Pembedahan Skoliosis

Beginilah...Sumber: google

Dah tiba masa untuk operate, kalau nak tahu cerita skoliosis sebelum ni boleh tekan [sini: Aku dan skoliosis]. Kiranya ni sambungan cerita post sebelum ni.

Sebelum operation, dr suruh aku berpuasa dalam 2 atau 3 hari camtu. Sebelum tu nak bagitahu yang sekarang aku dah 20 tahun (operate waktu 14 tahun-Form 2). Sebelum puasa tu memang aku makan banyak gila. Makanan di hospital memang tak sedap pun, ibu aku yang belikan makanan luar. Masa ni lah nak mintak macam-macam. Perasaan takut tu memang menguasai diri tahap 200%, sapa je tak takut nak di-operate, dahla major surgery. Rasa cuak sikit lah sebenarnya.

Kemudian, ada beberapa nurse ni dia tolak katil aku pergi ke dewan bedah. Waktu ni memang kene pakai gown hijau yang dia bagi sahaja. Selain tu tak boleh. Lepas tu kene tunggu turn kita nak operate pulak, lama lah yang penting. Sampai aku rasa mengantuk, bosan dan sempat ulang alik ke toilet lagi. Katil sebelah aku ni parent dia tunggu sebelah anak dia, kanak-kanak lagi. Sedih pulak kan bila parent aku tak dapat teman, nurse tak bagi. Parent hantar sampai depan lift je.

Tiba-tiba katil aku diusung lagi menuju ke satu bilik ni, yang penuh dengan ubat. Bilik ni bersih, serba putih dan bau ubat yang menusuk hidung. Ubat memang tersusun rapi atas rak-rak tu.Tak sempat pun nak tengok dr tu suntik apa dan di bahagian mana. Lepas tu tiba-tiba gelap dunia. Dah dipengsankan. Fully bius sebab aku masih student dan nak buat major operation.

Operation berlangsung selama 9 jam. Lama ya ampunnn!!! yelah dr tu nak pasang itu pasang ini, screw mana yang patut, ada 16 screw dalam badan aku ni..biarlah kekal abadi dalam ni, dah bercantum dengan daging dah pun. Kalau luar negara ada yang operate dan cabut balik screw tu, tapi Malaysia dr cakap tak payah. Lagipun nak operate balik mestilah tambah kos dan sape je sanggup nak operate balik, leceh kot. Screw tak karat ker? (ni soalan paling ramai orang tanya). Takkan karat dan tak mungkin karat. Dr sendiri yang cakap. Memang tak sedar dan tak rasa lah apa yang dr tu buat, tapi yang penting memang dia belah badan kita dari leher ke pinggang, senang cerita sepanjang tulang belakang lah.

Sedar-sedar je dah dekat ICU. Waktu tu pukul 12 malam dah. Ibu dan ayah aku pun datang bilik ICU. Muka diorang memang nampak risau, lega pun ada juga. Aku  rasa  haus sangat lepas operation tu. Memang sedar-sedar je mintak terus air masak. Minum guna straw, aku minum banyak sangat sebab rasa macam tak minum air seminggu. Minum air gelojoh sangat sampai basah baju sebab tumpah. Dalam bilik ICU tu, adalah sorang dua nurse yang jaga kita. Nak nurse perempuan, tapi yang jaga aku nurse lelaki, sangatlah tak selesa. Rasa macam dia tu menyemak je ada kat sini, sorry. Aku kene tahan di ICU dalam satu atau dua hari dulu baru pergi ward biasa. Tak ingat sebab apa. Ada yang terus pindah ke ward biasa, ada juga yang kene tahan di ICU dulu baru boleh pindah ke ward biasa. 

Depan katil aku pulak ada seorang mak cik tua umur dalam 70-an. Meronta-ronta dan jerit-jerit sampai dr, nurse semua kerumun katil dia. Tangan kena ikat. Aku tengok jelah, dah depan mata. Kesian pun ada, tapi nak buat macam mana. Disebabkan waktu tu aku masih tak boleh jalan, memang bosanlah. Nak bangun tu tak boleh, rasa berat dan tak reti nak duduk. Tak tahu nak duduk macam mana. Bila di ICU, bukan setiap masa ibu bapa ada di tepi katil kita. Ikut waktu jugak, most of the time memang soranglah. Time nilah berharap nak jumpa dr hensem2 sikit, takdelah hambar je hari aku sepanjang di ICU tu. Perasan kan...akhirnya dr india perempuan yang rawat aku. 

