Kena pakai gigi palsu ke retainer? Teruskan bacaan okay kalau nak tahu!
Tengah-tengah rawatan tu baru dr cakap kena tampal gigi palsu. Masa mula-mula ingatkan macam biasa-biasa je, pakai braces gigi terus rapat. Patutlah dia letak coil di tengah-tengah gigi bawah tu. Dalam hati rasa menyesal pakai braces, rasa macam kenapa tak semudah yang disangka hahaha. Kenapa dah sejauh ini baru tahu yang akhirnya kena pakai gigi palsu. Sebelum tu kalau nak lebih faham perjalanan braces boleh tekan ni [sini: Pakai braces akhirnya]. Segala persoalan dan pertanyaan berkaitan braces dah jawab kat sini, tak nak ulang dah.
Post kali ni kira sambungan cerita braces sebelum ni. Gambar pun semua daripada google.
Pilihan keputusan pemakaian gigi palsu selepas pakai retainer:
Ingatkan rapatkan macam biasa je rupanya kena tampal gigi palsu pula. Dah satu hal nak kena jaga gigi palsu. Sorry tapi aku memang jenis typical people yang ingat gigi palsu untuk orang tua je, dan tak lawa dan leceh nak berus gigi semua tu. Masa mula-mula dr bagitahu yang kita kena tampal gigi palsu, muka memang dah kecewa habis. Sebab tak sangka dan takut. Lagipun aku baru 21 kot, daripada duit habis kat gigi palsu lebih baik bayar yuran pengajian. Banyak duit nak pakai ni.
PS: Sini ada tak yang berniaga online? Korang boleh start luaskan bisnes dengan sign up di platform E-commerse NOMBOR 1Malaysia. Tekan detail di [SINI]
Ingatkan rapatkan macam biasa je rupanya kena tampal gigi palsu pula. Dah satu hal nak kena jaga gigi palsu. Sorry tapi aku memang jenis typical people yang ingat gigi palsu untuk orang tua je, dan tak lawa dan leceh nak berus gigi semua tu. Masa mula-mula dr bagitahu yang kita kena tampal gigi palsu, muka memang dah kecewa habis. Sebab tak sangka dan takut. Lagipun aku baru 21 kot, daripada duit habis kat gigi palsu lebih baik bayar yuran pengajian. Banyak duit nak pakai ni.
PS: Sini ada tak yang berniaga online? Korang boleh start luaskan bisnes dengan sign up di platform E-commerse NOMBOR 1Malaysia. Tekan detail di [SINI]
Ni untuk case akulah: gigi jarang bahagian bawah, atas normal. Kecik-kecik dulu gigi rapat, tapi sebab selalu main lidah lama-lama jarang pula. Tulah aku pun tak sangka.
Sebab kena pakai gigi palsu ialah braces tak boleh nak rapatkan gigi bawah tu jadi normal balik. Kalau kita rapatkan juga guna braces, jarak gigi bawah dan atas tak sama. Tercacak-cacak. Nanti gigi atas kedepan dan gigi bawah tu ke belakang. Kita jadi susah nak gigit, gigit pun tak normal. Braces tak boleh nak rapatkan gigi sebab gigi dua bawah tu dari kecil memang takde dah, dua gigi takde. Tak tahulah sebab apa, dah dia tak nak tumbuh, nak buat macam mana. Kalau dua gigi tu ada dan cuma jarang je, memang braces boleh rapatkan.
Dr tu teranglah kalau nak buat gigi palsu ni ada beberapa cara:
- Tanam gigi palsu permanent. Yang ni kos dia mahal sikit, RM3000 lebih. Walaupun kita buat braces free waktu mula-mula daftar tu, tapi bila nak tampal gigi palsu dah dikira rawatan tambahan. Sebab tu kena bayar, tak kiralah ibu bapa kerja kerajaan atau bukan. Kaedah ni banyak kelebihan antaranya ialah gigi palsu tu tahan lama dan tak tanggal. Kita akan ada minor surgery sebab nak letak screw semua. Buat di hospital, bukan di klinik biasa yang kita pergi appointment setiap bulan tu. Dr cakap memang ramai student buat kaedah ni sebab tak mudah tanggal.
