Posting Internal Medicine (IM) ni merupakan posting kedua. Ada juga yang panggil posting Medical. Posting pertama ialah posting Paediatric iaitu posting kanak-kanak. Sejujurnya paeds lagi senang dan simple berbanding IM (untuk student je agak senang score, kalau HO MO nak handle paeds susah sikit). Sebelum habis paeds, pergh dia punya cuak nak masuk posting IM dah rasa sebelum final exam paeds lagi. Tak tahulah kenapa cuak dan takut IM ni, padahal tak start posting lagi.
Kena rajin sikit jadi morning person sebab Dr S suka start awal. Malangnya aku bukan jenis morning person, agak malas lah mula-mula. 7.30 pagi atau 8.00 pagi start bed site teaching (BST), pukul 7.20 tu mesti dah kena ada dalam ward. Dato biasanya start 9 pagi, tak terkejar sangat pagi-pagi tu. Sebelum kelas tu wajib tahu semua case yang ada dalam ward, supaya tak blur dalam kelas. Lagi-lagi case yang akan dibincangkan.
Dengar briefing dr tentang IM pun dah rasa overload, tu baru surface belum go deeper lagi. Ada 2 dr yang handle IM ni iaitu Dato S dan Dr S. Cara Dato laju dan banyak sangat nak absorb, adalah kadang2 tu aku lost. Banyak sangat ilmu yang dia nak bagitahu sampaikan kadang2 kita lost sebab basic knowledge dah mula karat sikit2. Balik pun kadang2 tu tak sempat cover balik apa yang tak faham waktu kelas tadi. (Banyak tak tahu tapi malas nak study emm whyyy?? Tak sedar diri lagi ke?) Kena rajin buka buku balik, baca balik sebab dah lupa. Yang tak tahu pun banyak juga ni. Tak tahulah kenapa rasa zero sangat diri ni. Cara Dr S okayla, tak laju tak slow sangat dan kita terus dapat tangkap dan lekat dalam kepala. Semua yang kita buat Dr akan nilai based on exam oriented. Complicated mana pun case yang kita clerk, kita mesti dapat present dalam masa yang ditetapkan.
Yang menariknya IM ni berbanding paeds ialah kita akan dibahagikan ikut ward dan kena selalu update bed patient kita. Aku pegang 12 patient dan kena selalu cek dah discharge ke, ada yang meninggal ke atau ada yang pindah ke katil lain, finding dan test yang dibuat, progress dia macam mana sekarang, dah bagi treatment apa je, dah berapa lama dalam ward, kenapa dia tak discharge lagi dan beberapa benda lagi tapi aku tak ingat. Waktu hari ke-2 kena buat macam nilah update semua patient yang kita pegang. Yang lain tu lantak kau malas nak ambil tahu. Tahu case je la tak tahu detail. Sumpah busy gila sebab kelas habis lambat petang tu dan nak kena update kat wasap group malam tu juga. Update 12 patient dalam masa 5 petang ke 11 malam, rasa nak mati tahu tak!! Sebabnya baru masuk posting, banyak term yang tak berapa nak faham, ambil masa nak baca, faham cerita dia dan nak google segala jenis shortform. Semua barai waktu tu dan bed pun penuh, jaranglah bed kosong. (Padahal update bed je pun, bukan kita yang manage). Tapi esoknya dr puji dan comment positive sangat hehe happy sikit. Nak update bed ni memerlukan semangat yang konsisten lah sebenarnya. Yang bestnya buat benda ni ialah kita akan tahu case dalam ward, so takdelah blur kalau kena attack. Nak senang ingat dengan cara ingat muka, nama dan diagnosis. Aku pening ingat nombor bed.
Mula-mula ni semangat lah nak buat semua ni sebab dr suka tanya tetiba, tak tahulah kalau dah akhir2 nanti malas nak update bed. Pernah satu hari tu Dr S dan Dato buat sudden spotcheck. Waktu mood orang tengah malas nak clerk waktu tu yang dia cek case yang kita dah pernah clerk, memang tak prepare apa lah jawapannya. Senarai clerking sheet pun tertinggal, memang datang bawa buku nota je.
