Waktu last day commed ialah hari yang paling bahagia sebab dah settle semua!
Entri kali ni agak berbeza dan mengejutkan sebab banyak masa terluang, skip je kalau rasa tak berkait ok! Basically commed sedikit bosan dan lifeless. Mungkin aku tak minat commed. Tapi dr selalu belanja makan, yang ni best! Entri kali ni banyak luahan berbanding cerita tentang posting commed itu sendiri.
Waktu ni aku year 4 dah, cepatnya lahai masa berlalu. Dan tetiba aku leader bagi posting ni, excited tu ada tapi aku sendiri kene minta tunjuk ajar dari senior. Aku yang leader ni pun blur nak susun macam mana, apatah lagi groupmate yang lain. Groupmate banyak sangat tolong, function betul.
Pernah dengar year 4 waktu honeymoon? Memang betul! Ikut posting lah sebenarnya, posting commed memang banyak masa. Kalau minor posting group lain contohnya opthal, ENT, forensic tu memang kelas sampai malam. Laju je belajar, pastu tetiba exam. Tak banyak masa nak cuti-cuti.
Disebabkan posting ni agak relax, so bolehla nak fokus pada perkara lain sekejap. Jadinya memang target nak bagi tunjuk ajar cara buat physical examination pada junior Year 3 yang baru je nak masuk alam clinical. Sambil tu bolehla refresh balik segala ilmu tentang posting lepas. Susah la sebenarnya kalau asyik lupa je, kene ulang selalu supaya lekat dalam otak. Kuatkanlah ingatan aku yang kian rapuh ni ya allah, aku mohon permudahkan.
Contohnya bila baca balik cpg untuk posting IM (internal medicine), rasa stress jap sebab aku dah lupa. Padahal topic copd (chronic obstructive pulmonary disease) je pun, take time juga nak recall segala yang dah belajar sebab nak ajar junior pulak kan, takkan diri sendiri tak perform ha gitu. Skill procedure pun kene tingkatkan, geram lah juga fikir skill yang berkarat ni. Dah lama tak practice kan, macam nilah jadinya. Tapi bestlah malam tu, perform la juga! Walaupun ada kekurangan hahaha tapi takpe kita belajar dari kesilapan.
Malangnya semangat tak kekal lama. Minggu tu je study dan refresh cpg. Lepastu ke laut. Lalai dan lifeless sangat. Sepatutnya aku ke ward dan clerk ke, buat PE ke, procedure ke, study case file pun jadilah. Tapi aku tak buat semua tu hmm takde mood nak buat. Tak rajin, takde semangat dan rasa nak balik rumah. Balik rumah pun tak study apa.
Dah lah jom kita teruskan tentang tajuk utama kita tentang posting commed ni. Lebih baik busy daripada tak buat apa. Baru faham kenapa orang selalu cakap lifeless tak best.
Posting kali ni kita akan buat research dan survey yang berkait dengan kesihatan. Banyak sangat site visit yang kene pergi. Tapi ada je tempat yang tak dapat pergi, kitorang buat tak kisah je. Dah call, fax, email dan pos surat tapi tak berbalas, jadi takpelah malas nak fikir. Bagi yang nak further bidang public health ni anda memang hebat! Aku sendiri tak mampu.
Kalau emergency bagi public health ialah any outbreak. Dengue, H1N1 or TB outbreak. Berbeza kalau dalam ward yang case emergency contohnya acute appendicitis, subarachnoid hemorrhage, emergency c-sec dan banyak lagi.
Dalam hati: Buat research? Bosan gila. (Bosan sebab tak minat, kalau minat semua best). Subject public health tu sendiri tak suka, lagilah nak handle research.
Research pun group kitorang banyak cabaran haha kelakar bila ingat balik. Banyak kali lah juga kene reject. Questionnaire pun buat dua kali, edar pada orang ramai pun buat dua kali sebab tersalah kan. Preparation buat report research tu takyah citer la, kerja last minute.
Posting ni 9 minggu, bayangkan betapa kosongnya jiwa kalau tak minat public health. Pergi ward pun kalau nak refresh posting-posting yang lepas dan improve skill (segala jenis procedure tu). Tapi niat ni semua tak jalan, seminggu je buat lepas tu dah bye.
Sebelum site visit, biasalah kene hantar surat bagai. Dan surat tu akan disemak oleh dekan fakulti sebelum di-fax kepada pihak yang berkenaan. Banyak ayat yang salah dan tak betul. Tq dr sebab tolong dan guide cara nak buat surat yang betul. Surat kene faks sendiri dan diuji dengan mesin faks universiti yang rosak dan semua kedai yang berdekatan mesin faks turut rosak. Penat lah cari tempat untuk faks surat. Pastu dah jumpa mahal lah pula, dahla tengah miskin sekarang ni.
Niat di hati nak cerita apa yang berlaku setiap kali site visit. Tapi takpelah, takde benda yang menarik untuk dikongsi. Yang paling best visit di Klinik Kesihatan Beserah. Diorang terang tentang HIV dan banyak lagi lah. Best sangat dan lagi seronok daripada baca cpg. Ilmu luar kelas pun belajar sekali, maklumlah semua noob.
Waktu posting commed nilah perasaan dan keinginan untuk quit medic paling tinggi. Boleh kata memang ignore habis medic ni. Tak pernah macam ni, tapi kali ni aku ignore habis.
Exam tak kisah, research tak kisah, kelas datang je tapi ilmu masuk tak masuk, revise untuk posting yang sebelum ni tak kisah, tahun depan nak pro exam tak kisah, target nak hafal cpg tapi tak buat pun, program sunathon pun buat tak kisah. Maafkan aku ya allah. Fikiran fikir benda lain. Banyak sangat benda yang ada dalam kepala. Semestinya bukan pasal medic.
Ditambah pula dengan isu semasa sekarang ni, korang mesti pernah dengar punya. Keadaan dah berubah, aku pun malas nak fikir, lantak engkau lah. Mengeluh tu confirm lah ada. Manusia dan keluhan berpisah tiada, walaupun kita seorang yang positif.
Sumpah mindset dan support system kene kuat. Nasib baik kawan sekeliling baik-baik untuk naikkan balik semangat. Kalau ikut hati memang teruk. Dan aku hanya luah pada kawan dan dalam doa, jauh sekali untuk meluah pada parent sebab sebab diorang tak faham. Aku pun tak nak diorang risau kan.
Okay habis. Sekian luahan dan lusa final exam. Lepastu habis bestnyaaa bebas akhirnya dari posting commed yang lifeless ni. Nampak tak padah lifeless? Kita lebih cenderung untuk fikir benda yang bukan-bukan. Sebab tu suka busy daripada banyak masa lapang. Tapi sangat hargai segala free time yang ada waktu commed. Sedikit sebanyak membantu uruskan perkara lain.
Banyak tulisan yang aku delete, kalau tak lagi negative entri kali ni.
Comments
Post a Comment