"I'm not ready for this."
Eop cuti 3 hari je, tak rasa apa. Takdenya nak rehat lama.
"Hello? Ni aina ea? Baru lepas habis foundation kan?"
"Nak pesan ni, jangan amek medic ea nanti. Everything is a scam..Aku dah lalui apa yang kau nak sangat rasa waktu sekolah dulu. Aku dah rasa, aku tahulah. Nak habis belajar dah".
Lepastu semua gelak. Memang mimpi je lah, teruskan sampai habis.
Tadikan rasa malas gitu. Perasaan ni semua kita boleh tepis dengan cara 'paksa diri'. Tak tahu sampai bila boleh push diri ni, tapi setakat ni tips ni menjadi. Bukan 24 jam demotivated, on off on off je perasaan ni. Kene belajar control supaya tak berleluasa ye wahai diriku.
Walaupun rasa back to back hospital je, laju je belajar, tapi rasa bermanfaat. Walaupun banyak je halangan sebenarnya. Patient unable to obey command, cari case yang banyak obvious finding untuk short case tu pun amek masa ok, procedure pun banyak nak kene kejar, hari-hari mental kena prepare sebab kalau tak, kene setepek lagi hahah contohnya "knowledge CNS korang waktu y3 dulu zero!" ataupun "ni semua basic ni".
"Kalau basic procedure contohnya peritoneal tapping pun tak tahu buat, % kegagalan waktu exam akan meningkat sebanyak 20%". -Dr S.
"Aku nak kita buat study group ea semua." -Leader group
Tak sempat nak study group lagi setakat ni. Study sesama housemate je. Satu group punya belum. Tak sempat, rushing. Weekend tolak tepi, sebab masing-masing prefer cuti. Hari jumaat paling best sebab lepas tu dapat rehat.
Terjumpa satu quote ni. Membuatkan diriku rajin semula. "Remember how far you've come, not by remember how far you've to go through".
Tetiba tergerak hati nak tengok logbook secara detail. Dan terjumpa objective y5 yang mengatakan bahawa:
Phew. Burden dia rasa lain macam sikit berbanding y3 dulu. Function as a houseman tu macam ya allah beratnya. Baru faham life long learning tu memerlukan motivation, kesabaran, minat dan rajin yang berterusan. Takpe-takpe you got this! Everyone is struggling.
Dr S: Sape yang dah tak sabar nak masuk kerja nanti?
The rest of us (dalam hati): Sape je ready. Ilmu cetek, procedure banyak nak kene improve, mental pun tengah belajar nak jadi kuat.
Classmate: Rasanya mental dah boleh kuat ni. Dah biasa kene.
"Jomlah lepas ni kene tegas dengan diri sendiri. Jangan asyik malas."
Satu prinsip yang baru keluar tahun ni iaitu:
"Kena rajin belajar supaya tak depressed."- Aina, 2021.
Dermato clinic |
Kali ni tak pakai whitecoat pergi ward. Sister kata tak perlu. Tapi clinic kitorang pakai. Bila tak pakai whitecoat ni, orang tak boleh beza kita ni student atau dr. Walaupun dah pakai card matric tu, rasanya dah tergantung obvious dah, masih tak dapat beza juga.
"Dr, patient yang dari ward bawah tu dah masuk sini belum?"
"Dr, patient yang refer dari hosp pekan tu, kita nak buat..."
"Dr dari ortho ke?"
"Dr dari hemato?"
"Ye dr, dr nak tengok patient mana harini?"
"Good morning dr..."
"Patient yang ni dah review belum?"
"Oh..student?? Macam houseman."
"Dr jaga cubicle yang mana ea?"
Memori betul belajar sini. |
Hari oncall malam tu, best dan perform. I'm happy for myself. You're doing great. Walaupun 3 patient pertama kau assist je pun. Tak sangka malam tu eventful. Dengan tiba-tiba nurse bagitahu:
"Dr ada patient lari dari wad." Nak dependekkan cerita, suicide dah. Masuk berita case ni.
Dr: Dah2 stop dulu blood taking, patient asystole. Tolong cpr sini!!