Dental implant, dah masuk skru baru dia letak gigi palsu atas tu. Yg ni takkan tanggal. Yang ni lah pilihan parent aku bila dah terang banyak kali. |
- Letak gigi palsu tapi bukan permanent. Yang ni harga RM500, murah sikit, (murah banyak sebenarnya). Tapi dia tak tahan lama dan mudah tanggal. Kalau tanggal kena pergi klinik dan buat balik. Ganti balik. Nak buat yang ni pun boleh, sebab nanti bila dah kerja boleh je nak tukar gigi palsu yang permanent punya. Maksudnya dah kerja nanti baru bayar RM 3000 tu. Ramai juga buat yang ni sebab tak nak labur RM 3000 semata-mata untuk rawatan gigi. Tak sure gambar yang mana satu, jadi aku tak letak sebab takut tersalah bagi info.
Lepas tu aku pun ceritalah pada parent tentang ni semua kan. Kali pertama bagitahu wasap dan call je. Kali kedua bagitahu face to face. Sebab appointment memang pergi sorang je. Jadi info sampai kat kita dulu kemudian kita yang kena bagitahu parent. Jawapan daripada kedua-dua pihak memang menolak dan hmm aku yang kena marah balik. Bahasa directnya diorang marah pada cara rawatan gigi tu dan memang akulah yang kena hadap sapa lagi. Mungkin salah diri sendiri juga sebab tak terang betul-betul dan mungkin ini pertama kali dan diorang tak sangka kena pakai gigi palsu tiba-tiba. Sebelum ni aku pakai braces okay je. Diorang takut kena kikis gigi sebab nak muatkan gigi palsu tu. Takut gigi jadi cacat dan buruk.
Pada waktu malam di sebuah kedai makan. Yang ni bagitahu kali kedua face to face.
Ayah: Tak boleh ke dr rapatkan je guna braces macam biasa, tak payah guna gigi palsu tu. Ayah pernah buat ayah tahulah dia kikis gigi kita nanti. Buruk dah jadi.
Me: Dr cakap kalau rapatkan guna braces nanti gigi tercacak dan tak sama jarak atas bawah. Gigitan jadi tak normal.
Ayah: Dr takut gigi jadi tak lawa je tu. Rapatkan je tak kisah lah buruk ke apa. Yang penting rapat. Daripada kena pakai gigi palsu, dah satu hal nak kena jaga pulak.
Ibu: Tulah, ibu awal-awal dah cakap tak payah pakai braces. Tulah abang nak sangat anak pakai braces. Gigi dia bukan teruk pun, jarang sikit je. Tengok sekarang kena pakai gigi palsu pulak.
Ayah: Dah lepasni cakap dengan dr tu balik suruh dia rapatkan guna braces je. Nanti bagitahu ayah balik dia cakap apa.
Me: Okay.
Kali ketiga bagitahu dan cerita betul-betul, baru ayah aku tak marah. Dah boleh terima lah. Sebab dr cakap ada je yang tak kena kikis gigi. Aku pun lega. Diorang pun lega. Tiga kali bagitahu tau baru diorang setuju!!
Sebelum tanam gigi palsu betul-betul, akan ada satu appointment di klinik besar pakar pergigian. Waktu ni yang penting. Sebab pakar tu yang akan terang betul-betul sama ada kena buka braces dan pakai retainer je atau letak gigi palsu tapi tak kena kikis gigi dan banyak pilihan lagi. Yang pasang braces tu pun pakar, tapi yang nak letak gigi palsu tu lagi lagi pakar camtulah. Kiranya kita nak dengar pandangan daripada mereka semua.
Aku pun pergilah klinik pakar tu (bukan klinik yang kita pergi appointment braces macam biasa tu, klinik lain). Naik grab dan agak jauh jadi harga pun mahal sikit. Masuk je klinik tunggu sampai nama dipanggil.
Dah masuk tu baring dan dia pun cek gigi. Waktu ni dr dah ramai yang keliling aku. Takut tetiba, seolah-olah gigi kita ni masalah besar dan perlu pandangan daripada ramai pakar. Bincang punya bincang, macam nilah ringkasannya:
Ada beberapa pilihan lagi:
1. Denture biasa
Yang ni partial denture. Boleh buka dan tanggalkan bila perlu. |
Full denture dan partial denture. |
2. Tanam gigi palsu rm3000. Gambar ni dah tunjuk dah atas tadi.
Bridge ni untuk orang yang takde gigi, tapi gigi bersebelahan masih ada dan elok. Tak kisah berapa gigi yang dia takde asalkan gigi bersebelahan masih elok. Warna gigi tu jadi lawa sebab bridging diperbuat daripada porselin. Dia lawa tapi kena kikis gigi yang bersebelahan, penjagaan mulut penting sebab kalau tak floss gigi bawah bridge tu hari2, gigi mudah rosak. Tu yang ramai merungut pakai bridging menyebabkn gigi makin rosak, padahal kita sendiri yang tak jaga kebersihan mulut.
