Percaya tak dalam kehidupan kita setiap kejayaan yang datang semuanya daripada rezeki dan usaha. Antara usaha dan rezeki, rezeki sumbang lebih banyak berbanding usaha. Nasib tu pun menyumbang juga tapi sikit je. Rezeki yang paling penting. Ya Allah tak sangka aku berblog dalam bas!! Dah lama tak update blog, banyak je cerita nak tulis tapi busy kot. Tu yang tak buat. Gastrik lagi, exam, internet slow lagi memanglah berat nak berblog. Takde benda nak cerita pun, tapi nak tulis jugak hahaha. Sepanjang bulan ni, banyak bendalah berlaku. Yang akan diceritakan di blog ialah:
Classmates: Haziq, Kak tirah, Dr San, me and Aina. |
Yang nilah nak sentuh tentang rezeki tu. Study benda yang tak keluar lah, banyak keluar year 1, mestilah ada yang aku dah lupa kan. Study year 2, year 1 tu pun microbe je sempat selak. Study bacteria tapi keluar banyak parasite hahaha kelakar. Tu pun tak banyak yang kena. Disease year 2 dua tiga kerat je yang keluar, tengah-tengah pertandingan tu dalam hati aku asyik cakap, baik panggil year 1 suruh masuk kalau tahu soalan macam ni.
Okaylah mula-mula tu semua markah seri, second round meningkat, ospe pula hancur hahaha. Ospe paling rendah kot antara kumpulan. Label blood vessel untuk brain pun aku boleh lupa!! Mana aku ingat microscopic tu semua, dah tak berapa fokus situ dah. Third round ingat nak top-up markah, tapi nilah masa menyirap sekali. Tekan-tekan buzzer tak bunyi, kumpulan lain dah jawab dulu. Semua ni rezeki. Ada 10 soalan je buzzer round, kitorang dapat tekan 2 kali buzzer je ya Allah. Satu round tu aku mengelamun. Burn. Tak tahulah lambat detect ke, kumpulan lain tekan dulu ke lantak lah semua tu.
Banyak gelak waktu round true or dare. Sebab soalan banyak tak expect. Muka masing-masing waktu dapat soalan memang kelakar. Lain kali year 1 masuk biar menang. Alhamdulillah dapat no 3. Thank you guys!! Thank you dr, thank you supporters! Semoga berguna untuk pro exam:)
Dr San nak pindah dah, bye dr, take care!! You'll be missed!!
2) Gastrik
Dari bulan puasa tu lagi desire nak makan kurang. Gastrik ni part yang best dapat lose weight 5 kg!! Yang sengsaranya bila perut sakit, pedih-pedih camtu. Tak tahan terpaksalah pergi klinik, sebab makan-makan muntah. Baik tak payah makan. Bila muntah tu rasa lega. Ada tiga orang doktor yang rawat sepanjang ada gastrik ni. Tak boleh study langsung bila sakit perut. Tak boleh paksa, dah try paksa supaya sentiasa ada mood nak study, ceria dan buat biasa, tak boleh. Asyik guling-guling je, serba tak kena. Dua orang dr klinik kesihatan dan seorang dr hospital. Cara dan pendekatan setiap dr berbeza. Akhirnya, dr lelaki yang cekap sikitlah. Dia buat menyeluruh.
Dr perempuan tu okay je, sorang palpate, sorang tak. Dalam hati aku macam dr tak nak palpate saya ke?? Cek la sakit kot hahaha. Tapi bila turn dr lelaki, yang ni di hospital. Thank you Hajima hantarkan dan temankan!! Waktu ni, disebabkan dia dr lelaki kan, rasa tak selesa lah. Dari awal aku doa supaya tak kena palpate walaupun sepatutnya memang kena pun. Tapi benda yang kita tak nak, yang tulah jadi.
* palpate: cek dengan cara sentuh guna tangan atau jari.
Dr tu pun nasihat kalau orang gastrik ni hindari makanan yang pedas, coklat, berminyak, jangan stress, jaga waktu makan dan makan kena on time. Aku pun baru tahu, oh coklat pun tak boleh. Susu boleh je minum, tak ada masalah pun. Blood test dan urine test semua normal alhamdulillah. Kena masuk air waktu ni. Berkenaan ubat, antara tiga ubat yang dr bagi:
- H2- receptor antagonist: Ranitidine (pill)
- Antacid: Magnesium Trisilicate (liquid)
- dan ubat muntah aku lupa nama dia (pill)
- Anti pain: Tramadol (pill).
Nasib baik tak kena tahan ward. Dia adalah juga cakap kalau teruk kena buat endoscope. Tak nak aku, leceh, masa lagi.
* endoscope: masukkan camera kecil sebab nak tengok bahagian dalam contohnya esofagus dan perut.
3) Dinner
Dinner tahun ni tema Melayu Tradisional. Thank you year 1!! Best tapi bila tengok gambar alahai lighting tempat tu tak berapa lawa hahaha. Tahun ni dinner jimat sikit sebab tak keluar modal pun beli baju. Recycle semua tu. Kasut je la, sebab tak ada kasut proper.
Bawang merah (me) dan bawang putih (Yana). |
Housemates Sakinah tudung gold, Aina tudung purple. |
Aini. Miss you. :) haha...... lalalala. Aini aini aini.
ReplyDeleteYe aina aku pun!!! Walaupun aku balas lambat gila kan hahahaha
Delete