Mula-mula ni semangat lah nak buat semua ni sebab dr suka tanya tetiba, tak tahulah kalau dah akhir2 nanti malas nak update bed. Pernah satu hari tu Dr S dan Dato buat sudden spotcheck. Waktu mood orang tengah malas nak clerk waktu tu yang dia cek case yang kita dah pernah clerk, memang tak prepare apa lah jawapannya. Senarai clerking sheet pun tertinggal, memang datang bawa buku nota je.
Rasa cuak bila dr tiba-tiba pergi ke patient kita dan tiba-tiba kita lupa dia sakit apa ataupun tiba2 patient lain baru masuk. Time ni kalut lah nak present camana. Cara dan skill kita present pada dr akan develop sikit2, sabar dearself. Cara kita present case ikut level kita dan level kita sekarang ni medical student. Cara kita present case sama macam HO present pada MO. Kalau MO atau speacialist cara present case diorang lain dah. Dah advanced.
Kita boleh belajar melalui case file patient, sebab patient dah tua dan case file dia dah tebal gila, patient tu pun macam "nak tanya aku balik dari awal?". Dia pun tua dah nak explain panjang2, jadi boleh tengok case file untuk memudahkan kefahaman kita. Ada je kadang2 tu kita tulis lain tapi case file tulis lain. Dalam hati ni kita rasa macam 'tadi tanya jawab lain'. Tulah aku masih lemah dalam art of history taking.
Waktu ni kena belajar cinta akan diri sendiri. Sebabnya bila kita cinta dengan diri sendiri, kita tahu kita boleh overcome segala kekurangan dan betulkan menjadi lebih baik. Kita takkan cepat stress. Senior pun banyak tolong ajar antaranya blood taking, ecg dan baca x-ray. Mula-mula blood taking aku banyak fail, 1st berjaya (sebab buat pada kawan sendiri kan, macam senang macam cool macam confident), pastu bila buat pada patient untuk ke berapa kalinya aku fail. Stress lah juga, rasa geram kenapa tak dapat. Nak tak nak kena pandai juga. Kena praktis banyak lagi lah jawapannya. Thank you senior sebab sanggup ajar!! ECG pun boleh tahan dia punya serabut. Pastu lama sikit lupa dah.
Posting ni kita akan selalu hadap dengan ketakutan dan nervous supaya exam nanti kita akan terbiasa. Year 3 ni yang penting teknik kena betul. 'Teknik dan lakonan'. Kena biasakan diri kita dengan 'jargon', bila dah terbiasa baru kita move on ke step yang lebih tinggi.
Hari2 ada je patient yang collapse sepanjang posting IM ni. Bacaan yassin tu selalu je dengar. Waktu clerk patient, tiba2 patient katil hujung sana meninggal. Waktu bed site teaching tiba2 dengar 'machine mati' sebelah sana. Malaikat maut tu selalu berlegar kat ward, kita sebenarnya berlanggar bahu je dengan kematian. Rasa insaf lah sebab benda nampak depan mata. Tapi waktu nilah dapat belajar buat CPR. Lagi-lagi kalau student lelaki amatlah dialukan. Cuma kadang-kadang tu kita yang student ni takut nak approach sebab suasana kelam kabut, ramai nurse dan dr kerumun lepas tu tetiba kau nak meyelit camtulah.
Kita kena ringan mulut dan beranikan diri sikit kalau nak develop relationship yang bagus dengan HO, MO ataupun nurse. Untung kalau kita dah rapat atau selesa dengan diorang ni semua. Kita dapat belajar sedikit sebanyak dengan diorang. Nurse tu semua power dah, lebih berpengetahuan dari kita. Diorang ni baik je, suka ajar cuma kalau kita tanya salah timing tu memang kenalah. Waktu ward round tu ada je nampak HO kena marah atau kena tegur. Apa yang boleh dikatakan kita kena ada knowledge, yakin dan hati kena kuat. Bertabahla wahai diri, dah pilih jalan ni teruskan sampai habis okay.