Okay, bila dah ditransfer ke ward biasa, aku masih rasa lemah. Nak cakap pun tak reti, senyum tu boleh tapi suara tak keluar. Susah nak gerak. Dr tu suruh tekan satu button ni. Button ni ada sentiasa di tangan kita. Bila kita tekan, morphin akan masuk dalam badan kita. Kita tekan bila kita rasa sakit je. Morphine ni macam nak elak badan kita dari rasa sakit lah. Dari masa ke semasa, Dr Hishamuddin akan datang dan tanya kita okay ke tak? maca mana hari ni? dah banyak gerak ke belum?

Lepas tu, sorang fisioterapi ni datang. Dia perempuan, garang dan tegas. Aku tak suka dia hahaha. Tugas dia ialah melatih aku untuk dapat berjalan seperti biasa semula. Memang sakit dan susah masa mula-mula cubaan nak duduk tu. Jalan apatah lagi kan. Tapi bila dah ulang-ulang berlatih, aku dapat berjalan seperti sediakala. Tapi masa keluar dari hospital, aku naik wheelchair. Pintu utama jauhhh, tak larat nak jalan. Tak dinafikan masih lemah waktu ni. 

Bila dalam kereta tu, setiap kali ada bumper mesti aku angkat sikit badan daripada duduk sebab nak elak terhentak. Sebab agak sakit kalau biar je. Bila dah sampai rumah, memang aku tidur, mandi, semua kerja sekolah aku siapkan kat bawah je sebab nak naik tangga tak larat lagi. Tips nak elak rasa sakit lepas operate ialah makan makanan berkhasiat, banyakkan gerak (jangan terlantar je) dan duduk di permukaan yang keras bukan lembut. Sebabnya bila kita duduk atas permukaan yang terlalu lembut atau empuk, kita perlukan lagi banyak tenaga nak bangun balik sedangkan luka tulang belakang kita belum sembuh sepenuhnya. 

Tentang luka jahitan pula, aku ada pendarahan di tempat jahitan paling bawah di bahagian belakang. Setiap kali bangun tidur cadar katil tu macam orang period bocor banyak gila sebab luka di tempat jahitan. Beberapa hari juga dan aku ada pergi hospital sebab risau lama sangat tak berhenti pendarahan padahal ayah aku bersihkan luka hari-hari kot dan aku pun bukan buat aktiviti lasak ke apa. Hasilnya aku kena tahan lagi di ward selama beberapa hari, benci betul. Cadar hospital pun ada kesan darah banyak gila setiap kali baring atau lepas bangun tidur. Tak ingatlah dr cakap apa tapi ayat dr tu yang paling aku ingat "selagi darah awak rendah awak tak boleh balik lagi". Yelah aku period waktu tu, pastu pendarahan lagi kat tempat jahitan. Agak merisaukan lah sebenarnya. Okay dah tu je ceritanya.

Ps: Banyakkan berenang bila dah kuat atau stabil nanti, sebab berenang sangat bagus untuk tulang belakang.

Boleh rujuk di sini bagi yg layak memohon bantuan kewangan bagi masalah perubatan:


Comments

  1. lama ke ambik masa utk boleh berjalan dgn biasa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak lama pun. Seminggu je dah boleh jalan. Cuti sekolah sebulan, lepastu terus naik asrama cam biasa.

      Delete
  2. Berubah tak fzikal awk sblum awk operate?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada perubahan, tapi tak nampak pun kalau sekali imbas. Bahu sebelah tinggi sebelah rendah tu je, tapi masih tak nampak unless kene compare dan rasa betul2. Sebab tu takde sape perasan sampailah buat xray.

      Delete
  3. hi saya ada scoliosis 30 darjah senget dia tu and kena operate ke kalau 30 darjah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu. More than 40 degree baru consider operate. Apa-apa pun bincang dengan dr ok!

      Delete
  4. okay hehehe, then sakit sangat ke after operate tu and can u tell me more about it

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehla dikira sakit sangat dalam markah 8/10 sakit tu..tapi jangan risau, dr bagi ubat tahan sakit (morphine). Sakit je tekan button, dekat hujung jari je. Bila dr bagi morphine tu dikira level severe pain dah.