Disebabkan ayah sendiri pernah pakai bridge, nak cerita sikit komen ayah aku tentang bridge. Bridge ni dikira antara pilihan yang popular berbanding pilihan lain. Bridge mudah tanggal, ayah aku dua kali dia kena pergi klinik ganti balik sebab tanggal. Bila bridge tu tanggal kita akan nampak 2 batang gigi kita yang reput atau mengecil tu. Sumpah buruk gila, kita akan rasa sedih dan malu tengok gigi kita (sebab sebelum ni 2 gigi bersebelahan tu elok je tetiba mengecil pula). Ada duit ke takde duit disebabkan malu nak cakap (sebab ada 2 gigi reput dan 1 gigi takde) terpaksa juga pergi klinik pasang bridge balik. Takkan nak biar je bridge tu tak pasang balik, nak cakap mestilah tak yakin sebab gigi nampak buruk. Kadang2 orang yang pasang bridge ni takut nak makan sebab takut tanggal. Tapi bridge ni banyak je kelebihan antaranya bridge tak memerlukan pembedahan, gigi akan nampak original walaupun tu gigi palsu sebenarnya, harga pun agak murah berbanding implant.
Selang beberapa minggu selepas tarikh last appointment, tiba masanya untuk buka braces, akhirnya. Ingatkan takde function pakai braces sebab gigi atas normal je, tapi lepas buka ya allah gigi ni macam makin rapat, tersusun dan sama saiz sama ruang. Perfect la, sebab ingatkan takde beza pun. Waktu pakai braces, tak perasan pun gigi kita ni semua bergerak.Terkejut juga sebab tak sangka.
Disebabkan ayah sendiri pernah pakai bridge, nak cerita sikit komen ayah aku tentang bridge. Bridge ni dikira antara pilihan yang popular berbanding pilihan lain. Bridge mudah tanggal, ayah aku dua kali dia kena pergi klinik ganti balik sebab tanggal. Bila bridge tu tanggal kita akan nampak 2 batang gigi kita yang reput atau mengecil tu. Sumpah buruk gila, kita akan rasa sedih dan malu tengok gigi kita (sebab sebelum ni 2 gigi bersebelahan tu elok je tetiba mengecil pula). Ada duit ke takde duit disebabkan malu nak cakap (sebab ada 2 gigi reput dan 1 gigi takde) terpaksa juga pergi klinik pasang bridge balik. Takkan nak biar je bridge tu tak pasang balik, nak cakap mestilah tak yakin sebab gigi nampak buruk. Kadang2 orang yang pasang bridge ni takut nak makan sebab takut tanggal. Tapi bridge ni banyak je kelebihan antaranya bridge tak memerlukan pembedahan, gigi akan nampak original walaupun tu gigi palsu sebenarnya, harga pun agak murah berbanding implant.
Selang beberapa minggu selepas tarikh last appointment, tiba masanya untuk buka braces, akhirnya. Ingatkan takde function pakai braces sebab gigi atas normal je, tapi lepas buka ya allah gigi ni macam makin rapat, tersusun dan sama saiz sama ruang. Perfect la, sebab ingatkan takde beza pun. Waktu pakai braces, tak perasan pun gigi kita ni semua bergerak.Terkejut juga sebab tak sangka.
Memang tiap kali appointment memang ada rasa takut sebab takut kena marah kalau gigi tak bersih, gusi tak sihat, gosok gigi tak betul. Jadi, memang takkan sarapan apa2 kalau haritu ada appointment. Beberapa minit sebelum jumpa dr tu memang aku ke toilet kumur listerine. Takut punya pasal.
Buka braces dan mula pakai retainer:
Buka braces ni agak sakit sejujurnya. Kita kena relax dan buat cool je sebab makin kita layan rasa sakit waktu dr cabut segala dawai tu, makin susah dr nak cabut satu2. Banyak kali dr cakap "awak cuba relax, mungkin akan berdarah, tapi kita kena relax. Kalau tak nanti lagi susah kerja saya". Walau apa yang terjadi pun, relax. Kejap je.
