Tingkat jiwa manusia



Berikut merupakan perkongsian daripada seseorang yang dikasihi dan disayangi:

Setiap perbuatan yang kita buat contohnya cara kita bereaksi dengan sesuatu bergantung pada jiwa. Terdapat 7 tingkatan jiwa manusia yang kita perlu tahu. Kita mula dari yang paling bawah iaitu:


  • Nafs Ammarah (jiwa yang berpenyakit). Jiwa yang mendorong manusia agar mempunyai sifat-sifat yang tidak elok seperti cemburu, dengki dan sakit hati. Jenis jiwa ini jugalah yang membawa manusia ke arah kebinasaan.Terkadang buat dosa sehingga tak rasa bersalah kecuali orang yang telah diberi rahmat daripada Allah. Hanya dengan rahmat Allah kita boleh terselamat daripada nafsu. Jiwa manusia mudah sangat dimasuki nafsu jika kita biarkan hati kita terus dalam keadaan gelap. Cara menghalang jiwa daripada nafsu ialah kita perlu terangkan balik hati kita dengan cara bertaubat, berzikir supaya sifat-sifat mahmudah dapat masuk kembali.

  • Nafs al-Lauwwamah (jiwa yang menyesali). Jiwa ini sedar akan kesalahan diri iaitu kesedaran yang paling awal sebaik sahaja kita melakukan dosa. Imannya yang sentiasa berubah-ubah kerana dia berasa benci dengan kemungkaran tersebut tapi lama-kelamaan dia buat juga. Meskipun dia menyesal dan sedih dengan perbuatan tersebut tapi dia tetap akan mengulanginya kerana sudah mula ketagih. Ini adalah jiwa seorang muslim biasa. Contoh yang paling mudah ialah:
    1. mula-mula kita taat akan perintah Allah, lama- lama kita makin lalai.
    2. kita benci dengan sesuatu dosa itu, lama-kelamaan kita yang buat.

  • Nafs al-Muhimmah (jiwa yang mengilhamkan). Jiwa yang selalu diilhamkan Allah untuk melakukan amal soleh. Mereka  mempunyai kehendak atau niat yang tinggi untuk melakukan kebaikan. Mereka mempunyai prinsip dalam hidup contohnya "aku takkan buat benda ni lagi". 

  • Nafs al-Mutma'innah (jiwa yang tenang). Mereka takkan melakukan sesuatu yang buruk dan tidak mengutamakan dunia dan material. Ada beza antara jiwa yang tenang, bahagia dan gembira. Orang yang gembira tak semestinya bahagia, dan orang yang bahagia tak semestinya tenang. Tetapi orang yang tenang akan sentiasa bahagia dan gembira. Gembira ialah kita gembira dengan fizikal contohnya dapat kereta baru, rumah baru, makan sedap. Bila semua fizikal ni habis, kita jadi boring. Bahagia ialah bahagia dengan manusia contohnya kita berkahwin. Manakala tenang pula ialah bila kita sentiasa tenang dengan Allah. Jiwa akan tenang bila kita zikir (mengingati Allah), bertaubat (kita menyesal dan tak nak buat lagi), memaafkan dan meminta maaf dengan orang lain. 'Wahai jiwa-jiwa yang tenang, kembalilah kepada tuhanmu dalam keadaan yang reda’.

  • Nafs ar- Rodiyyah (jiwa yang reda). Jiwa yang ikhlas menerima kekuranagn diri tanpa perasaan benci atau marah. Jiwa yang ikhlas walau apa yang berlaku kerana menganggap semua yang berlaku dari Allah dan semua urusan adalah baik baginya. Mereka tidak pernah marah dengan sesuatu. Jiwa mereka sentiasa dipenuhi dengan sifat sabar, reda, syukur dan patuh pada segala ketentuan Allah.

Sitegiant E-commerce
  • Nafs al-Mardiyyah (jiwa yang bahagia). Keadaan jiwa ini terjadi apabila jiwa telah bersatu dengan roh. Tiada keluhan, kekesalan, mereka buat sesutu dengan tenang dan nafsu bukan dominan dalam diri. Mereka boleh melihat dunia ini holistik, bukan sebagai serpihan cermin yang pecah. Pandangan mereka terhadap dunia hanya satu dan semakin jelas. 

  • Nafs al-Kamilah atau as-Safiyyah (jiwa yang sempurna dan murni). Ini merupakan tingkat jiwa yang tertinggi. Jiwa yang seiring dan sejalan dengan kehendak allah. Apa yang Allah suka mereka suka. Apabila orang melihat mereka, maka orang akan mengingati Allah contohnya Rasulullah saw. Oleh itu kita perlu mengikuti amalan dan sunnah-sunnah baginda.


Apa yang kita semua perlu lakukan ialah cuba meningkatkan jiwa masing-masing dengan cara membersihkan jiwa daripada segala sifat mazmumah dan kita isi dengan sifat-sifat mahmudah. Segalanya bermula dengan hati dan niat jadi kita bersihkan dari dalaman dahulu iaitu jiwa kita sendiri. 

4 cara melawan nafsu:
  1. Makan sedikit
  2. Tidur sedikit
  3. Bicara sedikit
  4. Sabarlah jika orang melukaimu
Apabila  kita melakukan keempat-empat perkara di atas, nafsu akan ikut dengan ketaatan kita. Okay habisss, terima kasih bagitahu dan share.



Comments

Post a Comment