Update: 24.2.2019, 1.08 am:
Exam minggu depan, rasa macam tak terkejar semua benda. Masa tu cepat je berlalu, sedar tak sedar dah minggu ke 9 rupanya posting IM. Kadang kita terlalu focus pada skill clinical kita, theory pula terabai. Begitulah sebaliknya. Susahla nak balance, agak terkejar-kejar. Tapi kita wajib balancekan antara skill dan theory. Tulah time management masih lagi kurang mahir.
Semua benda jadi mudah dan senang kalau kita tahu dan hafal CPG (Clinical Practice Guidelines) yang latest. Kalau boleh semua CPG Malaysia tu kena lekat dalam otak supaya kita lancar je bila kena tanya. Jawab pun yakin je sebab jawapan kita takkan salah kalau jawab berdasarkan cpg. Takde siapa boleh salahkan. CPG banyak kot, memang kena ulang dan sabar banyak-banyak sebab terkadang kita baca lepas tu lupa balik. Bila dah master cpg senang je sebenarnya tak susah mana pun, bila tak tahu tu yang masalah.
Cakap tentang logbook dan prosedure pula, memang ke laut. Banyak gila nak kena perform (CPR, ECG, peritoneal dialysis, spinal tap, pleural tap, paracentesis, urinary catheterization, blood sample, bronchoscopy dan banyak lagi ).Next posting iaitu Surgery kena plan awal-awal lah supaya sentiasa organized dan selalu perform gitu.
Exam end of posting IM dapat:
Bersyukur sangat dapat case yang boleh jawab walaupun rasa kelam kabut dan serabut. Susah nak gambarkan, yang penting agak serabut lah pagi-pagi tu. Posting IM berbeza gila dengan paeds sebab exam tak jangka nak keluar apa, kiranya macam-macam boleh jadi. Kalau peads dulu kita boleh agak case apa yang nak keluar. Doa jelah dapat case yang senang-senang, patient yang bagi kerjasama dan examiner yang baik mood dia. Akhirnya alhamdulillah semua lulus dan semuanya berjalan lancar.
Akhir kata, posting ni banyak gila case, ramai patient dan kita takkan sempat cover semua. Lepas habis posting kena ulang belajar balik case mana yang masih blur dan tak tahu. Bila kita dah master posting ni, posting lain akan lebih mudah sebab semua basic kita belajar waktu posting ni. Kita takkan relaks waktu posting ni dan banyak benda kena kejar.
- short case: ascites secondary to cholangiocarcinoma
- long case: congestive cardiac failure (CCF)
Bersyukur sangat dapat case yang boleh jawab walaupun rasa kelam kabut dan serabut. Susah nak gambarkan, yang penting agak serabut lah pagi-pagi tu. Posting IM berbeza gila dengan paeds sebab exam tak jangka nak keluar apa, kiranya macam-macam boleh jadi. Kalau peads dulu kita boleh agak case apa yang nak keluar. Doa jelah dapat case yang senang-senang, patient yang bagi kerjasama dan examiner yang baik mood dia. Akhirnya alhamdulillah semua lulus dan semuanya berjalan lancar.
Akhir kata, posting ni banyak gila case, ramai patient dan kita takkan sempat cover semua. Lepas habis posting kena ulang belajar balik case mana yang masih blur dan tak tahu. Bila kita dah master posting ni, posting lain akan lebih mudah sebab semua basic kita belajar waktu posting ni. Kita takkan relaks waktu posting ni dan banyak benda kena kejar.
Hye assalamualaikum. Akak pelajar thn brp untk medical degree?
ReplyDeleteHye waalaikumsalam, pelajar tahun 3.
DeleteTerima kasih ats perkongsian😃
DeleteHi, assalamualaikum sister. saya ada buat novel dekat wattpad, boleh ke kalau saya jadikan pengalaman sister as saya punya rujukan dalam cerita saya?
ReplyDelete