Aku dan skoliosis

Beza antara normal dan tak normal

Apa itu skoliosis?
Macam mana aku boleh dapat skoliosis?
Gelap eh masa depan kalau ada skoliosis?

Macam ni ceritanya, aku akan cerita dari awal sampai akhir pengalaman sepanjang ada skoliosis. Lain orang lain pengalaman, mungkin skoliosis dia teruk dan aku tak berapa teruk, tapi akan jadi lebih teruk jika tidak dirawat dengan segera. Semuanya bergantung pada keadaan skoliosis itu sendiri dan umur kita pada waktu itu.

Skoliosis tu apa?
Bahasa mudahnya ialah tulang belakang kita bengkok. Memanglah tulang belakang kita ni bentuknya bengkok, tapi skoliosis ni bengkok dia lain macam sikit, bengkok yang tak normal. Skoliosis ada bentuk S,bentuk C atau bentuk P. Itu saja yang aku tahu. Dan aku bentuk P.

Macam mana boleh dapat skoliosis?
Tak tahulah apa puncanya. Dr sendiri tak tahu. Mungkin keturunan, tapi bila cek semua yang atas-atas tu takde sorang pun yang ada skoliosis. Jadi,skoliosis aku ni namanya idiopathic scoliosis. Idiopathic maksudnya kita tak tahu apa puncanya (unknown reason). Kiranya aku ni orang first yang dapat skoliosis, rasa macam tiba-tiba je kan. Takde angin takde ribut, tiba-tiba kena.

Macam mana tahu ada skoliosis?
Masa nak masuk SBP dulu, waktu form 1. Sebelum nak daftar kan kene buat medical check up, cek semua sekali termasuklah x-ray. Time nilah segala-galanya terbongkar. Nasib baiklah masuk asrama, kalau tak tah sampai bila baru aku tahu aku ni ada skoliosis. Lepas tu, ibu dan ayah mulalah panik, takut, cemas dan semua perasaan negatif tulah. Dr pun ceritalah apa yang patut buat bila dah dapat tahu yang tulang belakang aku bengkok. Skoliosis memang kebanyakannya perempuan, jarang lelaki ada skoliosis. Tak tahulah kenapa. Mula-mula aku masih tak faham lagi dan blur. Masatu aku pun baru form 1, umur pun baru 13 tahun, manalah tahu apa-apa. Cita-cita pun takde lagi.

Keadaan jadi semakin susah bila aku duduk di asrama. Maksudnya, tiada siapa yang nak pantau kesihatan aku di sana. Memanglah ada warden, senior kawan-kawan semua tu, tapi ibu bapa juga yang paling kita selesa nak mengadu sana-sini. Nasib baik ada sorang kakak dorm ni, dia Form 5. Baiklah orangnya. Dialah yang tolong urutkan badan bila rasa lenguh. Suka hati jekan suruh orang urut kita. Tapi dia yang offer, tak mintak pun. Malam-malam tu kalau teringat je tentang skoliosis ni mesti aku nangis punya. Dahla homesick ditambah dengan skoliosis lagi. Apa benda tah yang difikir, tapi sedih la camtu. Situasi kita ni orang lain tak faham dan tak nampak, jadi kita sorang yang tahu, yang rasa dan yang nak kena hadapi. Hati dan semamgat tu kena kuat sikit okay!!

Orang yang ada skoliosis ni dia akan:
  1. rasa cepat penat
  2. lenguh di bahagian belakang, asyik-asyik nak sandar je sebab rasa lenguh
  3. Dr tak galakkan kita terlibat dalam aktiviti sukan lasak. Takut makin teruk
  4. tak boleh angkat barang berat contohnya bag sekolah yang berat


