Ka'ab bin Malik yang jujur


Ada satu kisah yang mana ianya menceritakan tentang kejujuran  dalam kehidupan. Dalam kehidupan kita, memang betul ada beberapa situasi yang memaksa kita untuk bersifat tidak jujur, tapi sampai bila kita mesti hidup dalam penipuan? Hidup takkan tenang sebab kita menyorokkan sesuatu. Kita pun tak suka diri kita ditipu. Orang yang jujur sentiasa dimudahkan urusan dan disukai ramai. 

Beberapa minggu yang lalu, Kak Fa ada cerita tentang kisah seorang pemuda ni. Dah lama dah dia cerita, tapi baru nak update sekarang. Sebab masatu busy dan banyak kerja yang lebih penting daripada update blog cemtulah. Padahal bila dah free, tak update pun. Buat kerja lain. Betullah orang cakap kalau kita nak buat sesuatu yang baik tu, terus buat jangan tangguh. 

Jadi cerita kali ini tentang Ka'ab bin Malik.

Dia ni seorang sahabat nabi yang suka ikut semua perang kecuali Perang Badar. Dia seorang yang cool, sempoi, sentiasa istiqamah dan tenang je. Kali ni cerita tentang dia supaya kita boleh refleksi pada diri supaya sentiasa jujur:)

Pada suatu hari, tentera Rom nak serang orang Islam di Tabuk. Sepatutnya perang dah damai dah. Peperangan kali ni berlaku pada musim panas, kemarau dan musim buah. Disebabkan panas, ramai orang yang tak larat nak join perang. Tapi ramai juga yang volunteer. Golongan munafiq pun ada, tunjuk nak pergi tapi sebenarnya tak nak pun. Waktu ni Ka'ab join perang.

Dalam seminggu hingga dua minggu pasukan muslimin membuat persiapan nak berperang. Persiapan perlulah yang rapi dan sistematik sebab kali ni musuh ramai dan kuat. Perjalanan pula jauh.

Bagi Ka'ab, "Takpelah, lambat lagi, rilek-rilek dulu."

Suatu hari Ka'ab pergi ke pasar. Tapi, hari tu pasar jadi sunyi dan tak ramai orang. Dia pun pelik, mana pergi semua orang. Golongan munafiq cakap, "Diorang dah gerak dah pergi perang".

Ka'ab terkejut dan dia mula takut. Dia takut nak jawab apa nanti pada Rasulullah.

Waktu perang tu Rasulullah tanya, ''Mana Ka'ab?" Sebab Ka'ab orang yang penting dalam setiap kali peperangan.

Seorang daripada mereka menjawab, "Ya, Rasulullah, dia ujub pada keadaan dan diri dia"

Seorang sahabat menyangkal, "Buruk benar ucapanmu itu! Wahai Rasulullah, kami hanya mendengar kebaikan saja tentang Ka'ab".

Ada hadis yang menyatakan perang menang dan ada yang menyatakan tak berlaku pun peperangan, iaitu perdamaian.

Setelah selesai, beberapa hari kemudian:

Rasulluah solat sunat duha di masjid. Waktu ni ramai orang yang tak ikut perang berjumpa dengan Rasulullah dengan membawa alasan masing-masing. Mereka beratur ikut giliran nak berjumpa Rasulullah. 

Sewaktu dia memberikan alasan kepada Rasulullah, orang munafiq mula menghasut:
"Kau tipu jelah Rasulullah, baginda pasti memaafkan kau"

Tetapi Ka'ab seorang yang jujur. Dia memberikan alasan yang sebenar kenapa dia tidak ikut berperang. Ka'ab jujur memberitahu Rasulullah yang dia tidak pergi berperang sebab kealpaan dia sendiri dan asyik tangguh-tangguh. Dia mengaku dia tak peka kali ni. Dia leka dan seronok dengan nikmat kesenangan yang tidak pernah dirasai sebelum ni. Dia ingat ketidakhadirannya tidak memberi kesan kepada peperangan kerana ramai yang menyertai. Rasulullah amat marah dan baginda tak pandang pun muka Ka'ab.

Sesudah itu, Rasulullah memberi hukuman terhadap Ka'ab dengan cara:

  • baginda perintahkan semua penduduk Madinah memulaukan Ka'ab. Bila dah kena pulau, mana orang nak layan kita kan. Tapi Ka'ab ni kuat dan tabah, dia tetap keluar untuk bergaul. Tapi, bila dia pergi ke pasar untuk berjual beli, semua orang tak layan. Ka'ab solat di masjid pun, semua orang buat tak tahu je. Tiada siapa yang mahu bercakap dengan dia.
  • baginda turut perintahkan isteri Ka'ab menjauhi dia. Ka'ab rasa sunyi sebab isteri dia pulang ke rumah mak.
Rasulullah menghukum Ka'ab kerana sikapnya yang culas dalam menjalankan tanggungjawab boleh mempengaruhi sikap masyarakat Islam yang lain agar turut culas dalam mematuhi arahan Rasulullah sedangkan Ka'ab itu seorang pemimpin Islam yang berwibawa dan banyak pengaruh.