Aku dan housemate bergegas lah ke katil patient tu. Tolong dr tu notify dalam wasap oncall dia (call for help), gilir-gilir cpr. To make it short after multiple cycles of cpr.. she can't make it. Waris dia pula baru gerak dari luar daerah, 40 minit baru sampai hospital sini, nasib baik malam-malam tak banyak kereta. Tangisan bergema kat ward tu.
Otw nak hantar semua blood test tu ke lab, disertai dengan hujan renyai-renyai pukul 4.30 am tu tiba-tiba:
Jangan ditanya, diri sendiri pun kadang tu tertanya-tanya kenapa pilih medic.
Bila blood taking je mesti teringat ayat dr ni:
"You think your job is only taking blood and then go back home? We're not hiring a dr for that!"
Walaupun ayat tu tak ditujukan pada student pun, tapi kita yang dengar ni rasa useless pula. Tiber kan. Tak ready nak kerja!!
Btw tahun ni senior masuk kerja cepat. Telinga ni selalu je dengar ayat:
"Nanti dah kerja they expect you to function like usual even you're only in day 1."
Takde siapa nak ajar, terkontang kanting dalam ward yang penting kerja siap. Tapi masih under supervision. Hmm takut.
Satu malam tu oncall. Malam tu ward tenang je (biasanya ward tenang jangan tegur). Tengah prepare barang blood taking dalam trolley tu, tiba-tiba:
Nurse: Kasut beli mana kasut?
Me: Apa dia? Kasut saya kenapa?
Sebab tak dengar sangat. Ingatkan darah tumpah atas kasut ke, kasut kotor semacam ke. Dua kali nurse tanya.
Nurse: Kasut tu beli kat mana? Jenama M.... ea?
Me: Kasut beli kat verns je.
Siapa je expect pukul 3.00 pagi ada orang tanya kasut beli mana. Terkejut ahaha. Malam tu dr belanja milo ais. Tq, hilang haus.
Classmate: Kau dah habis study cpg?
Me: Belum
Classmate: Sama
Dua-dua saling mengenang nasib.
Stay strong, you got this!
Dermato clinic best! Tq for the meaningful and memorable attachment. Rasa seronok dan banyak exposure. Memang akan rindu dermato bila habis. Time ni lah belajar masalah kulit. Kalau tak memang takkan pandang pun penyakit kulit. Kulit penting ok!
Minggu kedua akhir tu tak boleh ke hospital dah, kes naik kan. Belajar waktu pandemik macam ni lah. Lagi-lagi ward IM, lagilah.
Housemate: Kita ni exam eop macam mana? Boleh pergi ward ke tak ni?
Housemate: Entah, tunggu je lah. Widad ni kadang-kadang special sikit.
Housemate: HAHAHAH
Beberapa hari lepas tu, dapat surat dari pengarah hospital yang mengatakan pelajar Widad tahun 3,4,5 dibenarkan pergi hospital, kah kah baru ingat nak exam online. Jangan mimpi la, bak kata orang bahagia dalam derita.
Asal masuk ward je semua pandang lain macam. Diorang macam "Student boleh pergi hospital ke?" Alamak jangan pandang pelik boleh tak..rasa tak selesa. Rasa bersalah masuk ward. Yee dah dapat surat dah boleh pergi hospital macam biasa.
Waktu bed side teaching dengan Dato, lama dia masya allah. Dato selalu ingatkan "jaga jarak semua."
Classmate: Kaki aku lenguh dah ni.
Classmate: Haah sama. Kaki lagi penat daripada otak.
Classmate: So maksudnya kita tak guna otak sepenuhnya ke ni?
Malam exam tu, housemate bilik sebelah ni bergelak sakan ea sambil tengok movie sedangkan kitorang dalam keadaan resah dan serabut hahah. Dengar diorang gelak, diri sendiri rasa nak gelak. Laughing is contagious gitu. Untunglah boleh ketawa gila-gila, habis je exam turn kita pula lepak.
Eop exam dapat:
- Long case: HIV with CAP
- Short case: Gullein Barre syndrome
Tips dipermudahkan urusan: Minta doa ibu bapa, macam biasa. Dahla, sampai sini saja dan ini post yang terakhir bagi medic hahah sebab malas dah nak tulis.
Comments
Post a Comment