      Tak boleh nak describe rasa sakit tu, lupa. Apa yang ingat, dulu memang asyik tekan je, rasa sakit je tekan button. Rasa sakit tu tak sampai level nangis pun, banyakkan rileks, tenang gitu. Morphine jalan, sakit pun hilang.

      Lepas operate memang longlai, tak boleh nak buat apa-apa. Dekat icu tu mata dengan jari je boleh gerak hahah. Kepala pun pandang depan je. Cakap pun tak reti lagi. Badan kita rasa tegang semacam, rasa keras gitu.

      Overall ok je..sekejap je rasa lemah macam ni. Beberapa hari lepastu rasa sihat dan bertenaga sikit. Makan dah ada selera, sakit beransur hilang, gerak tangan boleh, pergi toilet jalan sendiri boleh. Kalau tak lepas gerak-gerak semua ni lama sikit la warded. Tunggu dah stabil baru boleh balik.

      Delete
  5. Assalamualaikum..sye nk tnye..sebulan lepas akak operation , kalau duduk akak ada rasa sakit x Kat bahagian belakang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, tak rasa sakit pun. Rasa duduk tegak je.

      Delete
  6. boleh saya tahu berapa ye kos pembedahan dan sekiranya penjawat awam dikenakan bayaran ke tidak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kos saya RM 21k. Penjawat awam tak perlu bayar apa-apa pun sebab kos tu nanti ditolak daripada duit dah pencen nanti (gratuiti). GL pun kena tunjuk juga.

      Delete
  7. Hi, nak tanya betul ke boleh ada risiko lumpuh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Tapi jarang berlaku.

      Sebab sepanjang tulang belakang kita ada banyak saraf (nerve). Any injuries to the nerves during surgery can cause paralysis (depend on which nerves are affected).

      Delete
  8. Hi akak, nak tanya macamana nak bangun & duduk slps surgery tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lupa, sorry.. Yang ingat rasa sakit je waktu tu.

      Physiotherapist yang akan tolong dan guide. Ikut je arahan dia. Dia akan ajar cara bangun dari katil, nak duduk, nak diri dan berjalan step by step. Practice depan katil je, dalam ward tu juga. Tak pergi bilik khusus pun.

      Delete
  9. Kalau xde duit,mne nk dpt rm21k tu tpi perlu pembedahan??mohon penjelasan

    ReplyDelete
    Replies

    1. 1. Tabung Bantuan Perubatan (pindaan 2019). Saya ada sertakan di akhir perenggan bawah sekali untuk rujukan.
      2. Kalau kerja swasta, boleh mohon kwsp
      3. Kalau takde juga boleh jumpa wakil rakyat/ahli parlimen kawasan.
      4. Kalau penjaga berkerja swasta dan ada slip gaji, buat loan.
      5. Kempen kumpul dana contohnya kitafund.com

      Delete
  10. hi scoliosis saya dah 40 degrees but why pakar tak proceed for operation. and dia kata lagi one year xray then if above 50 degrees baru operate. saya tak tahan dah sakit scoliosis ni. and kos for operate berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry tak tahu. Jumpa dr, tanya dr pakar tu. Nanti dia explain.

      Kos kebiasaannya minimum rm20k bagi hospital kerajaan, bergantung pada severity dan jumlah skru.

      Delete
  11. Hi , saya bakal operate tak lama lagi. Nak tanya apa persediaan kena buat ye sebelum operate? Dan kalau kita nak solat macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapan dari penjaga saya.

      Prepare sebelum

      1. Cukur bulu2 semua

      2. Kita dan penjaga kena bersedia mental fizikal sebab luka dan darah lepas operation rasa nak muntah.

      3. Sediakan minyak angin sebab kadang2 sakit perut, perut masuk angin.

      Selepas operation

      1. Penjaga jangan tinggalkan anak walaupun 8 jam anak kat bilik bedah sebab nanti bila anak keluar dia sorang2 kat katil wad kalau tidak ada penjaga.

      2. Makan ikan haruan atau makanan berkhasiat (ptotein).Luka dh kering letak gamat gel.

      4. Solat baring

      Delete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. hi,i dh operate for one a year ago,u ada guna apa ii ubat tak untuk kesan scars tu,because my scars became keloid,dh la gatal ii ,i dh try pkai dermatix but it got worse aaaaaa what should i do?

    ReplyDelete
    Replies
    1. I used to apply Lukano from House of Healin 3x per day for 1 and half year.