Buka braces ni agak sakit sejujurnya. Kita kena relax dan buat cool je sebab makin kita layan rasa sakit waktu dr cabut segala dawai tu, makin susah dr nak cabut satu2. Banyak kali dr cakap "awak cuba relax, mungkin akan berdarah, tapi kita kena relax. Kalau tak nanti lagi susah kerja saya". Walau apa yang terjadi pun, relax. Kejap je.
Dr buat scaling. Cuci mana yang kotor. Dengung lah sikit.
Lepastu, dental mold balik nak cari saiz yang sesuai untuk pakai retainer. Kita rasa nak muntah la waktu gigit tanah liat tu sebab tebal sangat ke apa kan, tapi cuba kawal, jangan tunjuk sangat.
Dental mold. Sama je macam mula2 nak pakai braces dulu. |
Esoknya kena datang balik. Waktu ni kita akan dapat retainer. Kalau case aku retainer dengan gigi palsu sekali lah. Kena pakai retainer setahun, dr cakap kena biasakan diri pakai retainer. Dah setahun tu baru buat keputusan nak buat rawatan gigi yang mana satu (yang aku cerita panjang2 kat atas tadi). Dalam kepala ingatkan dah habis dah rawatan berbraces, padahal belum. Tujuan pakai retainer supaya gigi teratur sebab gigi mudah lari dari kedudukan asal lepas buka braces. Retainer ni ada banyak jenis. Lain case lain jenis retainer. Aku pakai yang Hawley retainer.
Hawley retainer |
Bentuk hawley retainer bila kita keluarkan dari mulut. Tapi untuk case aku, dia lekatkan sebatang gigi palsu untuk retainer gigi bawah. Dapat gigi palsu hari kedua appointment tu juga. |
Aku taknak retainer yang ni sebenarnya. Nak yang lutsinar tu macam gambar bawah ni, sebab macam lawa je bila orang pakai. Lawa bila gigi dia putih la, tak kuning, Tapi dapat yang hawley ni pula, emm takpelah.
Macam nilah rupa yang aku nak tu. |
Clear plastic retainer |
Waktu pakai retainer untuk pertama kali dalam hidup, rasa tak selesa sangat sumpah, sebab tapak dia besar dan lebar. Rasa menyemak. Macam foreign body ada dalam mulut dan kita kena pakai benda ni 24 jam kecuali waktu makan, berus gigi dan main sukan yang lasak di bahagian muka (takut retainer patah). Nak tak nak kena juga pakai retainer sebab takut gigi lari. Kalau gigi lari, umur 21 ni dia dah tak ulang buat braces. Dalam hati aku macam "seriusla treatment braces aku berakhir macam ni?? Nak nangis!!!".
Waktu mula2 pakai retainer, banyak sangat air liur dan kita susah nak cakap. Macam jadi orang pelat sekejap. Tapi pelat untuk 3 hingga 4 hari jelah, kena banyakkan praktis cakap supaya boleh adapt. Rasa down sangat waktu ni sebab aku susah nak cakap, nak sebut certain perkataan tu susah macam pelat bunyinya. Tahun ni dahla baru start practical pastu nak cakap dengan pesakit bunyi pelat macam ni. Rasa tak yakin, memang menyampah la dengan retainer waktu ni. Susah nak sebut huruf C, G, S, N. Aku stress ni sebab retainer susahkan skill komunikasi. Rupa paras elok je, takdelah buruk sangat pakai retainer ni, masih lawa la gigi kita. Sebab dulu aku tengok orang yang pakai retainer buruk hahaha. Sekarang pun masih belajar sesuaikan diri bila bercakap guna retainer. Sabar dearself sekejap je ni. Setahun sekejap jeππ. Dr tu cakap 3 hingga 4 hari je dah boleh cakap normal, tapi aku perlu 2 minggu untuk cakap normal macam orang lain.
Dr pesan retainer ni kena jaga elok2. Kalau jatuh, rosak, patah atau hilang atas kecuaian sendiri, kena bayar. Atas rm100 bawah pun rm100. Mahal tu walaupun ratusan je, setahun kena jaga. Dia ada bagi bekas nak simpan retainer waktu kita tak guna.
