Macam ni rupa retainer yang dr bagi. Bawah2 ni pun ada contoh lagi okay!
Sambungan cerita retainer gigi dan gigi palsu. Cerita part 1 boleh tekan sini:[sini: Pakai retainer dan gigi palsu]
Akulah orang yang paling berat dan malas nak datang appointment untuk cek retainer. Sekarang dah 6 bulan pakai retainer, best la sebenarnya sebab rasa confident je bila cakap. Walaupun kadang-kadang tu gusi berdarah atau retainer rasa ketat sebab skip pakai. Setiap kali appointment dr mesti tanya "retainer ada apa-apa masalah?". Waktu ni segala benda rasa nak bagitahu contohnya tak selesa, rimas, leceh, asyik lupa je retainer letak mana dan malas nak pakai. Tapi tu semua hanya mampu cakap dalam hati je.
Tiba-tiba harini kena bayar rm5 untuk appointment. Pelik juga sebab sebelum ni takde bayar apa-apa waktu datang appointment. Aku pun tanya pada nurse tu sebab tak puas hati kenapa kena bayar. Bukan berkira ke apa, cuma pelik je tetiba kena bayar.
Me: Nurse, kenapa saya kena bayar rm5 tadi?
Nurse: Sebab awak dah 22 tahun. Free bila 20 tahun dan ke bawah. Awak belajar ke kerja? Universiti mana?
Me: Belajar, universiti swasta.
Nurse: Oh kalau universiti swasta kena bayar. Kalau awam tak perlu bayar.
Me: Ohh camtu.
Sedangkan dalam hati: Habis selama ni free je tak bayar apa-apa padahal umur dah lebih 20 tahun, belajar swasta lagi. Tak faham dengan sistem ni. Lantaklah malas nak fikir.
Disebabkan malas nak panjangkan cerita aku pun balik je. Tak tanya lebih sebab tinggal lagi satu appointment je di klinik ni, tu pun 6 bulan kemudian. Untuk tempoh 6 bulan tu, ada appointment lain di klinik pakar di tempat lain. Nanti dia bagi surat refer kita ke sana. Kita yang pegang surat tu, sampai klinik sana nanti bagi je nurse yang jaga kaunter tu.
Kiranya klinik sana lagi tahu apa treatment yang terbaik untuk kita. Nasib baik ada kereta nak drive sendiri, nak harapkan grab agak leceh sebenarnya. Sumpah malas nak uruskan treatment gigi aku ni, malas tahap maksimum ni. Kalau boleh nak lepas je semua. Rasa leceh sikit sebab sedikit sebanyak menganggu urusan harian. Tapi teruskan je lah, dah separuh jalan.
Sambung cerita appointment retainer tadi, dah masuk bilik tu macam biasa dr ketatkan retainer kita. Benci betul bila retainer kita agak ketat sebab gigi sakit, tak selesa, kita rasa macam tak nak pakai retainer. Mula- mula je, lama sikit dah rasa selesa balik. Waktu baring tu dr ada tangkap gambar juga. Aku ingat pakai camera phone je, sekali camera betul yang berjenama punya. Ambil banyak angle iaitu depan, atas, bawah, kiri dan kanan. Punyalah tak selesa waktu ambil gambar gigi bawah dengan atas. Dalam hati aku macam hello lama lagi ke? Sakit dan tak selesa buka mulut besar-besar dan lama.
Mulut kita dibuka luas-luas guna retractor untuk tangkap gambar. Nanti ada nurse yang pegang tepi tu. |
Ada juga tangkap gambar macam passport tu. Waktu ni kita berdiri bukan baring macam tadi, kita kena senyum nampak gigi, tak senyum (buat biasa je) dan gambar dari sisi. Waktu ni aku confius dr ni tangkap sekali dengan muka aku ke bahagian gigi je. Jadi mata aku tak tahu nak pandang camera atau tempat lain. Akhirnya aku pandang camera juga dan bila keluar bilik, tengok cermin tudung tak betul. (Aduh stress, sebab nurse tu dah langgar owning waktu tolong ambilkan gambar waktu baring tadi).
Tiba masanya untuk appointment dengan pakar restoratif:
Pakar restoratif maksudnya pakar yang menerima rujukan daripada pegawai atau pakar-pakar pergigian dari disiplin lain. Biasanya buat di klinik besar (sekali imbas macam hospital padahal klinik je) bukan klinik biasa yang kita selalu datang appointment tu.

Dah sampai klinik, tunjuk surat refer dan daftar macam biasa. Gabra lah juga sebab aku tak jumpa klinik pergigian bahagian mana. Nasib baik tak kene bayar apa-apa. Nama dipanggil dan kita pun masuk bilik.
Dah baring tu, dr cek gigi. Dr tu terang lah apa treatment yang terbaik untuk case aku ni.
