Perkampungan Orang Asli Sungai Siput, Perak

Perkampungan Orang Asli Sungai Siput, Perak
Setelah sekian lama tak berjalan jauh.


Mulanya tak nak ikut sebab jauh dan malasnya nak pergi. Tapi disebabkan waktu ni dapat cuti panjang, ikutkan saja. Aku bawa beg roda besar, sebab malas nak pack. Sumbat semua dalam tu. Rasa macam terpaling KL tiba-tiba. Masuk hutan macam masuk mall. Nasib baik tinggal heels, crocs yang dipakai. Ingatkan takde guna crocs tu sebab tersadai dalam kereta je selama ni.


“Kitorang nak tidur hotel.”

“Buat apa pergi hotel, macam rumah.”

“Baik pergi sini, tempat macam ni.”

Sepanjang perjalanan ada banyak kampung orang asli. Terserempak je sepanjang bawa kereta tu, sebab kita lalu banyak kampung sebelum sampai ke Pos Kuala Mu, antaranya Pos Yum dan Pos Redip. Bak kata mak bapa, "Pos tu kampung." 

Teringat zaman belajar dulu, selalu sertai program volunteer itu ini. Terfikir, bestnya kalau buat program tempat ni. Medical check up ke, sunathon ke, tiber. Lepastu dah kerja, entah ke mana hilang semua tu. Hilang begitu saja. 

Adik aku pula muntah dalam perjalanan. Bersimpang siur sikit dan banyak bukit. Guna kereta lama kan, naik bukit je perlahan. Buka tingkap, tutup aircond..barulah kuat sikit enjin hahah. Nasib baik dah isi minyak, kalau tak entah, mungkin stress fikir cukup ke tak ni nak sampai. Tak nampak pun stesen minyak bila dah masuk pedalaman. Apa yang nampak, Hutan Simpan Kekal, tapi lori balak banyak keluar dan masuk. Mana dia dapat balak pun tak tahu, mungkin hutan lain. 


“Korang asal tak muntah? Tak pening ke?”

“Tak sangat, bila kau dah muntah, macam kitorang punya loya berkurang.”


Sampai sampai je, cantik juga tempat ni. 

“Kak, tengok ada ayam!”

“Omg ada ayam!”

Rasa macam dah lama tak tengok ayam. Jakun tengok ayam, dengar ayam berkokok rasa menakjubkan.


Mula-mula dapat pondok yang tak cantik sangat, orang lain dapat elok, kita camni pula ea. Pondok tu takde anjung, para je. Diterima…tapi belakang tu ada yang lebih selesa kenapa tak pilih yang tu? Berat mata memandang, berat lagi nak tidur dalam tu. Akhirnya dapat pondok belakang yang lawa tu, alhamdulillah. Selesa, lega dan cantik sikit. 

Perkampungan Orang Asli Sungai Siput, Perak
RM 60 je satu malam, kalau besar rm 80.


Perkampungan Orang Asli Sungai Siput, Perak
Yang ni lah rumah yang dipilih.


Perkampungan Orang Asli Sungai Siput, Perak
Jalan depan sikit, jumpa rumah reka bentuk lain.


Best alhamdulillah. Sebelum pergi tu, main bawa je baju. Takde sape tahu arah yang jelas nak pergi mana hahah. Saja cerita, sehari sebelum pergi sini, ada kenduri kahwin.


“Kak siap-siap ea, lepas ni nak pergi 2 majlis kenduri kahwin.”

Selalu macam ni, suka bagitahu last minit. Pukul 12 tengahari bagitahu, pukul 2 petang nak pergi. Memang malas nak pergi, terpaksa lah pakai baju apa yang ada. 

“Ibu, nak pinjam baju kurung”, buka je almari..adui. Mana masuk citarasa baju mak kita dengan kita. 1 jam juga lah cari baju.

Rasa macam dah lama tak pakai baju kurung, raya je kot pakai. Dah tak suka pakai, rasa pelik sangat pakai. Keayuan tu dah lama hilang, dulu rasa sopan je kan pakai, sekarang tidak lagi hahah.


“Kita nak pergi mana ni? Tak jelas la perjalanan kita, nak pack barang.”

“Bawa je 2 baju mandi, 4 baju jalan.”

Air sungai yang mengalir bersih dan jernih. Tenang je dengar bunyi air. Sama lah macam dulu-dulu. Nasib baik tak kene gigit pacat, pantang ea bab-bab pacat ni. Sekali dah kena, semasa dan selepas mandi mesti cek kaki kalau ada pacat, kelakar sangat. Terus fobia.


Perkampungan Orang Asli Sungai Siput, Perak
Oklah ni, cukup healing dah.

