Peristiwa Israk dan Mikraj (Part 1)

peristiwa israk mikraj


Malam ni Israk Mikraj. Maka tertulislah segala cerita di bawah yang diceritakan oleh Habib Ali Zaenal Abidin al-Hamid. Segala cerita ini ditulis kembali bagi peringatan diri sendiri dan manfaat bagi semua.


Israk dan Mikraj salah satu mukjizat terbesar bagi Nabi Muhammad saw. Ada ulama yang mengatakan hari Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab pada hari Isnin (malam). 

Jadi hari Isnin ni banyak kelebihan, contohnya seperti di bawah. Peristiwa yang besar dan yang mengubah dunia. 

  • Hari kelahiran Rasulullah (baginda lahir pada malam Isnin)
  • Baginda berhijrah hari Isnin, sampai ke Madinah hari Isnin. Waktu ni Islam baru nak berkembang dan menjadi kuat.
  • Rasulullah mendapat wahyu hari Isnin. Mulanya wahyu iaitu langit dan bumi bersambung.
  • Rasulullah wafat pun hari Isnin. Musibah paling besar di dunia ialah kewafatan Rasulullah, baginda hilang dari dunia ni.


Kenapa Israk dan Mikraj berlaku di waktu itu? Setiap perkara ada makna dan bersebab iaitu:


"Kerana Allah hendak mengubat hati Nabi Muhammad kerana baginda sedang sedih".


Tapi kenapa Rasulullah sedih waktu tu?


Peristiwa yang membuat Rasulullah sedih:

Sebabnya pada suatu hari, baginda baru dapat satu berita yang menyedihkan iaitu isterinya yang tercinta Saidatina Khadijah meninggal. Isterinyalah yang selalu menenangkan baginda setiap kali pulang ke rumah. Masyarakat luar yang bersikap kasar dan benci terhadap baginda menyebabkan baginda sedih setiap kali pulang ke rumah. Isterinya yang akan setia menunggu pulang dan memujuk. 

Jika di luar, yang selalu melindungi Rasulullah daripada orang kafir ialah Abu Talib (pakcik Rasulullah). Kali ini kedua-dua orang yang rapat dan penting dalam hidup baginda hilang dalam satu ke dua minggu. Sokongan dari dalam rumah dan luar rumah untuk baginda hilang secara tiba-tiba. 


Kemudian gangguan orang kafir semakin teruk dan dahsyat terhadap baginda kerana usaha dakwah semakin dikawal oleh orang kafir.


Baginda cuba untuk memberi dakwah di Kampung at-Taif, dekat dengan Mekah. Kejadian ini sangat sedih sebab Saidatina Aisyah pernah tanya pada Rasulullah soalan ni.

"Ada ke peristiwa yang lagi menyedihkanmu selain daripada Hari Uhud?"

"Ada"

Saidatina Aisyah sangat terkejut, sebab dia ingat Hari Uhud dah paling teruk kerana Rasulullah hilang banyak darah di bahagian muka waktu itu.

"Apa yang terjadi waktu tu?" 

Saidatina Aisyah yang masih budak ketika itu sangat berminat untuk tahu cerita apakah itu.


Cerita yang sangat menyedihkan meskipun baginda telah bercakap dengan lembut untuk menarik minat mereka masuk Islam, namun mereka tolak.

Rasulullah: Baik, kalau kamu tidak mahu terima dakwahku, tolong jangan sebarkan cerita ini kepada semua orang yang diriku pernah datang ke sini.

Itu pun mereka tak nak terima. Islam tak nak, permintaan baginda pun mereka buat tak tahu. Malah mereka terus menyebarkan kepada semua orang yang baginda pergi ke Kampung at-Taif untuk menyebarkan dakwah.

Penduduk at-Taif: Rasulullah pernah datang ke Taif. Jom kita hina, halau dan gelakkan dia.

Rasulullah terus bersama Zaid (pengkhidmatnya) untuk selamatkan diri daripada kejahatan mereka.


Rasulullah ditentang hebat oleh masyarakat sekeliling:

Penduduk at-Taif yang jahat telah pun menyediakan dua saf daripada budak-budak dan hamba abdi mereka. Ada laluan lorong maksudnya. Mereka sangat ramai. Rasulullah akan lalu di tengah saf tersebut. Lepas je Rasulullah lalu, mereka mula baling batu, baling sampah, tumbuk dan tolak badan Rasulullah. Cuba bayangkan orang kiri kanan cuba pukul kita, himpit kita, seakan-akan kita tak boleh keluar..apatah lagi dibaling dengan batu. Batu pula ada yang tajam dan yang besar sebabnya Zaid pun berdarah dan kesan pecah beberapa kali di kepala akibat balingan tersebut kerana Zaid cuba melindungi Rasulullah daripada mereka. Tetapi tidak berjaya kerana mereka ramai, sedangkan mereka berdua saja. Kita tak pernah melalui apa yang dirasakan baginda.


