Pertamanya semua di bawah bukan daripada diri sendiri. Tetapi daripada seorang guru yang berilmu dan dikagumi. Oleh itu aku ke sini untuk menulis dan menceritakan kembali apa yang telah dapat sepanjang pembelajaran tersebut. Semoga bermanfaat ye dan harapnya dapat disampaikan juga kepada orang lain.
Sebelum cerita tentang sejarah Islam, kita bagi pengenalan dulu:
Sejarah ni subjektif. Banyak sejarah Islam yang telah diolah oleh orang Barat sehinggakan dalam kalangan kita sendiri lupa bagaimana kita suatu ketika dulu. Islam pernah gemilang pada awalnya. Pada masa kini Islam di mata masyarakat hanya biasa-biasa sahaja walhal kita pernah mencapai era kegemilangan dahulu kala. Sepatutnya kita bangga dengan kejayaan yang pernah kita kecapi, namun kegemilangan tersebut hanya sementara.
Kita jatuh teruk di kemudian hari dek kerana sifat leka dalam diri. Disebabkan ini kita perlu belajar daripada sejarah supaya peristiwa tersebut tidak berulang. Ambil pengajaran agar dapat membantu kita dalam meneruskan kehidupan dan tidak tergelincir lagi. Sejarah ialah sunnatullah (ketentuan, ketetapanAllah), bukan sekadar kebetulan, bukan saja-saja semua ni berlaku.
Sebagai seorang muslim, tak kisah walau siapa pun kita, seharusnya kita perlu tahu akan sejarah Islam dari zaman kegemilangan hingga zaman kejatuhan. Nak dapat apa-apa maklumat kene rajin membaca, rajin belajar dan ada sifat ingin tahu.
Bekas Menteri Pertahanan Israil iaitu Moshe Dayan (1915-1981) pernah berkata seperti di bawah. Dan orang Yahudi sangat berpegang dengan kata-kata ni. Bila mereka ingat ungkapan ketua mereka, terus semangat tu ada.
Moshe Dayan, bekas Menteri Pertahanan Israil. |
" Tenanglah, percaya padaku Bangsa Arab tidak akan membacanya kerana mereka tidak suka dan malas membaca."
Beliau juga telah menggariskan 3 faktor kelemahan orang Islam dalam artikelnya:
- Umat Islam tidak belajar dari sejarah lampau
- Umat Islam tidak merancang dengan teliti
- Umat Islam terdiri daripada orang yang malas membaca
Sebaik saja artikel tersebut dikeluarkan, ramai orang Yahudi marah kerana mereka fikir pasti orang Islam akan mengubah sikap tersebut kerana mereka sudah tahu. Moshe Dayan menjawab:
"Jangan risau, mereka tidak akan tahu. Mereka tidak akan baca."
Dah faham kan sikit-sikit, kenapa pentingnya tahu akan sejarah kita. Ayuh teruskan pembacaan!
Sejarah Islam ni kita pernah je belajar waktu zaman SPM dulu, kita ingat semua point. Tapi sayang, dulu kita tak ditekankan kenapa kita kene belajar semua benda ni. Yang kita tahu hanya mengimpikan gred A+ di atas kertas. Tahun demi tahun berlalu dan segala ilmu sejarah telah dilupakan. Semua berlalu begitu saja, habis exam dan habislah semua tu. Takde apa yang perlu diingat dan dirisaukan sebab dah lulus exam.
Sejarah Islam ni benda yang best dan kita patut dengar banyak kali. Sebabnya setiap kali kita dengar, bagaikan maklumat baru yang kita dapat sedangkan kita tahu je tentang tu. Sedikit sebanyak dapat mengubati jiwa yang kosong.
Okay baru lah masuk cerita tentang sejarah Islam.
Sejarah Islam
Lagi senang kalau kita guna graf supaya nampak turun dan naik. Graf di bawah menunjukkan zaman gelap (biru), kegemilangan (merah) dan kejatuhan (hijau) umat Islam. Adanya graf ni supaya kita dapat gambaran penuh bagaimana cerita Islam suatu ketika dahulu. Nampak tak line merah bagi negara Eropah? Bila kita naik dia masih mundur, sebaliknya bila Islam turun Eropah pula naik dan maju.
Kenapa boleh jadi macam tu? Kalau nak tahu jom teruskan bacaan okay!
