Hari ini merupakan ramadhan ketiga, ada satu slot dalam program kali ini yang menceritakan tentang besarnya pahala perempuan di rumah. Ingatkan nak bagi tajuk berkaitan ramadhan, rupanya tajuk ni, ke arah rumahtangga sikit. Mula-mula macm blur sebab tak nampak apa kait tugas wanita di rumah dengan bulan ramadhan. Macam jauh menyimpang je, nak dekat habis ceramah tu baru nampak apa kaitannya. Sebabnya tugas perempuan ialah menyediakan makanan untuk keluarga berbuka puasa.
Disampaikan oleh seorang ustazah:
Rumah merupakan ruang pahala dan ibadah berterusan bagi seseorang perempuan. Banyak je perkara yang kita buat boleh mendatangkan pahala apabila di rumah. Contohnya:
- bantu ibu bapa kemas rumah
- jaga adik-beradik
- solat dan baca quran
- dan banyak lagi
Tapi, kali ni nak tulis tentang pahala memasak di rumah. Haha sebab dia banyak explain tentang ni, mungkin yang datang ramai dalam kalangan pelajar. Orang selalu cakap "Belajar tinggi-tinggi pun akhirnya masuk dapur juga". Yang ni memang tak boleh nak disangkal sebenarnya, memang betul pun. Bezanya mungkin dapur kita nampak mewah dan besar dan makanan yang dimasak high class atau mahal barangannya.
Bagaimana memasak itu boleh mendatangkan pahala dan meningkatkan iman dalam diri?
- Apabila kita sediakan makanan untuk orang lain, kita juga kongsi pahala dengan orang tersebut.
- Waktu masak, pupuk rasa syukur dengan nikmat Allah. Contohnya, kita masak ayam. Kita dapat ayam tu senang je, hanya dengan membeli di pasar. Tak perlu pun nak bela dari kecil, sembelih lagi, bersihkan bulu-bulu lagi. Tu semua orang lain dah buat. Urusan kita dah dipermudahkan tanpa kita sedar.
- Baca bismillah setiap kali buat sesuatu perkara. Kita dapat pahala besar jika niat kerana Allah, ada kesungguhan dan ikhlas sewaktu memasak. Ianya akan jadi sekadar rutin jika tidak diniatkan kerana Allah. Bukan senang nak datang sifat ikhlas dan bersungguh dalam diri, sebab kita sibuk dengan kerja, banyak tanggungjawab. Kadang-kadang tanggungjawab tu lebih daripada masa yang kita ada. Lagi-lagi perempuan yang berkerjaya. Banyak benda kena fokus, tapi tetap ada masa untuk masak demi keluarga. Tu yang dapat pahala besar.
- Menggembirakan hati orang pun dapat pahala. Seorang isteri tak masak apa yang dia suka, dia akan masak apa yang suami dia suka.
- Bila kita masak, selain jimat, kita akan jaga bab kebersihan makanan, alatan memasak dan kualiti masakan. Restoran luar ada yang tekankan kebersihan dan ada yang tak ambil kisah pun.
Sangat beruntung jika seorang ibu melatih anak-anak perempuan mereka untuk memasak kerana dia tahu anaknya akan ambil alih tugas dia bila dewasa nanti. Kita tak perlu marah atau stress sebabnya nak tak nak benda tu yang akan kita hadapi bila dah dewasa. Walaupun kita seorang pelajar, dah kena tahu macam mana nak memasak dan beli barang dapur. Kalau tak dilatih dari awal akan mengundang stress dan rasa terkial-kial. Akhirnya malu sendiri.
Kena selalu cuba tingkatkan skill memasak. Tujuannya untuk masak dalam masa yang singkat tetapi dengan hasil yang sama hebatnya. Amat penting dan berguna untuk orang yang sibuk dan banyak urusan.
Kalau waktu ramadhan, ibu yang paling lambat tidur dan awal bangun. Nak sediakan makanan untuk keluarga. Memang penat, tak perlu merungut sebab itulah kelebihan yang Allah beri pada wanita. Tugas perempuan seakan-akan tak berhenti bila di rumah. Itu lumrah, kerana wanita pengurus rumah tangga. Lelaki ada kelebihan dia yang lain.
Konklusinya, Islam amat memudahkan perempuan mendapat pahala dan kita perlu rasa bersyukur sebagai seorang perempuan. Banyak peluang perempuan nak dapat pahala sesuai dengan kemampuannya.
Comments
Post a Comment