Digalakkan untuk tampal nama dan nombor telefon atas bekas tu. Contohnya kalau kita tertinggal retainer dia di restoran, kalau takde nama dan nombor telefon, pekerja akan ingat sampah dan dia akan buang. Biasanya orang balut guna tisu, tapi kalau ada bekas lagi senang dan terjaga. Orang pun tak geli nak tengok sebab dalam bekas. Tak nampak isi kat dalam.
Cara penjagaan retainer:
Bekas nak simpan retainer. Kita dapat satu je. Ada klinik yang bagi, ada yang tak. Tak tahulah kenapa. Free tak perlu bayar. |
Digalakkan untuk tampal nama dan nombor telefon atas bekas tu. Contohnya kalau kita tertinggal retainer dia di restoran, kalau takde nama dan nombor telefon, pekerja akan ingat sampah dan dia akan buang. Biasanya orang balut guna tisu, tapi kalau ada bekas lagi senang dan terjaga. Orang pun tak geli nak tengok sebab dalam bekas. Tak nampak isi kat dalam.
Cara penjagaan retainer:
- Waktu makan kena buka supaya makanan tak terperangkap bawah retainer. Takde bahaya apa pun cuma kotor la. Macam selekeh gitu. Kalau tak buka susah nak makan, minum air takpe. Nak gosok gigi pun buka sebab kita takkan berus dengan bersih dan menyeluruh kalau pakai retainer. Retainer pun akan mudah teralih disebabkan cara kita berus gigi tu.
- Nak basuh retainer jangan guna colgate. Berus guna berus gigi yang lembut dan rendam guna shampoo, sebab retainer diperbuat daripada collagen. Colgate akan menghakis collagen tu, jadi retainer kita cepat rosak.
- Bekas nak simpan retainer tu pastikan ada lubang macam dalam gambar, supaya ada pengaliran udara. Kalau tak retainer kita busuk dan bakteria lagi mudah tumbuh. Jangan rebus retainer kononnya nak hilangkan bau dan bakteria, nanti retainer tu cair, sebab plastik kan.
Sesiapa yang sama nasib kena pakai composite bridge lepas pakai retainer boleh tekan sini [Lepas pakai retainer, composite bridge pula ]. Tak layak pakai denal implant sebab ruang tak cukup, sebab tu dr suggest composite bridge. Bacalah confirm best dan terbuka sikit mata.
PS: Peniaga online yang nak luaskan dan tingkatkan lagi business marketing dan sales boleh baca entri tentang E-commerse NOMBOR 1 Malaysia di [SINI]
sama kes macam saya, baru buat treatment braces tapi gigi yang tiada kat bawah doktor sarankan pakai bridge, nak tanya pendapat bridge dengan crown mana elok?
ReplyDeleteSorry ye lambat balas, ikut case sebenarnya. Kalau case kita ni takde dah crown, terus bridge. Sebab gigi dah takde nak sarung crown macam mana. (Memang ada sarung crown pada 2 gigi tepi tu untuk support, tapi kita panggil semua tu bawah bridge).
DeleteKatalah masih cukup gigi kat bawah tu, yang mana lebih elok depend pada diri kita sendiri iaitu kalau masih nak selamatkan gigi asal pilih crown. Kalau rasa dah tak kesah dengan gigi asal pilih bridge (dr akan cabut gigi tu untuk pasang bridge). Better pilih crown sebab gigi asal terpelihara, kita tak nak rosakkan lagi gigi yang masih elok.
Nak tanya kalo umur lebih dari 17 mcm mana sbb skang saya baru 19.And penting ke kalo parents kerja kerajaan hehe :)
ReplyDeleteIbu/ayah yg kerja kerajaan penting sebabnya kalau kita umur 19, masih belajar dan ibu/ayah kerja kerajaan, kita masih boleh buat braces under klinik kerajaan.
DeleteKalau ibu/ayah kerja swasta tak boleh dah buat under kerajaan sebab umur dah lebih 17 tahun.
maksudnya kalsu umur 22 + parents kerja swasta x boleh buat kat klinik kerajaan la kan
DeleteTak boleh
DeleteKalau umur 23 blajar kt ipta and ayah keje kerajaan boleh dapat discount tak
DeleteKalau tahun ni umur 18 tapi belom genap kira maseh 17 ke
ReplyDeleteDikira 18 tahun sebab pengambilan braces ikut sistem.