Setiap kali Rasulullah angkat kaki baginda, boleh nampak beberapa batu kene pada bahagian kaki. Sebelum kaki Zahid sampai pada tanah, Zahid kene juga beberapa batu sebelum angkat kaki pun. Menandakan betapa banyaknya balingan batu tersebut. Sedih dan menyakitkan. Jadi Rasulullah terjatuh atas lututnya kerana pedih dan sakit. Zahid tak boleh buat apa-apa, dia cuma seorang ketika itu.


Tiba-tiba, datang orang yang jahat dan berbadan sasa menghampiri baginda. Semestinya mereka orangya jahat. Mereka pegang kedua-kedua lengan baginda dan bangunkan Rasulullah, tegakkan badan Rasulullah. Tetapi bukan untuk membantu supaya boleh sambung jalan balik. Tetapi mereka bangunkan supaya Rasulullah dapat terus terima balingan batu yang banyak dari sekeliling.


Rasulullah pun pulanglah ke Mekah semula. Beberapa hari saja baginda mendapat panggilan daripada Allah.

Ketika baginda sandar pada pokok kurma untuk rehat dan kakinya tidak dapat berjalan kerana banyak luka dan penat. Orang kafir berasa kasihan melihat Muhammad, lalu mereka hantar anggur untuk baginda makan. Orang jahat pun ada perasaan kesian. 


"Bagi Muhammad ni makan sikit, kesian dia."


Rasulullah pun sambung jalan. Ketika baginda rasa sedih dan risau atas apa yang terjadi tadi sedangkan baginda datang untuk membawa perkara yang baik saja. Tetapi mereka balas macam ni. Jadinya Rasulullah jalan pulang dengan kosong, tanpa berfikir, fikiran kosong. tak tahu jalan apa yang dilalui tahu-tahu je dah sampai Mekah. Betapa sedihnya perasaan dan fikiran Rasulullah atas perbuatan orang kafir tersebut.


Pada waktu itu juga, turunnya Malaikat Bukit. Dia minta izin dari Rasulullah.


"Ya Rasulullah, Allah Maha Melihat. Dia melihat apa yang mereka lakukan. Dan sekarang Allah memerintahkan saya untuk berkhimat di bawah engkau, mengikut segala arahan yang engkau berikan. Kalau engkau perintahkan aku untuk hapuskan golongan ini, dan hancurkan kesemuanya, sekejap saja akan  kubuat."


Ini baru malaikat. Satu malaikat boleh hancurkan satu bumi, kekuatan mereka luar biasa. Tapi Rasulullah kata:

"Tunggu dulu, jangan!!!"


Waktu tu darah di kaki baginda belum pun kering, rasa sakit pun belum hilang. Jika kita yang manusia biasa ni, kalau ingin memaafkan pun mesti waktu keadaan dah ok, beberapa bulan, setahun dua tahun baru boleh maafkan. Lepas kita dah lupa semua yang terjadi, baru boleh maafkan.


Rasulullah berkata:

 "Jangan bunuh mereka kerana aku harap cucu mereka nanti, anak-anak mereka nanti mungkin akan masuk Islam."


Dan perkara ini betul terjadi. Contohnya:

  • anak Abu Jahal ialah Ikrimah R.A
  • anak Umaiyah Bin Khalaf (kepala segala kekafiran) ialah Safwan R.A


Ini membuktikan harapan dan pandangan Nabi Muhammad jauh ke hadapan. Pada waktu keadaan baginda yang begitu sedih (pakcik dan isterinya telah meninggal dunia), dan baginda tidak ada keluarga lagi kecuali anaknya saja daripada Sti Khadijah. 


Didatangi Malaikat Jibril:

Pada suatu malam, sedang baginda tidur di kawasan Kaabah, tiba-tiba ada seorang yang menendang kaki baginda. Baginda mula terjaga beberapa kali untuk melihat siapa yang menganggunya malam-malam begini. Namun, tidak nampak apa-apa. Kali ketiga dia bangun dan tiba-tiba nampak satu kelibat. Itu sebenarnya Malaikat Jibril.


Kemudian, Malaikat Jibril terus buat kerja, tak nak buang masa. Jibril membelah dada Rasulullah. Betul-betul membelah dada dan mengeluarkan hati Rasulullah lalu membasuhnya dengan air zam-zam menggunakan bekas emas dari syurga. Selepas membersihkan hati baginda dan Jibril terus memasukkan hikmah, ilmu, cahaya dan ke dalam hati baginda. Kemudian Jibril balikkan Rasulullah, dan baginda melihat sendiri apa yang dilakukan Jibril ketika itu. Ni mukjizat, semua ni daripada Allah.