Sejarah Islam secara keseluruhan |
Seorang anak murid bertanya:
"Kenapa graf tu tak terus meningkat je sedangkan Allah yang mengatur segalanya? Kenapa kita mesti jatuh menjunam? "
Lalu dengan tenang gurunya menjawab:
"Supaya graf tersebut kelihatan normal. Sama seperti hidup kita yang ada kalanya naik turun."
Kemudian seorang murid lagi mencelah:
"Bolehla diorang hidup zaman Nabi. Sebab tu semangat je nak berperang."
Gurunya menjawab:
"Tapi kalau kita hidup pada zaman Nabi, adakah kita bersama Nabi atau golongan yang menentang Nabi? Siapa tahu kalau kita waktu itu ialah seperti Abu Jahal? Jadi bersyukur sangat kalau kita lahir-lahir je dalam keadaan Islam. Kita automatik mengamalkan Islam dalam kehidupan harian. Bukan masih tercari-cari atau ragu-ragu".
Kembali pada graf tersebut, kita mula dengan:
Zaman kegelapan iaitu zaman jahiliah (zaman kebodohan)
Jahil bermaksud bodoh, tidak mengetahui. Tapi daripada kaca mata al-Quran, jahil bermaksud:
"Sikap atau keadaan masyarakat yang bodoh terhadap nilai Islam. Bodoh terhadap hakikat perhambaan kepada Allah dan tanggungjawab seorang khalifah."
Kita tahu zaman jahiliyah ketika itu berlaku di Arab. Mana letaknya Arab ni sebenarnya? Jom tengok peta kejap.
Kalau nak senang ingat formulanya ingat negara Arab bentuknya macam kasut boot. |
Perasan tak negara Arab dikelilingi negara besar yang maju dan hebat contohnya Rusia, China, India, Turki, Perancis, Itali dan Amerika Syarikat. Kesemua negara ni hebat dah berbanding Arab yang kosong lagi waktu tu. Kesemua negara tersebut sudah pun mempunyai tentera, rakyat yang berilmu dan bertamadun, bangunan yang gah dan penuh dengan sejarah kegemilangan.
Jadi dalam banyak-banyak negara, kenapa Arab menjadi pilihan tempat Islam berkembang? Sebabnya ialah:
- Bangsa Arab belum pernah dimasuki oleh mana-mana tamadun. Mereka tiada ilmu untuk memajukan diri dan hati mereka lembut untuk menerima pemikiran baru
- Kedudukan Arab yang strategik iaitu di tengah-tengah peta dunia. Jadi agak senang untuk dijadikan pusat penyebaran dakwah
- Arab tenang dan jauh terpencil daripada bandar yang sibuk. Jadi mereka tidak terpengaruh dengan kehidupan di bandar
- Negara yang tiada kemewahan
- Bahasa Arab itu sendiri mempunyai keistimewaan berbanding bahasa lain dan dijadikan medium untuk menyampaikan dakwah
Umumnya masyarakat Arab terbahagi kepada dua iaitu:
- Masyarakat arab Badwi--tinggal di kawasan gurun dan pedalaman
- Masyarakat arab Hadari-- tinggal di kawasan pesisiran pantai
Bangsa Arab pada ketika itu sangat jahil contohnya mereka mengamalkan amalan menyembah berhala, percaya pada benda karut, minum arak (mereka menganggap lelaki yang mabuk telah sempurna sebagai lelaki), berjudi, merompak (setiap kabilah diwajibkan merompak), berzina, bunuh bayi hidup-hidup (mereka menganggap bayi perempuan menjatuhkan maruah keluarga) dan tidak menghormati perempuan (lelaki boleh berkahwin dengan seberapa perempuan sekali gus), kedudukan wanita sangat rendah. Perniagaan pula dijalankan secara riba dan penindasan, tiada sistem pemerintahan, keruntuhan akhlak dan asabiyah (berpuak-puak).
Kehidupan masyarakat Arab Jahiliah adalah kucar-kacir kerana pada masa itu tiada nabi atau rasul dan kitab suci yang boleh dijadikan petunjuk dalam kehidupan. Mereka hidup tanpa panduan.
Namun begitu, kelahiran Nabi Muhammad SAW telah mengubah cara hidup dan pemikiran masyarakat Arab Jahiliah. Banyak sangat kesan positif yang telah dicapai setelah hadirnya seorang nabi.