Sampai-sampai je makan maggi cup kari. Sebab tu yang paling cepat, segala jenis biskut dan makanan ringan habis waktu ni. Malam baru bakar-bakar. Dulu rajin ea family bawa jalan-jalan, terfikir macam mana lah mak bapa aku ada masa bercuti. Cikgu mungkin, untung jadi anak cikgu. Semua dapat, semua merasa, banyak je pengalaman. Tapi tulah, sorang pun tak nak meneruskan legasi keluarga. 


Tulis blog ni pun dalam kereta lepas subuh, sambil bunyi air sungai dan suasana sejuk tu memberi ilham yang melimpah ruah untuk menulis. Lupa bawa kepala charger, power bank pun habis bateri. Pondok dinding tu ada sediakan soket elektrik, malangnya tiada seorang pun yang bawa kepala charger.  Charge dalam kereta lah jawabnya.

“Kak pinjam power bank.”

Sekali bila aku nak guna, power bank tinggal 1% ea. Sekarang phone bateri 80%, bahagia sangat. Semalam pun sempat check out shoppee pukul 12 malam, bahagia juga alhamdulillah hahah. Membuktikan tempat ni internet stabil, takde gangguan langsung. Phone memang tak boleh tinggal mungkin, tempat tenang dan indah macam ni pun tangan pegang phone.


Perkampungan Orang Asli Sungai Siput, Perak
Internet itu penting, line lancar je.


Ada satu family tu, simple tapi lawa. Anak sorang, set up meja kerusi dan makan maggi dan makanan family mart. Siap, healing sudah. 


Ada anjing kucing, nasib baik jinak. Tak takut sangat meskipun saiz anjing tu besar. Anjing tu jinak dan mesra pengunjung, makan pun comel. Tapi…waktu dia lari, memang aku pun cuak sekali. Ada satu situasi tu, saja jalan ke kawasan yang tak ramai orang iaitu tempat orang asli tinggal dan bermandi-manda. Beberapa ekor anjing menyalak, tak kejar pun. Oklah..ok..noted. Tak kacau pun. Kawasan mereka dijaga dengan baik sekali. 


“Dah siap ea ayam? Meh sini, nak ambil gambar.”

“Takyah pandang pelik.”

“Macam dia pula masak.”

“Kita yang masak tak nak ambil gambar.”

"Dah tu waktu kau tidur tadi, siapa yang ganti masak?"


Nasib baik ada paip dan sinki. Nikmat sangat, sebab memudahkan urusan. Nak basuh pinggan, basuh tangan, basuh muka atau basuh gigi kalau malas pergi tandas. Basuh pinggan pun semangat sebab rasa macam di rumah hahah. Kalau dulu pergi camping ingat lagi, basuh pinggan di celahan batu yang ada air mengalir. Terseksa sikit.


Waktu laluan balik tu lalu Kampung Bersah, orang cakap tempat sini lagi cantik berbanding Kuala Mu. Kitorang pun turun ambil gambar sambil jalan-jalan kawasan sekitar. Hujan rintik-rintik waktu ni, ambil gambar laju-laju dan balik. Sempat juga ambil nombor telefon, mana tahu nak datang balik di lain hari. 

"Tempat ni lagi cantiklah."

"Lebih kurang je, air je dalam sikit."

Perkampungan Orang Asli Sungai Siput, Perak
Reka bentuk rumah di Kampung Bersah, anjung menghadap sungai.


Perkampungan Orang Asli Sungai Siput, Perak
Kawasan yang air dalam tak sempat pula nak ambil gambar.


Pukul 5 petang pula singgah masjid kawasan yang terdekat untuk solat asar. Nasib baik tak muntah dalam kereta. Sempat dengar tazkirah petang sambil make-up, menusuk kalbu dan rasa sempurna sangat mesej tersebut. Ada tiga hadis dia baca, tapi dapat ingat satu je. Lebih kurang macam ni lah:

“Kalau kita buat solat sunat taubat, walau hanya sekejap, solat taubat kita tetap akan diterima.”


Dulu tazkirah petang waktu asrama, pun rindu juga. Haih masa tidak boleh diundur. Lepas solat asar, beli pisang goreng dan ubi keledek sebab saja teringin. 


“Ibu, dia lupa bagi sos lah.”

“Orang sini tak makan sos dengan pisang goreng, orang Johor je makan cicah sos.”

“Oh..lupa.”

Singgah KL sebelum balik Johor


Banyak gelak sesama ahli keluarga sendiri. Betullah percutian  mengeratkan hubungan silaturrahim. Walaupun dapat gelaran 'perempuan kampung palsu' hahah, apa-apalah. Sekian habis, akhirnya berjaya tulis dalam Bahasa Melayu, ingatkan dah lupa mengarang. Alhamdulillah, semoga bermanfaat.

Comments