Contoh fake braces |
Kenapa-tiba-tiba aku rajin nak tulis post ni sebabnya masyarakat kita kurang kesedaran dan pengetahuan tentang bahayanya fake braces. Dah banyak kali terserempak dengan video fake braces di instagram, jadi nak kongsi info tentang fake braces ni. Lagipun aku sendiri pernah pakai braces, rasa bertanggungjawab sikitla nak kongsi. Bila search je di instagram berlambak yang jual fake braces, feedback sini feedback sana. Kebanyakan gigi diorang elok je, tapi nak bergaya dan berfesyen fake braces menjadi pilihan. Lagipun harga murah berbanding braces sebenar, yelah murah tapi memudaratkan dan tak terjamin. Perkongsian di bawah sumber daripada Dr Kayla Teh.
Bagi kebanyakan remaja pemakaian fake braces ini boleh dilihat menjadi trend oleh remaja zaman sekarang. Tapi berbahaya ke tidak fake braces ni sebenarnya? Apa itu fake braces?
Fake braces adalah sejenis braces palsu yang dipakai pada permukaan gigi yang menyerupai braces sebenar. Walaubagaimanapun fungsinya tidak sama dengan braces sebenar tetapi lebih kepada aksesori yang kononnya 'cool'. Permukaan gigi selalunya dihiasi oleh getah-getah yang berwarna-warni yang berbentuk seperti aksesori fesyen. Dawai pun selalunya dipasang pada gigi bahagian depan saja.
Fake braces dijual secara online melalui media social seperti instagram, facebook dan twitter. Pemasangan fake braces ni dibuat sendiri oleh pembelinya malahan ada penjual fake braces di internet yang tidak bertauliah menawarkan perkhidmatan pemasangan fake braces di hotel-hotel atau dari rumah ke rumah pelanggannya.
Sebab fake braces berbahaya:
- Gusi kita boleh tercedera apabila bracket (pendakap) dan dawai fake braces dipasang dipasang secara suka hati di permukaan gigi kita. Jadi gusi kita akan berdarah, membengkak sehingga mulut menjadi berbau.
- Karies gigi, lubang gigi atau karang gigi boleh terjadi kerana kebersihan gigi yang lagi susah untuk dijaga selepas pemasangan fake braces.
- Gam yang dilekatkan di permukaan gigi boleh menyebabkan gigi terhakis sikit demi sikit.
- Akan ada pergerakan gigi yang tidak sepatutnya berlaku. Hasilnya susunan gigi akan jadi lebih teruk dan gigitan pun tak betul. Jadi akan ada gigi yang bergoyang, mati atau tercabut dengan sendiri.
Dalam merancang rawatan braces sebenar atau rawatan ortodontik, dr gigi mesti mengenal pasti susunan gigi asal bersama x-ray dan acuan gigi. Dr juga perlu memeriksa dan membuat keputusan untuk mencabut atau menampal gigi yang berkenaan mengikut keperluan prosedur. Selepas perancangan yang teliti barulah dr boleh memulakan treatment penuh dengan memasang dawai, getah, band dan bracket yang sepatutnya. Dr gigi palsu selalunya tak akan ambil x-ray dan acuan gigi pun malah mereka terus pasang saja tanpa apa-apa pengetahuan ortodontik. Jadi ini akan mengancam kesihatan gigi dan mulut para pelanggannya. Boleh tekan [sini: Pakai braces akhirnya] kalau nak baca perjalanan pemakaian braces yang sebenar.
PS: Ada tak yang start online business? Tak perlu risau kalau marketing kurang dan sales tak masuk, sebab team SiteGiant akan bantu selesaikan masalah korang! Just sign up guna iklan hijau bawah ni. Automatik semua akan meningkat dan lancar sebab SiteGiant is number 1 Malaysia E-commerce Platform. Jomlah luaskan business korang!
PS: Ada tak yang start online business? Tak perlu risau kalau marketing kurang dan sales tak masuk, sebab team SiteGiant akan bantu selesaikan masalah korang! Just sign up guna iklan hijau bawah ni. Automatik semua akan meningkat dan lancar sebab SiteGiant is number 1 Malaysia E-commerce Platform. Jomlah luaskan business korang!
Alat-alat dan bahan yang digunakan oleh dr gigi perlu diluluskan oleh Jabatan Kesihatan untuk menjamin bahan keselamatan bahan tersebut. Isi kandungan fake braces ini tidak diketahui sama ada selamat atau tidak untuk kesihatan. Malahan ianya mungkin produk tiruan atau made in China. Ada laporan yang menyatakan salah satu bahan yang terkandung dalam fake braces ni adalah plumbum yang berbahaya kepada kesihatan.
Alat-alat yang digunakan untuk fake braces juga tidak disteril sebagaimana yang dilakukan di klinik-klinik pergigian. Jadi kita berisiko tinggi untuk dijangkiti HIV, hepatitis dan pelbagai penyakit berjangkit yang lain. -Dr Kayla Teh.
Bila kita jumpa fake dentist, dia tak peduli pun keadaan gigi kita. Diorang tak ada kepakaran untuk faham dan tahu apa step-step yang betul dan yang perlu berjaga-jaga sebelum, semasa dan selepas pemakaian braces. Percayalah diorang tak kisah langsung tentang gigi kita contohnya gigi kita terkeluar dari kedudukan asal, gusi berdarah atau gigi banyak karies. Wire braces untuk upper atau lower pun diorang tak kisah asal main pasang je. Kesian pesakit tu. Andaikata lepas baca entri ni ada yang lembut hati nak buka fake braces, jumpa dr gigi di klinik untuk buka kan. Sebab bila kita buka sendiri, kita tak tahu apa dah jadi dengan gigi kita.
Macam mana cara kita nak kenal itu fake braces?
- Senang je, tengok pada tempat treatment braces tu. Braces yang betul hanya dibuat di klinik. Jadi tempat buat braces selain daripada klinik semuanya adalah dusta belaka.
- Rupa sekali imbas memang sama dengan braces yang betul. Hanya dr gigi je yang boleh dapatkan braces daripada dental supplier. Keberkesanan dan kualiti fake braces amatlah diragui sebab setiap bracket yang ada pada braces ada fungsi yang tersendiri dan design yang berlainan untuk gigi yang berkenaan. Jadi dah terang-teranglah kena tipu kalau penjual tu cakap kualiti braces yang dia jual sama macam braces sebenar.
Berikut merupakan keratan akhbar tentang fake braces. Jadi tak payah mengada-ngada nak pakai fake braces okays.
PS: Peniaga online yang nak luaskan dan tingkatkan lagi business marketing dan sales boleh baca entri tentang E-commerse NOMBOR 1 Malaysia di [SINI]
Даша
ReplyDelete