DeleteNak tnye kalau gigi depan tak ada.pastu buat gigi tanam.boleh pakai braces ke ? Sbb gigi kurang rata
ReplyDeleteTak sure awak. Jumpa dr
DeleteMacam mana nak tahu dia panggil ya sebab saya tengah dalam waiting list amd now dah setahun berlalu.Saya dah tukar nombor phone so takut dorang tak tahu so better call klinik tu untuk tukar nombor phone or biarkan sahaja. Harap sangat balas ya ��
ReplyDeleteDia call penjaga, bukan kita yang nak buat braces ni. Takpelah call je clinic bagitahu nombor yang baru. Cakap dr kata nama dah masuk waiting list.
DeleteAlamak , mak saya dah tukar nombor , so kena gi klinik la eh update? Patutla kot.. nak 3tahun dah ni π ππ
DeleteNak tanya. Lepas bukak braces dia akan cucikan semuanya dlm gigi kita sebelum buat retainer ke? Means cucikan kesan karang gigi akibat minum air manis semua tu.
ReplyDeleteAah cuci dulu
DeleteSalam sis nak tanya kalau gigi berpalam boleh ke pakai braces?
ReplyDeleteGigi berpalam tu apa dear? Tak faham
DeleteSorry sis maksud saya gigi bertampal ��
DeleteBoleh
Deletehye nak tanya , kat mana nak buat retainer kos below Rm300 . klinik kerajaan ada provide ke?
ReplyDeleteHi, sorry for the late reply. Sorry ye tak sure.
DeleteHai...nk tnye harga untuk buat retainer berpe???
ReplyDeleteHai, sorry for the late reply. Tak tahu dear sorry! Sebab sekarang pakai free je, start pakai gigi palsu baru bayar sebab tu baru dikira additional treatment.
DeleteHai , nak tanya kalau gigi geraham dah kena cabut boleh pakai braces ke ? saya ada satu gigi geraham yang dah kena cabut dulu jadi sekarang dah tak ada gigi geraham satu di bawah.
ReplyDeleteDan lagi satu saya ada gigi berlubang , jadi kalau braces nanti kena cabut ke gigi berlubang tu. harap sangat dapat jawab . sekian terima kasih
Hai, take masalah pun kalau gigi geraham takde, masih boleh berbraces. Gigi berlubang dr akan tampal dulu lepas scaling sebab sebelum pakai braces, dr akan pastikan gigi bersih dulu. Selagi tak bersih, tak boleh pakai braces.
DeleteTak sure dr tampal dulu ke scaling dulu
DeleteAda juga kes yang saya cari mcm ni. Saya nk buat rujukkan untuk saya. Sebab dalam niat nk pasang braces, tapi ada satu gigi saya bahagian bawah tu dah takda, reput. Jadinya nk tanya, prosesnya saya kena pakai gigi palsu juga ke ya?
ReplyDeleteSorry ya, saya tak tahu. Tanya dr ok!
DeleteHye nak tanya, klu nk pasang braces tpi penjaga dh pencen lame tuh kira free lgy kerr
ReplyDeleteHai..nk tanya...gigi bawah saya ni kedepan and plan nk pakai braces..agak ii lepas ke...umur 14 tahun and parents pon kerja bwh kerajaan...and if lepas kene jugak ke pakai gigi palsu even gigi bawah je kedepan
ReplyDeleteHai sorry dear tak sure. Pergi clinic jumpa dr ok.
DeleteNak tanya pakai gigi palsu ni for yg gigi tak rapat jer kan..? Kalau kedepan braces jer kan tak perlu gigi palsu bagai ni..
ReplyDeleteBetul
DeleteAs salam. Gigi depan atas (sebelah gigi kacip) terletak di bahagian dalam, tidak sebaris. Boleh tak saya cabut gigi ni dan buat bridge?
ReplyDeleteWasalam..sorry ya tak tahu, kena jumpa dr.
DeleteSalam dik nk tya, mmg kos bridge tu still lgi Rm3k ke?
ReplyDeleteWasalam cost bridge tak tahu, kena call clinic. Implant yang around rm3k.
DeleteBridge sebatang RM500 paling murah. Jika nak pasang sebatang, ia akan melibatkan 3 batang gigi sekaligus. Prosesnya, gigi bersebelahan yang rongak akan dikikis sebagai penahan gigi yang hendak dipasang. Jadi total; 700x3 batang gigi=RM2100.