      Dulu pun gatal juga, memang ada garu tepi-tepi scar tu. Tu normal menandakan kulit tengah repair dan luka nak sembuh. Tapi kalau merah-merah dan ada discharge jumpa dr.

      Ok jugakla. Takde keloid, hypertrophy pun sikit je. Pemakanan pun banyak makan ikan, buah dan sayur. Tapi dulu memang obvious pun scar tu, lama-lama dah pudar.

      Delete
  14. Lps operate boleh ke nk bengkokkan badan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebak saja lepas operate = tak boleh.
      Beberapa minggu lepas tu baru boleh, tu pun take time. Saya tak ingat saya ambil masa berapa lama. Lebih tepat tanyalah dr.

      Contohnya orang lain rukuk waktu solat tu 90 darjah, kita mungkin dalam 30 darjah je. Ikut keselesaan orang tu. Dah lama sikit baru boleh rukuk macam biasa.

      Contoh lain, kalau tengah belajar kat meja, buku jatuh, Yang ni boleh je ambil sendiri. Kalau waktu sekolah pula kan ada senamrobik. Kita stretching nampak macam acuh tak acuh sebab awkward nak bengkok beria. Pernah satu masa tu orang lain semua stretching pinggang, hahah saya stay tegak je.

      Semua ni berbeza mengikut individu.

      Delete
  15. Assalamualaikum..anak sy akan di operate 14.9 ni..nk tanya,perlu x sy beli katil/kerusi khas utk digunakan selepas operation..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, saya dulu tak beli. Dr tak cadangkan suruh beli. Apa2 boleh tanya dr pakar. Semoga baik2 saja dan dipermudahkan urusan.

      Delete
  16. Hi awak kita sebaya. sy lambat dpt tahu which is bila buat medical checkup utk masuk uni 2017 baru detected ada scoliosis. Skrg curve dah S60/70 degree so doctor mmg suruh operate. Nak tanya lepas op tu nk buang air susah tak? Boleh ke guna toilet bowl bawah atau boleh bowl duduk je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kencing lepas operation guna tiub kencing, nanti nurse/dr pasang. Sebab belum boleh jalan. Tak payah fikir yg ni sebab kita tak perasan pun kencing ke tak.

      Kalau dah boleh jalan, saya prefer toilet bowl duduk. Kalau rasa boleh cangkung, ikutlah. Biasanya memang duduk, sebab takut nak cangkung mula2 tu.

      Delete
  17. Luka pembedahan ambik masa lama mana utk sembuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbulan. Dan berbeza mengikut individu.

      Kalau sihat walafiat ok je, luka lambat sembuh kalau orang tu obese, kencing manis, merokok, immune rendah, ada jangkitan area jahitan dan banyak lagi. Tanya je dr, nanti dia explain. Explanation dr lagi best berbanding saya.

      Delete
  18. Assalamualaikum. Betullah kwsp membenarkan pengeluaran untuk scoliosis. Laporan perubatan menyebut scoliosis bukan penyakit kritikal sedangkan syarat kwsp ialah penyakit kritikal. Bolehlah buat pencerahan, mungkin saudari ada pengalaman atau pengetahuan mengenai perkara ini. Terima kasih.

    ReplyDelete
  19. Pesakit skoliolisis yg operate ni bolehkah berkahwin dan beranak mcm org normal yg lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, tanya dr yang merawat kalau nak jawapan yang lebih panjang.

      Delete
  20. Salam sis, nk tanya. Kalau lps operate n dh balik rumah, pelekat di belakang tempat operate tu perlu cuci hari² ke atau biarkan je sampai 1st appointment pot op di klinik orthopedic?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab Dr xde maklum n saya pula tak ingt nk tanya pasal penjagaan kawasan jahitan tu lps operate di rumah.

      Delete
  21. Hi, saya nk tanya awak punya berapa degrees bengkok? N lebih 40 mmg kena operate? N then masa operate tu kita boleh pakai pakaian dlm wanita mcm bra tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya boleh tolong jawabkan ke 😬 masa operate tu kita pakai baju operate yg diberi sahaja tanpa apa apa baju dalam yg lain. saya baru seminggu keluar hospital, operation scoliosis 60 degree 🥺

      Delete
  22. Berapa lama ambil masa untuk luka operation sembuh sepenuhnya ya..

    ReplyDelete
  23. Bila awk dpt tahu skoliosis & apa puncanya ya?

    ReplyDelete

Post a Comment