Ka'ab mula rasa down:( 

Suatu hari, Raja Rom mengutus surat kepada Ka'ab. Dalam surat tersebut menyatakan bahawa dia diajak menyertai pasukan Rom kerana dia dilayan dengan buruk di Tabuk sedangkan dia orang yang baik. Dia juga akan dilayan seperti raja di sana tetapi dengan syarat kena keluar dari Islam. Raja Rom ingin mengambil Ka'ab kerana potensi dan kebolehannya yang hebat dalam apa-apa perkara pun.

Di saat semua orang memulau Ka'ab, seorang raja menginginkan Ka'ab bagi memenuhi kepentingan kerajaannya. Ka'ab berasa marah dengan pernyataan tersebut lalu dia koyak dan bakar surat tersebut. Dia bukan seorang yang mudah dipujuk-rayu.

Suatu hari, sewaktu Ka'ab selesai solat dan berzikir meminta ampun dari Allah supaya dilepaskan dari kesempitan hidup, dia terdengar suara yang terjerit-jerit memanggilnya.

"Ka'ab, Ka'ab bergembiralah!!"
"Rasulullah nak jumpa kau kat masjid."

Ka'ab pun pergi. Waktu ni ramai sangat orang. Ucapan tahniah sentiasa mengiringi Ka'ab sepanjang perjalanan. 

"Tahniah Ka'ab!!! Hari ini hari terbaik untuk kau!".

Rupa-rupanya ada berita pengampunan dari Allah. Allah telah memberi pengampunan kepada Ka'ab. 


"Apakah dari Allah atau dari engkau ya Rasulullah?"

Rasulullah jawab "Bukan dari aku tetapi dari Allah."


Ka'ab membaca ayat pengampunan itu. Dia menangis kerana terlalu gembira dan bersyukur.


Surah Taubat. Ayat 118.

"dan terhadap *tiga orang yang ditinggalkan. Higga ketika bumi terasa sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas dan jiwa mereka pun telah (pula terasa) sempit bagi mereka, serta mereka telah mengetahui bahawa tidak ada tempat lari dari siksaan Allah, melainkan kepada-Nya saja, kemudian Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat, dan Maha Penyayang."

*tiga orang yang ditinggalkan: Ka'ab bin Malik, Hilal bin Umaiyyah dan Mararah bin Rabi, mereka disalahkan kerana tidak mahu ikut berperang.

Pengajaran yang boleh diambil, sebab kita kan belajar daripada sejarah. Sejarah penting sangat walaupun waktu sekolah dulu tak nampak pun kepentingannya. Rasa macam buang masa je belajar sejarah, sebab benda dah lepas buat apa nak belajar balik. Dah lepas dahla. Tapi tulah silap kita.

"Antara faktor kelemahan umat Islam ialah tiada perancangan, malas dan tidak mempelajari sejarah"
-General Perang dan Negarawan Israel-

  • Jangan berdendam atau buruk sangka. Ka'ab tak marah atau benci pun bila orang Islam yang seagama dengan dia memulaukan dia. Malah raja yang berlainan agama pula yang datang cari dia. Tak terdetik pun di hati dia yang saudara seagama ni jahat dan tak bertimbang rasa.
  • Jujur dalam kehidupan. Ka'ab tetap jujur meskipun dia boleh saja bagi apa-apa alasan untuk mendapat keampunan Rasulullah. Amanah, tanggungjawab dan apa jua memerlukan aspek kejujuran dalam diri. Yang ni susah, tahu. 
  • Akur dan mendengar arahan. Pasukan Islam mengikut arahan Rasulullah untuk turut berperang meskipun cuaca amat panas. Orang-orang yang tak pergi berperang tetap datang dan  menemui Rasulullah dengan alasan yang berbeza-beza. Mereka semua mengharapkan belas kasihan daripada Allah.
  • Sabar dan selalu mengharapkan pertolongan daripada Allah. Ka'ab bertaubat dan bergantung sepenuhnya kepada Allah apabila kehidupan terasa berat dan jiwa tidak tenang. 
  • Berpendirian teguh. Ka'ab tidak sedikit pun tertipu dengan tawaran surat Raja Rom meskipun dia tahu kehidupannya akan jauh lebih senang jika dia bersetuju. Amat tinggi cintanya kepada Islam dan Rasulullah.



Comments