Dah masuk y5 rasa malas pula nak berblog. Rasa malas nak tulis. Macam mana nak istiqomah ni? Tapi post kali ni panjang sikit. Tertulis extra pula. |
Alhamdulillah, sangat bersyukur boleh pergi hospital macam biasa. Takde halangan pun. Sebab Pahang antara yang tak kena pkpb buat masa ni. Setakat ni la.
Tetiba bersyukur study sini. Can't tolerate online. Lain sangat, tak pegang patient kan, susah..nak imagine, nak rajin depan laptop, dugaan betul. Tengoklah ortho jadi apa, tah bila tah nak cover dalam ward. Dahla, forget about the online class, heading for paeds posting instead.
Jadual tak tentu. Rasa macam jam tu tak wujud, sambung memanjang. Bertabahla wahai hati. Setahun je tinggal.
Y5 ni entahla, rasa lama pula nak habis. Rasa malas pun ada. Dulu y1-y3 semangat, tapi semangat tu drop waktu y4-y5. Ni pun paksa diri ni nak tulis blog. Kalau ikutkan hati, tak nak update apa pun.
Jadi kalau rasa malas tu boleh ikut tips ni:
"Paksa diri. Study juga walaupun malas. Biar terpaksa yang penting kita start. Kita buat".
Apply pada benda lain juga, tak semestinya belajar je, paksa diri rajin solat, paksa diri rajin buat amalan sunat, paksa diri positif selalu. Memang susah. Nanti mindset kita akan makin berbeza dan lebih elok dari hari sebelumnya. Lama-lama kita terbiasa dan tak perasan pun ikhlas tu hadir.
Paeds ni biasa-biasa je, takde moment yang best sangat. Tak tahulah dulu y3 rapport elok je, rajin je ea aku layan budak. Hahah kadang tu terasa diri ini fake pun ada (rapport bersebab).
Moment best ialah waktu study group. Waktu ni segala mnemonic tercipta. Kalau dalam kelas atau ward agak stress, waktu study group confirm gelak. Thanks guys, semoga urusan kita semua dipermudahkan.
Harini patient tadi membuat hariku bahagia kejap. Sebabnya waktu clerk tetiba jumpa persamaan. Tu yang borak best tu.
Okay moving on.. Korang takkan jumpa apa2 tips paeds kat sini, cakap kosong je semua ni. Tapi takpe, teruskan membaca, jangan keluar dulu.
Dah y5 akan rasa semuanya agak dipermudahkan. Otak tu macam dah fully developed sikit. Dah boleh faham, boleh link everything together, main redah je dah tak takut2 macam y3 dulu. Kena tahu dari definition sampailah management gitu, dah y5 kan. Tapi bab dose ubat ni aku slow jap. Rasa macam mampu ke aku ingat semua ni. Tadi pun dah pukul 4 petang yang masuk otak cuma mg..ml..mg balik..pastu ml. Memang banyak calculation pun. Dah kira, kira balik sebab takut salah kan. Tapi bestlah dr tu ajar, antara ayat yang kelakar ialah:
"Kalau tak mampu fikir, ikut arahan bila kerja nanti".
Hahah ouch.
Nanti next posting jatuh tersungkur balik, sama je lah kitaran setiap posting.
Dan yang paling obvious ialah terasa sikit ilmu di dada, betapa banyaknya yang tak tahu. Study lah lama mana pun, takkan khatam pun. Makin digali, makin banyak jumpa. Takkan habis.
Housemate |
Lepastu tetiba terfikir macam mana nak ikhlas berkerja nanti? You tell me how? Susah la nak ikhlas kalau (emm rahsia la sebabnya). Sebab tadi nampak dr tu macam happy je ea layan budak2 ni walaupun banyak kekurangan. Macam mana ikhlas nak hadir?
Lepastu terjumpa satu ayat ni. Lupa lah dari mana. Ayatnya lebih kurang macam ni:
"Dalam seharian kita penat berkerja (dalam situasi kita ialah belajar), takkan kita nak bazirkan masa kita tanpa ikhlas? Takkan nak biarkan ianya berlalu tanpa dapat pahala? Sayangnya kalau kita berpenat lelah tapi tak dapat pun pahala, tak dapat pun keberkatan. Yang dapat penat dan stress. Gaji dan reward physical ye lah dapat, tapi benda yang kita tak nampak tapi kesannya hingga ke akhirat tak dapat pun. Sayangkan."
Jadinya niatkan setiap apa yang kita buat kerana allah gitu, baru dapat pahala. Niat kena ada. Pahala tu mengalir selagi kita masih buat apa yang kita niatkan tu.
Contohnya nak start enjin kereta pergi hospital tu "Aku pergi hospital harini nak belajar kerana engkau ya allah". Nak mula study atas meja belajar tu "Aku study ni kerana engkau ya allah". Tengah bersiap depan cermin "Aku pergi kelas harini kerana engkau ya allah."
Tiba-tiba ada satu suara berbisik:
"Sampai bila nak ikhlas?!! Asyik aku je kene!"
Tahu tak jawapannya apa?
