Dah dua bulan berlalu baru nak update blog hahah. Ikutkan malas nak share, tapi share juga sebab dah tulis separuh, baik post daripada delete balik.
Radio aku bad day. Nama wasap group pun Radio Hell lol sangat. Mula-mula je bad day dan kene perli je memanjang. Bertepek-tepek kene. Laju sangat dia cakap, tak sempat nak selit defend diri sendiri. Tapi lepastu best dan banyak benda boleh dapat. Hahah positive sikit okay!
Attitude pun ke laut posting ni, sorry. Setiap hari kira berapa hari lagi nak habis posting ni. Rasa lamanya nak habis. Eager to know dah hilang entah ke mana hahah, nasib baik lecture membantu sangat.
Tugas student tahu indication, contraindication, procedure, technique, patient preparation, post procedure advice dan complication. Basically tu je level student.
Pandai enterprete result pun penting. Tapi untuk case yang common je dan yang biasa ada dalam ward. Yang advanced tak payahla kita bukannya radiologist pun. Dan bila tengok logbook:
"Banyak nawww nak kene isi. Serious sempat ke?"
Sempat je, serious sempat. Rajin dengan malas je. Masalahnya posting ni aku malas!
Jadual tak organized. Baru faham perasaan kene marah bertubi-tubi. Radio ni best kalau kita tahu kita nak cari apa. Jadi post kali ni akan diselitkan sekali serba sedikit tentang procedure itu sendiri, sebab tu lama sikit baru post. Main reason buat macam ni sebab dr tanya "Explain to me about this procedure. Act like I'm your patient now". Dan aku tak dapat jawab, tah apa-apa tah aku explain.
ULTRASOUND
Ultrasound |
First attach di bilik ultrasound. Rasa blur sebab kita macam tengok tv yang kelabu asap tu dan tak faham apa (maklumlah untrained eyes). Tengok Doppler ultrasound pun jadi jakun tetiba, omg macam ni ke doppler? Nak tanya pun aku tak tahu nak tanya apa. Banyak je tak tahu, tapi takkan nak tanya macam orang tak baca buku. Banyak observe je sumpah. Lepastu fikir "Aku dapat apa je ya Allah?" Adalah study borang untuk tahu indication dan sebagainya.
Ultrasound ni simple dan paling selamat berbanding procedure lain sebab ultrasound guna gelombang bunyi untuk tengok organ dalam badan. Takde radiasi pun. Nanti imej akan dipantulkan pada kaca tv tu. Tak rasa sakit pun sebab dr hanya lalukan probe atas permukaan kulit kita setelah disapu gel supaya lancar je licin je dan tak ada halangan udara. Sekejap je buat ultrasound ni, beberapa minit je. Doppler ultrasound pula untuk tengok aliran darah kalau tersumbat, sempit atau ada sebarang kecacatan.
FLUOROSCOPY
C-arm fluoroscopy |
Bilik fluoroscopy pula best. Walaupun kene perli banyak kali tapi lantaklah, 2 minggu je. Kalau mood dr tu onz dan baik je, semua jadi lancar je gitu. Apa beza antara fluoroscopy dan xray biasa? Xray biasa yang kita biasa tengok tu gambarnya static, tak bergerak. Fluoro ni pula gambarnya dinamik, kita ambil gambar pada waktu tu juga, macam tengok live gitu.
Fluroscopy terbahagi kepada kawasan GIT dan Genitourinary.
GIT procedure nya ialah barium swallow, barium follow through atau small bowel enema, barium enema dan loopogram.
Genitourinary procedure nya ialah Micturating cystourethrogram (MCUG), ascending urethrogram, retrograde pyelogram, intravenous urography (IVU).
Kali ni cerita tentang barium enema je. Yang lain malas nak tulis. Korang google je okay kalau nak tahu lebih.
Barium enema ialah sejenis pemeriksaan xray yang tujuannya untuk tengok keseluruhan bahagian usus besar kita. Nanti cecair contrast akan dimasukkan melalui tiub kecil ke dalam dubur. Cecair contrast ni namanya barium sulphate dan fungsinya untuk highlight-kan normal structure dan sebarang abnormality sepanjang usus besar tu. Dah masuk contrast, gas pula akan dimasukkan supaya lagi jelas gambar usus besar tersebut. Jadinya xray akan diambil semasa dan selepas contrast dimasukkan. Ambil masa 30 hingga 60 minit saja. Contrast tak akan diserap pun, jadi ianya selamat dan akan keluar melalui air kencing dan najis.
