Singapore dump


“Jom pergi Singapore. Kitorang dapat tiket flight murah.”

Aku pun tanpa berfikir panjang, oklah jom. 

Rancang je, cutinya belum tentu dapat. Sekali cuti susah dapat ya, ok. Penat ya fikir, tiket dah beli..hotel dah tempah..kena jadi juga. Apa-apa pun dapat luang masa 3 hari ok dah tu. Maklumat perjalanan semua dapat daripada Tiktok, berguna sangat. Dari A-Z, semua ambil daripada sana, tulis sini untuk kenangan diri sendiri je. 


Cari hotel pun lama, penat mata ni asyik scroll je. Akhirnya jumpa yang ok, murah dan selesa. Penat ye fikir, fikir kerja tak sepenat fikir untuk berjalan. Tapi seronok sebab rasa teruja tu sentiasa ada. Pergi bertiga je, sebab yang lain sibuk. Susah betul nak dapat cuti sekali. Seronok jalan, penat ada, stress ada, happy ada, teruja ada, tak sangka ada. 


Sangat berguna dan sangat mudah untuk ke tempat yang dituju.

Daripada tak pandai jadi pandai. 

Daripada takut jadi berani.

Daripada tak tahu jadi serba tahu. 

Daripada tak beryukur jadi bersyukur.


Rasa sangat kebelakang kalau tak tahu. Entah, tapi kesian kalau tak tahu. Bukannya tak mampu, kita mampu. Jadi belajarlah agar tidak tercicir. Ramai betul orang hebat di luar sana. Tak dapat bayangkan kalau mak ayah sendiri jalan Singapore naik MRT atau bus. Tak bolehla, nanti kesian penat. 


Dan Alhamdulillah seronok belajar budaya orang lain. Rasa mereka semua hebat. Satu usaha ya untuk sentiasa kejar waktu dan bersedia awal daripada jadual. Memang selamat mungkin, takde apa nak dirisaukan. Tengok pelajar sekolah balik naik MRT dan bus, terbiasa dengan kehidupan harian macam tu. Macam best pula, rasa macam wah bagusnya berdikari. 

Penat juga berjalan lepas kerja malam, hahah lawak. Ganti waktu tidur dalam MRT, ada je masa tidur jap. Satu skill yang wajib dikuasai. Penat-penat pun tapi dapat semua benda, salah satu sebab untuk bersyukur alhamdulillah. 


Kenderaan utama ialah MRT. Penat la juga fikir mana satu yang berbaloi, naik kereta ke MRT? Akhirnya pilihan yang dibuat ialah dengan menaiki MRT. Mula-mula lupa macam mana nak naik sebab dah lama tak naik hahah. Tapi best jee senang je. Yakin kad kita boleh digunakan, ok dah tu. Ingat lagi waktu balik Malaysia sorang, waktu tu nak kejar masuk kerja. 


“Uhh shit aku dah lambat. Tak boleh jadi ni, aku balik dulu ea, korang sambung lah jalan.”

Sadis ya balik sorang. Takut pun ada, dia tenang je kalau dah biasa. Masalahnya nak kawan, tak nak sorang macam ni, perasaan tergesa-gesa itu biasa. 


Waktu tu terfikir macam mana la orang lain bertabah ulang alik JB - Singapore hari demi hari. Penat kan, faham sangat. Tapi korang sanggup, sangat tabah dan kuat. Hidup memang begini, lalui saja mungkin. Memang waktu tu fikir memang tak la nak ulang alik JB-Singapore kalau nak kerja sini. Cukup lah, tak sekuat mereka.


Hari pertama:

  • Changi airport 
  • Haji lane + Arab street 
  • Marina bay 
  • Arab street 
  • Masjid sultan 
  • Restoran zamzam 
  • Malam - light show 


Hari kedua:

  • USS 
  • OCBC skyway 
  • Garden by the bay 


Hari ketiga:

  • Fort canning walk/tunnel 



Yang paling seronok ialah Changi airport dan garden by the bay. USS pun seronok, mungkin bawa budak-budak lagi seronok. Paling tak sangka dapat naik banyak permainan. 

