Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Rejab. Lagi sebulan je nak sambut bulan Ramadhan. Cepatnya masa berlalu, semua benda rasa tiba2 je dah habis dan dah selesai. Petang semalam aku dan housemate pergi ke program Jilsah Ruhiyah di sebuah masjid berdekatan rumah. Jilsah berasal dari perkataan jalasa bermaksud duduk, macam halaqah (sekumpulan muslim berjumpa untuk mempelajari dan mendalami ajaran Islam). Ruhiyah pula bermaksud membina sisi rohaniyah manusia untuk menjalani kehidupan.
Okay sebenarnya hari ni nak tulis tentang pengisian yang dapat daripada Jilsah tadi iaitu 'ukhuwah'. Nampak simple kan tajuk ni, tapi hidup kita akan jadi huru-hara, tak tenang dan sedih je tanpa hadirnya ukhuwah. Rasa nak update blog juga sebab sayang kalau tak tulis dan kita semua perlu tahu betapa pentingnya ukhuwah.
Ukhuwah bermaksud persaudaraan. Allah hadirkan ukhuwah pada orang yang ikhlas, tolong menolong, saling memaafkan dan memahami sesama manusia. Kita boleh rasa ukhuwah dengan sesiapa saja (ahli keluarga, kawan di tempat kerja, jiran tetangga dan mana2 orang yang kita rapat sekalipun).
Contoh kemanisan ukhuwah Rasulullah saw dengan sahabatnya ialah apabila baginda terlihat muka Saidina Abu Bakar kelihatan sedih dan muram. Pada waktu tu, ada perselisihan yang berlaku antara Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar yang menyebabkan Saidina Umar marah kepada Saidina Abu Bakar . Abu bakar seorang yang lembut orangnya jadi dia macam "Janganlah marah saya, maafkanlah saya". Umar tidak mahu memaafkan Abu Bakar dan dia berasa sangat sedih.
Dari jauh Rasulullah dah nampak raut wajah Abu Bakar dalam kesedihan. Baginda bersabda "Siapa yang melukai hati sahabatku?". Padahal Abu Bakar masih jauh lagi, tak sempat nak mengadu kepada Rasulullah. Sebaik saja Umar mendengar Rasulullah bersabda begitu, terus Umar berlari ke arah Abu Bakar dan berkata "Abu Bakar aku maafkan kamu" sebab takut jika Rasulullah memarahi dirinya pula. Begitulah hebatnya persaudaraan ukhuwah antara Rasulullah saw, Saidina Umar dan Abu Bakar.
Maksud cerita di atas ialah bila kita rapat dengan kawan kita, kita akan tahu bila dia sedih, lapar, penat, tak selesa, ada masalah kewangan dan sebagainya. Ukhuwah merupakan salah satu sebab kemanisan dalam hidup kita. Kita yang perempuan ni pun mudah sangat berlaku perselisihan contohnya kita nak susun kasut macam ni, tapi dia susun kasut jadi lain. Kita akan rasa "Apa ni susun kasut macam ni?"
Perkongsian daripada seseorang:
Apa2 yang kita buat pun mesti dimulakan dengan bismillah dan berkasih sayang kerana Allah (kerana hanya Allah yang boleh hadirkan perasaan kasih sayang antara dua hati). Macam mana kita nak tahu yang kita ni seorang yang penyayang? Jawapannya ialah bila kita sentiasa senyum bila berhadapan dengan orang tak kira apa pun masalah yang kita hadapi ketika itu.
Dalam ukhuwah, ada 3 elemen yang kita kena tahu iaitu:
- Berkenalan (ta'aruf). Berkenalan dengan cara bagi salam, borak itu borak ini. Kita bergaul dengan mereka.
- Memahami (tafahum). Kita akan saling memahami bila kita bergaul. Lagi banyak kita bergaul, lagi banyak kita tahu tentang dia. Lama-kelamaan sifat ukhuwah akan terjalin. Kita akan saling memahami dan dapat mengelakkan prasangka buruk. Serendah-rendah ukhuwah ialah husnuzzon (bersangka baik). Manakala setinggi-tinggi ukhuwah pula bila kita melebihi atau mendahulukan kawan kita. Kita tidak mementingkan diri sendiri. Contohnya kawan kita perlukan duit waktu tu. Tapi kita pun sentiasa perlukan duit nak beli itu ini. Tapi pada ketika itu kita mendahulukan kawan kita yang lebih memerlukan.
- Takaful (saling membantu). Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing2. Jadi bila kita saling melengkapi kekurangan kawan kita, itu dah dikira saling membantu. Kalau kita mengamalkan tiga konsep di atas (ta'aruf, tafahum dan takaful) ukhuwah yang betul2 ukhuwah akan terjalin. Selagi kita tak mengamalkan 3 benda tu, kita belum capai tahap ukhuwah lagi.
bagusnya aini ! <3
ReplyDeleteta'aruf, Tafahum, Taaun, Takaful
ReplyDelete