Bagi persediaan pesakit pula: 2 hari sebelum pemeriksaan
- Elakkan makanan yang tidak mudah hadam seperti daging, ayam, sayur dan kekacang. Makan makanan yamg mudah hadam seperti bubur nasi.
- Elakkan merokok dan minum minuman yang bergas
- Banyakkan minum air kosong 8 hingga 10 gelas sehari.
- Makan 2 biji dulcolax (ubat julap) selepas makan malam untuk pembersihan usus.
1 hari sebelum pemeriksaan:
Pesakit mula berpuasa dari jam 10 malam. Pada hari pemeriksaan pula, jangan makan atau minum kecuali ubat-ubatan yang diarahkan oleh dr. Dah habis buat procedure, banyakkan minum air. Barium akan keluar melalui najis dan berwarna putih.
CT SCAN
CT scan |
CT scan pun best. Sebab attached hari jumaat waktu tu, patient tak ramai macam hari lain. Disebabkan itu, nurse dan dr share banyak benda. Jadi best dan banyak benda baru tahu. Yang paling best clerk dengan baca case. Takdelah auta je semua tu, clerk biasa je, baca case best! Rasa best bila kita tahu kenapa dia kene buat CT scan? Tak cukup ke hanya dengan xray dan ultrasound? Best, serious best!
Bagi persediaan pesakit:
- Pesakit perlu berpuasa 4-6 jam. Pesakit yang kene masuk contrast yang kene puasa. Tapi kalau minum air dalam kuantiti yang sedikit masih boleh.
- Kalau ada asthma atau alergic pula, dr akan bagi ubat iaitu:
- 50 mg prednisolone 12 jam sebelum dan selepas prosedur, atau
- iv hydrocortisone. Yang ni masuk ikut branula kat tangan tu, tapi walaupun kita dah bagi, allergic masih boleh berlaku cuma risiko tu kurang. Dr bagi ubat sebab contrast tu akan menyebabkan sesak nafas bagi pesakit asthma.
- Pesakit yang dialisis pula, kita buat CT scan pada hari dia akan di-dialisis. Lepas je CT scan, boleh buat dialisis sebab contrast tu nak keluar macam mana kalau dua-dua buah pinggang dah rosak. Dr akan tengok level creatinine dan urea sebelum buat CT scan.
- Pesakit darah tinggi pula, kalau dia makan ubat metformin, kene stop 48 jam sebelum buat CT scan
- Bayi yang minum susu badan tak boleh minum susu 3 jam sebelum prosedur
Yang allergic tu segala jenis allergic dari kecil sampailah sekarang kene bagitahu. Walaupun nampak macam remeh tapi yang tu lah penting sebab salah satu komplikasi CT scan ialah allergic (kulit merah-merah, gatal, bengkak, sesak nafas). Walaupun allergic dah takde, bagitahu juga.
Lepas CT scan kene minum air banyak supaya contrast tu keluar okay! Antara komplikasi CT scan yang menggunakan contrast ialah:
- rasa kurang menyenangkan pada lidah, rasa loya, panas badan yang sepatutnya hilang selepas beberapa minit contrast dimasukkan.
- reaksi yang sederhana contohnya gatal-gatal, bersin, ruam badan, muntah dan kecederaan pada saluran darah atau tisu badan yang disebabkan contrast tersebut bocor keluar dari sauran darah.
- risiko kemerosotan buah pinggang terutamanya pesakit buah pinggang
- komplikasi yang jarang berlaku ialah sesak nafas, renjatan atau sakit jantung.
- kematian pun boleh berlaku tetapi amatlah jarang sekali
- Nephrogenic systemic fibrosis, satu keadaan penyakit yang memberi kesan pada kulit, tisu subcutaneous otot dan sebahagian organ boleh menyebabkan kesukaran pergerakan sendi.
Nampak macam banyak kan komplikasi CT scan, tapi hakikatnya kebaikan yang akan dapat melebihi risiko yang dihadapi. Jadi tak perlu takut okays!