Changi airport 

Bertiga je kali ni.


Changi airport cantik sangat. Rasa tenang dan seronok dengar bunyi air terjun tu. Pokok pun lawa, baru faham kenapa mak-mak suka sangat pokok orkid, sebab cantik dan sedap mata memandang. Pernah terdetik, ni kalau bosan-bosan..pergi sini lepak sambil baca novel best ni. Rindunya, nak pergi lagi. Banyak tempat yang menarik lagi, takpelah..datang nak tengok air terjun tu je.


Sebab nampak cantik dan menarik.


USS pula best je, takdelah nak sangat pergi sini. Tapi apa guna pergi Singapore tapi tak pergi tempat utama. 


“Biasa je kot yang ni, nampak rilek je”.

“Naik bot air je pun, takyah pun takpe la.”


Sekali dah naik, oh..best juga. Nasib baik naik hahah. Roller coaster yang tenang dan biasa tu jangan dipandang remeh sebab berbeza ya. Naik bot air tu pun best juga, main je la apa yang ada dalam tu. Semua puas hati jee, berbaloi je harga tiket. Tiket beli online, barulah murah sikit. 


“Harini USS sampai 5 petang saja ya.”

Lalu tepi jalan pun rasa cukup seronok dah.


Sebab sini tak ramai sangat orang, ambil gambar jap.

Sampai lambat waktu tu, 2.45pm baru sampai. Okay..mula-mula fikir tak sempat ni. Sekali masuk, dapat main banyak la juga. Sebab tak ramai orang pun, takde beratur yang terlalu panjang. Nasib baik tak beli ekspress tiket, tak berbaloi pun. Masuk je, beratur 10-15 min dah sampai giliran nak main. Yang penting tutup 5pm, 5.30 pm kita masih beratur nak naik roller coaster lagi satu. Sebab pekerja dia tak halang kan, jadi begitulah. Teruskan masuk selagi tak tutup pagar tu. 


Mestilah makanan Malaysia tetap menjadi pilihan.


Mulanya ingat nak masak berbanding beli makanan luar. Tapi tak jadi semua tu, lapar je makan apa yang mampu. Nasib baik tak beriya beli bahan masak. Waktu di USS lepas je aktiviti semua jadi penat, diorang makan…aku tidur. Penat dan ngantuk, tak sempat rehat malam tadi. Lena juga tidur, tak sangka boleh terfikir nak tidur time ni. Mungkin nampak ada satu baby ni tidur, macam sedap je tidur.


Garden by the bay, seronok juga. Indahnya semua ni.


Teringin nak jogging sini malam-malam. Rasa selamat je, rasa tenang je. Yang ni pun sempat tengok sekejap je lampu tu semua. Walaupun datang lambat, tapi sempat. Borak-borak tiba-tiba gelap, habis dah..lampu dah padam. Jalan sekitar situ, sempatlah buat kawan baru. 

“Where are you from?”

“I’m from Spain.”

Dan bermulalah sesi borak sampai larut malam. Asalnya nak minta tolong ambilkan gambar je.

Kembalilah ke hotel untuk tidur, leganya dapat rehat semua.


Esoknya ke Fort Canning walk/tunnel. Sini pun best juga, keluar rumah 9.00 pagi haritu. Jalan-jalan sekitar sini best, tak sabar nak jogging sini. Harapan je, tahu susah dan bila je nak pergi sini lagi untuk jogging semata-mata. Tempat ni cantik, tapi kena jalan sikit baru sampai. Dah sampai ramai pula orang beratur nak ambil gambar. 

Satu usaha juga nak sampai ke sini. Penat itu pasti.

Hasil berpenat lelah, sebab sini agak panas.



Dah sampai masa nak balik JB. Kejap je balik, alhamdulillah untuk segalanya. Yang paling kelakar waktu order Grab dari JB Central, adui tak sampai-sampai. Sesat ke apa tak tahulah. Dah balik sampai bilik, ok kita ada banyak kerja rumah yang tertangguh salah satunya basuh baju. Sekian saja untuk kali ni. 


Comments