Setiap beberapa bulan akan ada appointment dengan dr. Nama dia Dr Hishamuddin, dr pakar ortopedik Hospital Sultanah Aminah, JB. Setelah banyak kali appointment dengan x-ray nya lagi, memang rasa leceh sangat-sangat. Sampai aku rasa bosan dah sebab asyik kena x-ray je. Akhirnya waktu Form 2, aku buat pembedahan tulang belakang. Finally. Dia tak boleh nak tunggu lama-lama, nanti jadi bengkok teruk, susah nanti. Skoliosis ni kalau dapat detect awal, lagi bagus. Sebabnya, kalau umur kita dah 18, 19 tu kira macam lambatlah sebenarnya. Tumbesaran tulang perempuan berhenti awal berbanding lelaki. Jadi seelok-eloknya, sebelum tulang tu berhenti membesar, dah kene buat pembedahan. Tapi, ramai je remaja perempuan luar sana yang dapat tahu lambat.

Perbezaan badan selepas operation. Tekan [sini: Pembedahan skoliosis] kalau nak tahu cerita tentang pembedahan skoliosis.

  1. Kita akan duduk tegak 90 darjah, kalau orang biasa kadang-kadang ada yang duduk bongkok. Memang automatik kita akan duduk tegak. kita tak boleh kawal. Kalau dari pandangan sisi tu, memang nampak tegak jelah belakang kita. Badan jadi lawa lah sebab tak bongkok.
  2. Kita akan jalan tegak. Nampak macam mendada. Tapi lama-lama nampak normal je. Awal-awal tu rasa terkejut jugalah, aku asyik tengok cermin je bila jalan. Dalam hati asyik cakap “asal tegak sangat aku jalan ni?”. Lama-lama nanti terbiasa, cuma kawan-kawan tu adalah yang tegur contohnya Aini tegaknya kau duduk, tegaknya kau jalan, cuba bongkok sikit, kau boleh bongkok tak? Bila dah ramai sangat yang tegur, lama-lama kau pun dah lali dengan pujian atau kata-kata sebegitu.


Gelap eh masa depan kalau ada skoliosis?
Masih cerah lagi, jangan takut atau negatif sangat sebab sakit ni ada sembuh bukannya takde. Jangan fikir yang hidup ni jadi gelap atau berakhir macam tu je (mula-mula aku pun fikir negatif macam ni juga, tapi bila fikir balik hidup kena teruskan betul tak?). Pemikiran kita mempengaruhi kehidupan kita, jadi fikir yang positif je, ramai lagi orang yang diuji dengan ujian yang lebih besar dan berat. Masa depan aku normal je, okay je. Skoliosis tu tak effect apa-apa pun dalam hidup, sebab aku dapat detect awal. Jadi, sentiasa bersangka baik dengan perancangan Allah. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Cepat atau lambat je.

Macam mana kehidupan sekarang?
Sekarang ni, dah boleh buat semua benda. Tak ada halangan pun. Nak sukan boleh, lari boleh. lompat semua boleh. Tak rasa sakit langsung, rasa biasa je.

Comments

  1. Assalammualaikum akk.. maaf bertanya.. macam mana tulang bentuk ‘P’ tu? Sbb saya pun ada scoliosis juga.. dan setahu saya ada ‘S’ dan ‘C’ je... tu yg doctor bgithu lah..☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, saya pun tak tahu detail. Saya tulis P tu dari kaca mata seorang pesakit yang tak tahu apa-apa dan tak study lebih pun tentang sakit sendiri. Abaikan je ya, post ni sekadar pengalaman je.

      Delete
  2. Hi, nk tanya awk operate dgn hosp kerajaan kan? Roughly kos berapa ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung severity, saya rm21k atau rm23k macam tu.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Saya nak call boleh ke sebab anak saya scoliosis 50 degree.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum...sy pun scoliosis fighter and dh opret same like you wktu umur 13 tahun skrng saya umur 15 ...nak tny kalau dlm jngka masa tu kan and skrng saya nk libatkan diri dlm sukan or lari boleh ke? like awk boleh bersukan tu dlm jngka masa berapa lama? tq

    ReplyDelete

Post a Comment