X-RAY
X-ray |
Bilik xray ialah agak bad day. Tak buat apa pun, observe dan study borang je. Disebabkan bad day, malas nak cerita hahah.
MRI
MRI |
MRI pun bad day. Rasa diperli bertubi-tubi, tak habis-habis nak compare. Mungkin dia lagi suka pelajar lelaki, 2nd day baru tenang sikit. Nasib baik masuk, kalau ikut hati nak lepak je bilik seminar tu. Betterlah dan dapat sesuatu. Dr pakar best, tapi kene kaw-kaw punya. Yang penting belajar something yang bermakna waktu ni. Anatomy dan knowledge kene power. Knowledge kene tinggi sumpah, nasib baik student lagi hmm. Banyak benefit student ni, at least belum dr lagi. Kalau ho tu aduhai, telinga dah lali dah asyik dengar kene sound je, sebab banyak case kene reject waktu MRI ni lah. Marah nak ajar gituh. Bukan marah kosong, tapi end up koyak la juga kan. Aku yang dengar je pun rasa ouch sangat. Kesian pun ada, tapi nak buat apa je, hadap je lah. Lepastu terdetik "macam ni lah kalau dah kerja nanti. Trauma lah pula :( Takut kene reject tu je hahah". K kita sambung MRI balik.
MRI pun ada contrast, namanya gadolinium dan tujuannya untuk memberi gambaran yang jelas. Pesakit akan baring atas meja yang bergerak masuk ke dalam terowong. Biasanya dalam 1 jam. Nama pun Magnetic Resonance Imaging, jadi MRI guna medan magnet yang kuat dan tiada radiasi. Disebabkan dia magnet, sebab tu orang yang ada bendasing logam (contohnya serpihan peluru) atau implant terbenam (seperti tulang Titanium) tak boleh buat MRI dan medan magnet tu selalu ada, tak pernah off. Takde butang off pun, kalau nak off satu hospital kene shut down. Rumit kan? Jadi MRI banyak sikit pantang larangnya bagi mengelakkan kejadian yang tak diingini. Segala barang yang berunsurkan logam besi akan menyebabkan rasa panas macam terbakar. Contohnya kunci, sepit rambut, jam tangan, tali pinggang, telefon bimbit, syiling, kad ATM dan sebagainya.
MRI tak digalakkan bagi pesakit yang ada:
- perentak jantung (cardiac pacemaker)
- injap jantung palsu (prosthesis valve)
- kecederaan mata atau bendasing dalam mata
- implan cochlear (cochlear implant)
- pacemaker untuk tulang belakang atau otak (neurotransmitter)
- stimulator pertumbuhan tulang (bone growth stimulators)
- klip cerebral (cerebral clip)
- implan pum infusi ubat (implantable drug infusion pump)
- anggota badan palsu dari bahan feromagnetic/ susuk
- mengandung trimester pertama
- allergic dengan ubat/ makanan/ contrast/ asthma
Bagi yang takut/fobia masuk terowong (claustrophobia) pun kene bagitahu. Bagi yang ada allergic atau asthma, dr akan bagi 40 mg prednisolone 12 jam atau 2 jam sebelum prosedur.
MAMMOGRAM
Mammogram |
Mammogram pun bad day. Tapi overall ok je, best! First time dapat tengok orang buat mamo macam mana. Dalam 30-60 minit je.
Mammogram untuk wanita yang berusia 40 tahun dan ke atas. Kalau bawah 40 tahun dr sarankan buat ultrasound breast dulu. Kalau jumpa abnormality waktu mammogram, dr akan buat ultrasound juga. Sebabnya bawah 40 tahun breast masih anjal (banyak dense tissue) sedangkan jika lebih 40 tahun breast dah banyak lemak (fat). Jadi mesin mammogram ni susah nak detect dalam dense tissue, susah nak nampak sebarang ketumbuhan. Mammogram tak selesa sebab breast akan dikepit senipis mungkin dan ada banyak position. Salah satu sebab kenapa kita buat bagi 40 tahun dan ke atas. Kalau ikut je cakap juruxray tu sekejap je, kalau banyak kerenah tu yang lama.
