Pergi Skytrex Melaka juga!

Tak tahu la nak update apa kat blog ni, susah ea nak maintain blog. Layan comment orang je, macam tahu-tahu je tengah kosong gila blog ni. Kelas pun online aduh mak, makin la takde cerita nak dikongsi. Lepastu tetiba ter-scroll gambar pergi Melaka haritu, lama dah  trip ni, berbulan-bulan yang lepas. 

Sebelum update blog:

"Bolehla cerita trip ni dalam blog."
"Tapi Melaka je pun, bukannya menarik sangat."
"Takpe..ada je orang yang singgah post ni. Dah berbulan tak update apa-apa ni."

Maka bermulalah usaha untuk update blog setelah sekian lama tinggalkan:

Orang kata Melaka bosan. Tapi orang luar nampak Melaka takdelah bosan sangat sebenarnya. Kene pandai cari haha gittew. Kanak-kanak excited la agaknya, sebab jalan-jalan je kerjanya.

Segala jenis muzium tu dah pernah pergi dah waktu zaman sekolah rendah dulu, jadi tak cerita tentang tu pun. Tak heran pun segala khazanah dan sejarah tu sebab dah pernah pergi. 

Sambil tulis blog ni tetiba terfikir, kenapa masa tu pergi Melaka ea? Kenapa tak pergi tempat lain?

Cuba teka ni tempat apa?

Sebabnya nak try aktiviti lasak, sebab tak pernah buat lagi hahaha. Lepas dah google apa yang patut, keluarlah Skytrex Melaka. Awalnya nak pergi Penang Escape Theme Park, Penang. Yang ni berganda-ganda best, harga pun mahal juga, tempat pun jauh. Waktu tu jadual pack lagi dan duit pun sayang nak spend waktu tu, jadi pergi tempat yang dekat-dekat je dulu. 

Skytrex Melaka

Kalau stress pergi sini tak tahulah makin stress ke hilang stress, lagi-lagi kalau yang gayat tu.


Tiket beli online sebab agak murah berbanding walk in. 

Kitorang pilih intermediate level. 

Mulanya nak advance level (Extreme Warrior), tapi ada je percanggahan pendapat.

"Ambil yang intermediate je, kita kan baru je nak try-try. Bukannya dah biasa dengan aktiviti lasak."
"Lagipun Dila ada asthma, kesian pula dia."
"Aku baca blog orang, intermediate pun dah penat. Dah cukup best dah bagi kita."
"Ha yelah intermediate je lah. Tapi kalau tak best macam mana?"
"YEEEE BESTTT PUNYAA!!"

Kitorang pergi 5 orang, tiba-tiba ada 2 orang tak jadi pergi sebab emergency leave. Tapi tiket dah beli dah. Maka dengan pantas aku pun call kawan-kawan yang stay area Melaka. Harga pun half price je, dari rm70 jadi rm35 sebab nak cepat jual. Diorang pun orang berada, tak heran pun kalau tiket burn.

"Piqa, kau ada kat Melaka tak sekarang?"
"Ada. Kenapa?"
"Ha bagus! Nak ajak kau pergi Skytrex Melaka. Main aktiviti ekstreme je, harga rm35. Harga asal rm60. Onz ke tak onz?"
"K onzzz!!"'
"Call kan Huda sekali, tanyakan dia. Sebab ada 2 tiket ni. Tinggal lagi sorang."

Tak sampai 15 minit settle dah. Nasib baik la ada orang nak ganti, kalau tak bosan juga 3 orang je. Jadi bermulalah ekspedisi kita.

Jap lupa nak bagitahu. Kitorang ada beli gloves dan sewa locker. Jadi harga pun bertambah, tapi berbaloi serious!



Malas nak edit lama-lama, tepek je bunga.

Glove tu lembut dan selesa. Gambar sebelah tu pula antara cabaran yang ada. Bukan senang k nak pijak benda yang tergantung tu. Makin nak dipijak, makin menjauh pula. Kitorang lama juga tersekat waktu ni hahaha.


Sepatutnya mesti ada di sana 30 minit awal, tapi kitorang agak lambat. Sebab gerak lambat, driver relax sangat hahah. Dia dengan masa memang totally opposite, tak pernah punctual.


"Drive laju sikit? Kita dah lambat dah ni tahu tak?"
''Ye ye aku nak pecut macam mana, jalan jem."
"Tulah aku dah cakap gerak awal."


Sampai-sampai je blur. Besar sangat tempat sampai tak tahu nak daftar dekat mana. Ada je, kene jalan depan sikit. Tak ramai orang pun waktu kitorang pergi, dalam 10 orang je. Bagusla tak ramai waktu ni, malu gak kalau ramai sangat. Dah sampai kaunter pendaftaran, isi borang dan simpan beg dalam loker. 


Hari yang kitorang pergi takde trainer perempuan, hahah tak tahu la kalau memang takde. Macam awkward pula bila lelaki yang pakaikan baju flying fox tu. Tapi diorang semua memang friendly dan humble. So boleh consider pergi sini ok!

Tempat ni redup je, tak panas pun. Panas siikit-sikit je gitu.

Dah siap pakai peralatan lengkap semua, bermula lah briefing yang disampaikan oleh trainer itu sendiri. Berat juga benda ni semua. Briefing kejap je, beberapa minit. Dia terang tentang cara nak guna peralatan yang kita pakai tu, cara nak ni nak tu. Sebab atas pokok nanti kita sorang-sorang. Trainer ada je, cuma bukan setiap masa. Lepastu bila dah habis:

"Ok siapa nak volunteer? Demo dulu. Yang lain tengok dulu."

Dan aku orang kedua. Kalut pula sebab aku tak faham sangat tadi. Ingat sikit je.

Bila naik je: 

"Lepas ni buat apa tadi? Saya lupa balik."

Bila kita buat sendiri, baru ingat. Baru faham, senang jeee, Simple je, tapi kadang-kadang kawan aku tolong juga. Dah lama tu baru reti. Biasanya hujung-hujung dah pro dah.

Antara cabaran yang disediakan.

Ada banyak sangat cabaran, banyak check point. Tak ingat dah. Gambar yang ada dalam blog tunjuk sikit je, sebab banyak gambar yang kelakar pula utuk letak public hahah. Tapi yang paling ngeri bila jalan atas tali macam dalam gambar, serious??? 

Tali tu panjang, jadi kene jalan atas tu lama dan boleh 2 orang je yang jalan atas tu, tu pun jarak-jarak sebab nak stabil. Memang bergoyang je bila jalan, sipi-sipi je nak jatuh. Susah rupanya nak balance. Hahah tak sangka pernah buat ni dulu. Satu pencapaian yang boleh dibanggakan. Alhamdulillah.

Dan flying fox tu rasa macam kena naik berpuluh kali, tak heran dah. Rasa terbang banyak kali, happy juga waktu ni hahaha. Kejap-kejap flying fox, selang beberapa pokok flying fox lagi. Sambil tunggu turn atas pokok tu bolehla bergambar, rakam video.










Comments