"Aku melihat Jibril melakukan itu semua."


Kemudian barulah Jibril memberitahu Rasulullah. Sebenarnya peristiwa Israk Mikraj ni tak diberitahu pun sebelum tu. Bukan seperti wahyu yang Rasulullah dapat dalam keadaan sedar, baginda dah mimpi beberapa kali, dah mimpi Jibril, dah mimpi wahyu, jadi waktu tu baginda dah bersedia. Waktu turun wahyu, baginda dah dapat berita yang dia akan menjadi Nabi.


Tapi Israk dan Mikraj ni tak diberitahu. Seakan-akan kejutan dari Allah untuk menggembirakan hati Rasulullah. Jibril pun berkata:

"Siap sekarang. Kita kena gerak sekarang."


Disediakan kenderaan yang khas dan istemewa:

Tiba-tiba datang satu binatang besar yang boleh terbang. Namanya al-Buraq. Besar sangat, lebih besar daripada KLIA tu, warnanya putih dan berkilat, cantik dan laju macam kilat.  Terlalu laju. Al-Buraq tiada dalam dunia, datangnya daripada langit. Jibril berkata lagi:

"Wahai Rasulullah, kamu ada jemputan malam ni. Kamu kena ikut."


Waktu tu Rasulullah bukan nak siapkan beg apa semua, baju, makanan ke apa semua baginda tak bawa. Jibril suruh Rasulullah naik atas al-Buraq. Allah mahu menjemput Rasulullah datang ke Baitul Maqdis. Kemudian ke langit. Ini adalah kemuliaan Allah kepada Rasulullah sebabnya Allah boleh je nak bawa Rasulullah naik ke syurga terus, tapi Allah menghantarkan satu kenderaan khas yang besar dan laju sebagai satu kemuliaan.


Kenapa Allah guna al-Buraq di bumi? Tetapi di langit Allah guna al-Mikraj? Sebab Allah ikut keadaan ahli dunia. 


Ahli dunia ni kalau ada seorang raja atau manusia yang hebat, kalau nak jemput satu manusia yang dia muliakan untuk datang ke istana atau rumah dia, mereka akan hantarkan satu kenderaan yang khas pada tetamu tersebut dari rumah mereka sampailah ke destinasi yang dituju. Ini cara ahli dunia memuliakan tetamu mereka. 


Allah pula mengjantarkan al-Buraq sebagai kenderaan. Ada riwayat yang mengatakan Jibril yang menunggang al-Buraq dan Nabi Muhammad naik di belakang.



Tapi Rasulullah mengalami sedikit kesukaran waktu naik ke atas badan al-Buraq. Jibril pun marah pada al-Buraq, meskipun ianya binatang tetapi ia boleh faham.


"Wahai Buraq, apakah yang engkau lakukan ini? Kamu ni tidak beradab? Demi Allah tidak ada seorang makhluk yang lebih mulia yang pernah naik atas kamu selain dari Muhammad."


Waktu ni al-Buraq terus rasa malu, takut dan berpeluh. Dia terus tunduk sehingga lebih mudah untuk Rasulullah naik. Macam naik kuda, kan mula-mula agak susah sedikit untuk naik sebab kuda bergerak-gerak.


Maksudnya al-Buraq ni Nabi Isa dah pernah naik, Nabi Musa pernah naik, lalu Jibril pun berakata pada al-Buraq:


"Kamu kene tahu yang akan naik sekejap lagi ni ialah manusia yang luar biasa. Tak pernah orang naik ke atas kamu yang lebih mulia dari manusia ini iaitu Rasulullah saw."


Selepas itu bermulalah perjalanan mereka. Ada dua perkara yang berbeza iaitu:

al-Israk mukjizat pertama dan al-Mikraj mukjizat kedua.

peristiwa israk mikraj perjalanan
Gambaran perjalanan



  • al-Israk = bergerak dari Mekah ke Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa 
  • al-Mikraj = dari Masjidil Aqsa naik ke atas bertemu Allah

Al-Buraq ni membawa Rasulullah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa sahaja. Selepas Masjidil Aqsa, lepas selesai semua dan untuk naik ke langit, al-Buraq tunggu di bawah. 


Ketika di Israk, Allah menunjukkan kepada Rasulullah banyak perkara yang ajaib. Macam orang tunjukkan cerita di skrin, rentetan apa yang akan berlaku. Tapi Allah tunjukkan hakikat terus kepada Rasulullah. Iaitu hakikat amalan kita dan dosa-dosa manusia. Tentang amalan-amalan manusia yang mereka lakukan di dunia.


Perjalanan pun bermula. Ketika mereka mula bergerak... [SINI: Sambungan cerita]


Comments