DeleteSilap, RM700 sebatang, bukan RM500.
DeleteYg kene tanam gigi tu ikut condition gigi ke π mcm seram je nak pakai braces
ReplyDeleteBetul. Ikut condition gigi dia. Pakai braces best jee, kena sabar sebab lama nak habes. Tu je.
DeleteSaya otw pakai braces kena cabut 4 batang gigi, Agak2 kena pakai gigi palsu tak ???
ReplyDeleteTak tahula sebab depend severity gigi. Tanya dr ok
DeleteBetter jgn cabut gigi tu.muka you akn jd x lawa nnt
DeleteHi. Wondering, anyone blh g government hospital for implant? Or ada sop (contohnya, hanya utk kakitangan kerajaan, or mangsa accident, etc).
ReplyDeleteMacam tak boleh, melainkan under appointment atau referred case. Better call to be sure.
Deletekos gigi palsu sebatang bahagian tengah atas berapa eh?
ReplyDeleteNo idea.. call clinic tanya.
DeleteHi saya nak tanya, saya takde dua gigi dekat belah atas, boleh pakai braces ke?
ReplyDeleteJumpa dr. Saya pun tak tahu.
DeleteHi nak tnya..cth parents Kita kerja guru kerajaan pun blh dpt rawat dari klinik kerajaan ke? Or dia just utk staff kerajaan yg kerja kat hospital kerajaan je ?? Sbb ada juga dgr mcm ni ..
ReplyDeleteBoleh. Semua kakitangan kerajaan free, tak kisah kerja dekat mana..yg penting bawah SPA. Penjaga saya pun guru juga, free.
Deletegigi taring sy sblh knan ni dh tkde tcbut tpi gigi kiri knan sblh gigi tring ni msih elok . jdi kita kena guna braces ke atau tanam gigi sbb gigi sya yng bwh ni tk kedepan tpi gigi ats tpt gigi tring yng tkde ni yng kedepan .
ReplyDeleteJumpa dr. Saya tak sure
DeleteKalau kota da buat crown.. boleh tak buat braces lepas tu?
ReplyDeleteSorry jumpa dr. Saya tak sure
DeleteSy mati kan akar untk gigi geraham ...geraham tu dh tnggl separuh...lpas tu dr tampal bg bentuk geraham semula...sekarang geraham tu dh pecah n tnggl tunggul besi jer situ...boleh x ganti gigi palsu kt situ....sbb sy x nk psg crown...kt dr psang crown kt geraham....pastu buat bridge 2 btg sebelah geraham yg rosak tu ....sy ada baca klaw psg bridge ni nnt sisa mknan akan melekat bwh bridge tu...bleh bg pandangan x....tq��
ReplyDeletePandangan saya jumpalah dr. Saya takut tersalah cakap dan pergigian bukan bidang saya untuk bercerita lebih lanjut.
DeleteEntry yang sangat membantu. Sabtu ini 6 mac 2021 saya akan buat rawatan bridge. Gigi hadapan patah akibat kemalangan motor pada tahun 2012 masa degree. Lapan tahun saya guna gigi palsu yang bertapak sebab murah. Tahun ini InshaAllah akan pasang gigi bridge. Tapi takut pula lama kelamaan akan tanggal. Huhu. Selepas membaca entry ini terus datang idea nak tanya itu ini dengan doktor sabtu ni.
ReplyDeleteTerima kasih di atas info yang berguna. ☝️π
Nak tanye.berape lama Gigi tu boleh tahan?,saya Ade masalah yg sama Gigi bawah dilahirkan xcukup.skrg tngah treatment braces,doktor suggest kan bridge utk ganti Gigi yg xcukup.kalau Sudi please reply meπ
ReplyDeleteTanya dr gigi, dia lebih tahu. Dr saya kata 3 tahun pun masih tahan lagi.
DeleteHi sis. I nak tahu so pilihan u apa? Implant or gigi palsu?
ReplyDeleteHi sis. I nak tahu lastly pilihan u apa? Implant or gigi palsu?
ReplyDeleteGigi palsu
DeleteCool and I have a nifty supply: Who Does House Renovation exterior makeover
ReplyDeleteHai nak tanya, kala space gigi tak boleh tutup… better guna implant gigi palsu, bridge or crown?
ReplyDelete