Nabi Muhammad menjadi Rasul (wahyu diturunkan)
Panjang ceritanya dan ada banyak cara wahyu diturunkan. Wahyu ialah petunjuk daripada Allah yang diturunkan hanya kepada para nabi dan rasul. Tapi yang kita perlu tahu ialah:
Nabi Muhammad pertama kali menerima wahyu ketika usianya 40 tahun di Gua Hira' ketika baginda sedang bertahannuth (mengasingkan diri) iaitu al-Quran surah al-Alaq ayat 1-5.Peristiwa itu sekaligus menjadi ‘tanda’ bahwa beliau sudah diangkat menjadi Nabi dan Rasul Allah.
Kemudian baginda menerima wahyu daripada Allah melalui malaikat Jibril secara bertahap selama 23 tahun. Baginda akan menyebarkan wahyu yang baru saja diterimanya kepada sahabat-sahabat lantas mereka semua terus menghafal.
Cara Nabi Muhammad menyampaikan dakwah
Terdapat dua peringkat iaitu:
1) Secara rahsia
- selama tiga tahun
- golongan yang disasar ialah keluarga sendiri, saudara terdekat, sahabat-sahabat
- 10 golongan terawal yang memeluk Islam antaranya isteri baginda iaitu Siti Khadijah
- dilakukan di rumah al-Arqam bin Abil Arqam
Antara sebab dakwah secara rahsia dilakukan kerana:
- strategi penyebaran Islam
- bagi mengelakkan penentangan
- bilangan penganut Islam masih sedikit
- Nabi Muhammad tahu siapa golongan tertentu yang berpotensi
Orang Quraisy tidak mengendahkan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad ketika ini. Mereka menganggap baginda sekadar seorang yang suka bicara tentang agama dan ketuhanan.
2) Secara terang-terangan
- selama 10 tahun
- arahan daripada Allah
- golongan yang disasar ialah kaum kerabat dan seluruh masyarakat
- dengan cara majlis ceramah, perjumpaan beramai-ramai di Bukit Safa
Orang Quraisy mula gelisah, terancam dan tidak sangka Islam berkembang dengan pesat. Usaha baginda diprotes oleh pakciknya sendiri iaitu Abu Lahab dan sejak itu berlakulah penentangan hebat daripada pihak Quraisy.
Banyak cabaran yang terpaksa dihadapi oleh baginda dan para sahabat antaranya:
- penghinaan, tohmahan palsu (Nabi Muhammad dituduh gila, ahli sihir dan banyak berdusta)
- penyiksaan (dicekik, dibaling najis, dihempap batu)
- pemulauan (larangan perniagaan dan perkahwinan)
- tawaran (kekayaan, kemuliaan, jawatan)
- mengatakan al-Quran satu pembohongan dan hanya ciptaan baginda
- mempengaruhi Abi Talib untuk memujuk Nabi supaya berhenti berdakwah
Untuk permulaan, Nabi Muhammad saw menekankan aspek TAUHID iaitu mengesakan Allah, beriman dengan hari akhirat, pengadilan dan bersyukur. Mengesakan Allah sangat penting kerana ianya tonggak kekuatan Islam dan memaparkan hubungan yang utuh antara hamba dan Pencipta. Keyakinan dalam kalimah La ilah illa Allah amat penting untuk diterapkan walaupun mereka diseksa dengan teruk untuk menukar ke agama nenek moyang mereka.
Islam semakin berkembang dengan usaha Nabi Muhammad dan para sahabat. Antara kesan kedatangan Islam pada zaman jahiliah ialah:
- Masyarakat Islam Madinah berjaya membentuk sebuah masyarakat ummah contohnya persaudaraan Ansar dan Muhajirin
- Tiada lagi peperangan dan permusuhan
- Konsep persamaan taraf. Tiada lagi taraf pangkat atau kekayaan
- Memuliakan golongan wanita
- Akhlak yang mulia
- Mengharamkan riba dan mewajibkan urusan jual beli
- Masyarakat mempunyai keimanan yang kukuh
Begitulah ceritanya perubahan pada zaman jahiliah. Bila aku tulis ni rasa macam aduh geramnya kenapa tak ingat, nak kene google juga itu ini sebab aku pun ada yang lupa. Kejap lagi kita masuk zaman Khulafa' ar-Rasyidin iaitu zaman kegemilangan Islam. Nanti aku sambung lagi next entri!!
Comments
Post a Comment