Sebelum cerita lebih dalam, sebenarnya aku rasa kurang sesuatu. Tak berapa suka cara dr tu terang pada pesakit yang tak tahu apa-apa macam aku ni. Walaupun aku nampak macam tak ambil tahu tentang gigi, sebenarnya aku kisah. Memang dapat tangkap sikit-sikit. Tu pun sebab sebelum ni pernah google baca apa yang patut, cuba bayangkan kalau orang awam yang kurang educated, duduk pedalaman atau orang Asli. Diorang tak mungkin faham apa yang dr tu cuba sampaikan kalau pakai mulut je dan bahasa pun guna term dia.
Apa kata terangkan dengan cara tunjuk model gigi ke, lukis gambar atas kertas ke, tunjuk gambar google je pun aku tak kisah. Ni cakap gitu je, aku yang nak kena gambarkan dia cakap apa.
Dapat je gambarkan apa yang dia cakap tapi tak cukup dan nak tahu detail lagi. Lupa nak tanya bila dah balik baru terfikir nak tanya contohnya tentang kelebihan, kelemahan, komplikasi jangka panjang dan pendek, kos, kesan sampingan ke apa, tahan lama ke tak, sakit ke tak, gosok gigi nanti macam mana. Kena tanya balik lah bila next appointment. Lepas tu aku call nak tanya next appointment terus buat ke composite bridge tu atau ada bincang lagi? Dia cakap terus buat. Serious?? Aku blur ni tetiba je nak buat.
Tiba-tiba je composite bridge, tiba-tiba je letak fibre.
Aku macam tu apa benda? Yang mana satu, tak berapa faham. Fibre pun aku confius yang mana. Optic fibre ke camane?
Dapat je gambarkan apa yang dia cakap tapi tak cukup dan nak tahu detail lagi. Lupa nak tanya bila dah balik baru terfikir nak tanya contohnya tentang kelebihan, kelemahan, komplikasi jangka panjang dan pendek, kos, kesan sampingan ke apa, tahan lama ke tak, sakit ke tak, gosok gigi nanti macam mana. Kena tanya balik lah bila next appointment. Lepas tu aku call nak tanya next appointment terus buat ke composite bridge tu atau ada bincang lagi? Dia cakap terus buat. Serious?? Aku blur ni tetiba je nak buat.
Balik je aku google apa yang dr cakap tadi. Sumber dari laman web English la, nak harapkan sumber Melayu ni macam entahla tak jumpa. Sekali bila dah baca semua, gambaran aku ternyata salah dan jauh meleset dengan penerangan dr tadi hahaha. Nampak tak betapa pentingnya keberkesanan penerangan tu sendiri.
Gambaran aku ialah Maryland bridge hakikatnya dr nak buat composite bridge. Dua-dua sama lekatkan pada gigi belakang tapi hakikatnya beza sangat kan. |
Kena buat dental mold lagi (ambil acuan gigi). Bila dia start je dental mold, dapat rasa yang appointment ni lama lagi nak habis. Dan sangkaan aku tepat, dapat kad appointment dan tarikhnya bulan depan. Sebabnya ingat pergi sini sekali je. Keluar bilik dengan kebingungan, tak ingat nak tanya, waktu tulis blog baru terfikir. Beratnya hati nak datang balik. Malas sebenarnya.
Dr cakap treatment yang sesuai untuk case aku ialah composite bridge.
Plan asalnya aku pilih dental implant, tapi sebab ruang gigi kecil sangat jadi tak sesuai. Dr offer buat bridge, tapi ayah aku pula tak bagi buat bridge sebab tak nak kikis mana-mana gigi. Disebabkan itu composite bridge jadi pilihan. Tak memerlukan bius pun, memang akan ada kikis gigi sikit bahagian belakang tu, kalau tak kikis tak lekat. Haha dr ni asyik ulang je ayat ni "kalau tak kikis tak lekat". Sebab dia boleh cam muka patient dia, dia memang tahu dan ingat muka aku ni yang tak nak bridge dan tak nak kikis mana-mana gigi.
Balik dari klinik mulalah tugas aku nak explain semua ni pada parent. Mula-mula ayah aku setuju sebab sekurang-kurangnya composite bridge tak kikis gigi banyak. Tapi bila aku tunjuk gambar, ayat first yang keluar:
"Ni tahan lama ke? Macam tak tahan lama je. Taknaklah kena ulang alik pergi klinik sebab tertanggal. Mula- mula yelah elok je, jangka masa panjang nanti? Tu kikis gigi tepi tu kalau sebelah rosak atau sakit, gigi sebelah pun ada effect juga. Pilihan lain takde ke?"
Aku dah terdiam sebab tak tahu nak jawab apa. Manalah aku tahu detail kan. Jawapan mak aku pula:
"Kalau boleh tak nak kikis mana-mana gigi sekalipun. Kalau denture pun denture jelah. Yang penting tak nak rosakkan gigi. Awak tu muda lagi."
Ayah aku request nak buat pilihan lain siap lukis atas kertas lagi suruh aku tunjuk dr sana bila next appointment. Dan keputusan lainnya ialah nak jumpa dr klinik swasta pula tanya pendapat tentang apa pilihan lain yang ada dan yang paling penting tak nak kikis mana-mana gigi. Tak tahulah nak rasa apa sekarang ni. Kita hadapi je tengok dulu apa yang ada.
