni ada takbur atau tidak? Jawapannya ialah bila ada orang tegur, kita rasa tidak tenang, kita tidak endah sedikit pun akan teguran tersebut. Apabila orang takbur menegur, caranya kasar dan keras.
Cara-cara untuk menghilangkan sikap takbur:
- Apabila berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah diri mereka lebih baik dari kita. Hal ini kerana, mereka belum baligh, jadi mereka tidak memikul satu dosa pun. Kita yang dah baligh ni kena tanggung dosa sendiri.
- Apabila berjumpa dengan orang tua, anggaplah diri mereka juga lebih baik dari kita. Mereka hidup lebih lama berbanding kita, sudah tentulah pahala mereka lagi banyak. Anak-anak yang soleh dan solehah hasil didikan mereka juga menyumbang pahala buat mereka.
- Apabila berjumpa dengan orang alim, anggaplah mereka jauh lebih baik dari kita. Mereka lebih banyak beribadah dari kita.
- Apabila berjumpa dengan orang yang jahil, anggaplah mereka lebih baik dari kita. Contohnya, seorang perempuan yang free hair dan tidak ada didikan atau galakan daripada ibu bapa untuk menutup aurat. Dia berdosa dalam kejahilan. Jika nak dibandingkan dengan kita, kita ada didikan dan galakan daripada ibu bapa untuk memakai tudung. Contoh kedua ialah, sewaktu kita hendak bangun bagi menunaikan solat Subuh. Kita dah bangun pada jam 6.00 pagi, tetapi lebih memilih untuk tidur sekejap sehingga jam 7.00 pagi, kemudian barulah solat Subuh. Kita tahu tidak elok melambat-lambatkan solat tetapi buat juga. Mereka berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita berdosa dalam keadaan mengetahuinya.
- Apabila berjumpa dengan orang yang jahat, anggaplah mereka lebih baik dari kita. Jangan dikecam, jangan dimaki. Mungkin dia akan bertaubat dan menjadi insan yang jauh lebih baik dari kita suatu hari nanti. Sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.
- Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.
Tidak akan bau syurga orang yang mempunyai sikap bangga diri dalam hatinya walau sebesar biji sawi. Untuk study pun, hati kena bersih baru senang faham dan mudah ingat. Mungkin sebab ni aku susah nak ingat. Hati kotor.
Salah satu cara untuk menghilangkan penyakit hati ialah dengan selalu memuji Allah. Contohnya bacaan semasa sujud.
Maksudnya : Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi dengan kepujian-Nya.
Sebagai penutup, Allah ada berfirman dalam Surah al-Imran ayat 133-134 iaitu:
Maksudnya : Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa, iaitu orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan.
#semuanyabermuladaridalam
Comments
Post a Comment