Sebelum datang buat mammogram:
- Jangan pakai bedak talkum, deodorant atau minyak wangi pada sekitar dada dan ketiak. Sebabnya bila pakai bedak, serbuk serpihan bedak akan bersepah atas kaset mammogram tu (can cause artifact pada gambar result nanti). Dalam bedak ada zinc oxide iaitu sejenis metal. Jadi juruxray kene bersihkan dulu kaset tu dan test sebelum buat pada pesakit yang baru. Pesakit yang sebelum ni pun kene buat mammo balik kalau juruxray tak perasan ada bedak sebab nanti semua result pesakit nampak sama je.
- Pakai pakaian yang berasingan dan ringkas bagi memudahkan pemeriksaan. Tapi nanti kat dalam, kita kene tukar baju juga. Baju je, seluar tak perlu.
Sekian, itu saja cerita posting kali ni.
slm
ReplyDelete*Testimoni pesakit kanser yang menggunakan produk keluaran En Mohd Zuhairi Bin Noordin yang berjaya sembuh.*
ReplyDeleteNama:Muhd Haziq
Kanser Hodgkin Lymphoma tahap 4
Nama: Cik Atirah(tunang sakit)
Kanser Paru-paru tahap 3
Nama: Anak Pn Rashidah
Kanser: Leukimia
Nama:Haji Ahmad Hasnal, 49tahun
bengkak Prostat
Nama:Pn Syarifah
Kanser Paru-paru tahap 3
Nama:En Muhd Muzamen
masalah paru2
Nama:Pn Hidayah (ibu sakit)
Kanser usus
Nama:En Sukrizal bin Idris
Batu Hempedu
Nama:Che Amat bin Saad Kanser Usus tahap 2
Nama:Muhd Aidil Izzat, Kanser Burkit Lymphoma,B cell Phenotype tahap 4
Nama:En.Iskandar
Ulser Lidah
Nama:Pn Uni Hamimi (anak sakit), Kanser Lymphoma tahap 2
Nama: Pn Baiti Jannati
Kanser payudara
Nama:Pn Faridah (anak sakit), Kanser paru-paru tahap 3
Nama:Pn Mazli (cucu sakit), Leukimia Acute ALL B CeLL
Nama:Mohd Hamdan
Virus kencing tikus
Nama:Pn Noridah bt Md Dom, Kanser Ovari tahap 3
Nama:Pn Nor Sabariah kanserPayudara dan Asma
Nama: Amirah(Pn Zuraini-ibu)
sakit Asma
Nama:Pn Hani(anak sakit)
sakit Asma kronik
Nama:En Mohd Asri
kanser usus tahap 2
Nama:Pn Arbaayah,
Sirosis hati tahap 3
Nama:Muhd Luqman, Kanser Gastrointestinal stromal tumor,spindle type,high grade tahap 4
Nama:Pn Aida (anak sakit)
Kanser Leukimia Acute Lymphoblastic ALL tahap 3
Nama:Pn Noraini bt Yusof
Kanser payudara tahap 3
Nama:Pn Zalina bin Ismail Kanser payudara agresif
Nama:Adik Muhd Afif Aksha, Kanser Lymphoma tahap 2
Nama:Adik Muhd Ilham bin Md Mazri, Kanser Leukimia B cell acute lymphoblastic
Nama:Mohd Syafwan bin Syafi, Kanser Leukimia chronic lymphocytic tahap 3
Nama:Pn Zainani Azra
Kanser payudara positif hormon tahap 3
Nama:En. Abdul Kadir
masalah paru-paru tersumbat kronik copd
Nama:En Sharizal bin Taib, kanser Lymphoma B cell tahap 4
Nama: Siti Fauzilah bt Hj Abdullah, Kanser hidung tahap 4
Nama:Norizah bt Mohd Nor, Kanser Payudara jenis hormon tahap 2
Nama:Anazilah bt Said,
kanser payudara tahap 2 sembuh
Nama: Siti Nur Hidayah bt Abdullah, kanser pangkal hidung tahap 4
Nama: Adilah bt Ghazali, kanser payudara tahap 2
Nama:Anazilah bt Said, kanser payudara tahap 2
*Call atau WhatsApp untuk order dan sebarang pertanyaan di nombor berikut :*
En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570