Sampai bila-bila. Sebab kita takkan lepas dari sesuatu ujian tu selagi kita tak boleh nak overcome situasi tersebut. Bila dah boleh hadapi, datang lagi ujian baru. Sabar lagi, begitulah. Allah sentiasa bersama orang yang sabar.
Sambung tentang perbualan dengan housemate sorang ni pula.
"Kau ingat developmental milestone tak?"
"Tak. Aku tak ingat. Kau ada formula ke nak ingat?"
"Kau kene anggap diorang tu macam anak kau. Baru senang nak ingat. Nanti kita pun kena monitor development anak kan."
"Ha cuba kau buat. Nak tengok jadi ke tak."
Milestone dari y3 dulu struggle nak ingat. Susah ea nak ingat. Nanti lepas paeds ni confirm lupa balik.
Tu je lah nak cerita. Memang takde apa pun post kali ni. Tulis sekadar nak pastikan blog berjalan je.
Yang penting posting paeds memang menginsafkan diri. Tapi parent ni semua tabah dan berlapang dada je hadapi semua ni. Kadang tanya punya tanya tak jumpa pun sebab apa jadi macam tu. Tetiba teringat ayat dr:
"Dahtu semua penyakit memang kene ada sebab ke? Takpelah kalau tak jumpa sebab apa. Dah memang nak jadi."
Teringat pula ayat housemate:
"Kita ni asyik tengok budak-budak sakit je sampai kadang tu rasa takut nak mengandung, takut nak beranak. Takut tak boleh terima kalau tetiba down syndrome ke, hydrocephalus ke, cerebral palsy ke, apa jua jenis seizure. Apa-apa yang memerlukan penjagaan rapi ni rasa berat nak hadap."
Lepastu terjumpa satu ayat ni. Kali ni memang banyak terserempak dengan ayat yang terkena pada diri sendiri.
"Allah tidak akan membebani hamba-Nya kecuali sesuai dengan kemampuannya."
Allah takkan uji kalau kita tak mampu.
Kebanyakan diorang tak tahu pun sampailah baby tu lahir. Waktu scan baby semua normal, antenatal sampai postnatal semua ok, risiko umur je la advanced age. Haha malas la cerita mendalam, moving on je la okays.
Ni first day paeds dulu. Patient ni seizure.
Dr: So you don't find the cause of the fever?
Me: No, I forgot to explore more.
Time ni baru perasan. Waktu present case baru sel-sel otak tu nak berhubung, asal tak cari ea tadi. Aduhai. Asal turn aku present je patient yang clerk malam tadi dah discharge. Tu yang cari case baru tu pagi tu.
Dan paeds ni antara posting yang ramai dr tolong permudahkan urusan gitu. Terima kasih.
"Student ke? Tu ada patient down syndrome katil hujung sana."
"Cari case ke? Dalam bilik kaca tu ada skin disease. Staphylococcal scalded skin syndrome (SSSS)."
"Tu dalam tu ada Dandy Walker Syndrome."
"Katil hujung sana ada murmur."
Oklah ni last. Masuk je bilik rehat tu nampak case write up bersepah ea atas almari tu.
Oh houseman pun kene buat case write up ke? Ingatkan takyah dah. Aduh hahah malas. Sampai bila nak habis assessment ni?
Jawapan yang sama juga.
Sampai bila-bila. Selagi kita masih belajar, selagi tu hadap la segala jenis assessment. Hahah bila hidup nak bebas dari exam ni?
Tengah cari case apa yang ada kat ward.
"Case meriah ea. Meriah betul."
"Tu lah..hari biasa case biasa2. Nak exam time tu lah.."
"Tak kerja lagi dah jonah".
"Agak-agak dr pilih tak ea case yang dalam isolated room?"
"Expect for the worse."
Short case kali ni takde, to reduce contact. Tapi group sebelah ada je shortcase macam biasa.
Long case: Acute bronchiolitis with u/l VSD currently not in failure
Walaupun bronchiolitis je, tapi murmur dia merata tempat. Examiner pula cardiologist, memang good luck lah wahai diriku.
I can do better, much better.. tapi jawapan di mulut tak selari dengan akal fikiran. Rasa kecewa jap dengan diri sendiri, walaupun semua lulus haritu. Minggu depan journey baru, posting baru. Semoga motivasi dan ikhlas itu sentiasa istiqomah.
Waktu makan dengan housemate:
Me: Macam mana nak lupakan kenangan buruk?
Housemate: Soalan kau tak boleh nak random lagi keee?
Me: Aku teringat eop hari tu. Kebodohan tu terserlah sangat.
Lepastu dia buka cerita tentang long case dia. Masing-masing gelak bila throwback. Kita akan rasa bukan kita sorang yang bodoh. Tahu bukannya tak tahu, tapi tulah benda kalau dah nak jadi kan. Lesson learnt.
Sekian habis dah, alhamdulillah ter-update juga blog. Tq kalau korang habis baca sampai sini. Sangat dihargai.
Assalamualaikum sis.. boleh tk Saya contact sis utk tahu lebih lanjut mengenai mbbs dkt widad.. Saya berminat nk masuk widad..
ReplyDeleteWaalaikumsalam. Boleh, by email nuraininazri123@gmail.com
Delete