Bila dah jumpa klinik swasta, aku ceritalah dari A-Z dan keputusannya sama. Composite bridge menjadi pilihan, cara lain tak sesuai. Consultation di klinik swasta bayar RM30. Waktu ni aku tanyalah segala persoalan, so macam ni info tentang composite bridge. Parent aku pun setuju nak buat composite bridge sebab dah faham dan jelas.
Sampai sini je perjalanan braces, dah takde dah nak update apa-apa lepas ni. Nak tanya, tanya je tapi bukan consultation tau. Sekian assalamualaikum.
Macam ni composite bridge. Yang macam tali tu fibre. Dua gigi bersebelahan kena kikis sikit bahagian belakang untuk bagi ruang lekatkan fibre tu. |
Macam ni kalau gambar realiti. |
Hasil composite bridge. Nampak macam gigi betul, takkan nampak pun fibre tu. |
Plan asalnya aku pilih dental implant, tapi sebab ruang gigi kecil sangat jadi tak sesuai. Dr offer buat bridge, tapi ayah aku pula tak bagi buat bridge sebab tak nak kikis mana-mana gigi. Disebabkan itu composite bridge jadi pilihan. Tak memerlukan bius pun, memang akan ada kikis gigi sikit bahagian belakang tu, kalau tak kikis tak lekat. Haha dr ni asyik ulang je ayat ni "kalau tak kikis tak lekat". Sebab dia boleh cam muka patient dia, dia memang tahu dan ingat muka aku ni yang tak nak bridge dan tak nak kikis mana-mana gigi.
Balik dari klinik mulalah tugas aku nak explain semua ni pada parent. Mula-mula ayah aku setuju sebab sekurang-kurangnya composite bridge tak kikis gigi banyak. Tapi bila aku tunjuk gambar, ayat first yang keluar:
"Ni tahan lama ke? Macam tak tahan lama je. Taknaklah kena ulang alik pergi klinik sebab tertanggal. Mula- mula yelah elok je, jangka masa panjang nanti? Tu kikis gigi tepi tu kalau sebelah rosak atau sakit, gigi sebelah pun ada effect juga. Pilihan lain takde ke?"
Aku dah terdiam sebab tak tahu nak jawab apa. Manalah aku tahu detail kan. Jawapan mak aku pula:
"Kalau boleh tak nak kikis mana-mana gigi sekalipun. Kalau denture pun denture jelah. Yang penting tak nak rosakkan gigi. Awak tu muda lagi."
Ayah aku request nak buat pilihan lain siap lukis atas kertas lagi suruh aku tunjuk dr sana bila next appointment. Dan keputusan lainnya ialah nak jumpa dr klinik swasta pula tanya pendapat tentang apa pilihan lain yang ada dan yang paling penting tak nak kikis mana-mana gigi. Tak tahulah nak rasa apa sekarang ni. Kita hadapi je tengok dulu apa yang ada.
Bila dah jumpa klinik swasta, aku ceritalah dari A-Z dan keputusannya sama. Composite bridge menjadi pilihan, cara lain tak sesuai. Consultation di klinik swasta bayar RM30. Waktu ni aku tanyalah segala persoalan, so macam ni info tentang composite bridge. Parent aku pun setuju nak buat composite bridge sebab dah faham dan jelas.
- kena kikis gigi belakang sikit supaya nak lekatkan fibre (nak bagi ruang untuk letak fibre), kalau tak kikis tak lekat dan kita akan rasa tebal semacam je.
- tak sakit pun lepas pakai, boleh terus makan macam biasa
- tak akan sakitkan/rosakkan gigi bersebelahan kalau ada apa-apa masalah
- kena rajin guna super floss setiap kali makan. Jaga mulut kita macam kita jaga braces dulu
- tak mudah rosak. Aku tanya juga sampai bila, jawapannya 3 tahun masih tahan lagi.
- kos klinik swasta untuk composite bridge RM650 dan Maryland bridge RM 1250. Klinik swasta sinilah, klinik lain mungkin berbeza. Harga kerajaan composite bridge RM 11 je.
Lepas dah buat composite bridge ni rasa best dan berbaloi!! Bayar RM 11 je dan hasil wow gitu, sape tak suka kan. Kita rasa selesa dan tak sakit langsung. Dr buat acuan gigi palsu waktu tu juga (maksudnya sebelah kita, hari yang kita datang nak buat composite bridge). Kali ni ni dr terang betul-betul guna model gigi kita sendiri. Masa paling lama ialah nak pilih colour yang sama macam gigi sekeliling. Adalah dalam 1 jam baru siap. Kita akan diajar cara nak floss gigi, dia tunjuk sambil terangkan. Simple je, kene rajin buat sekali sehari. Dan yang paling penting dah tak payah pakai retainer bestnyaaa leganyaaa.
Tq dr you're the best!!!
Tq dr you're the best!!!
Lupa nak bagitahu tentang floss gigi. Kita pakai yang super floss tau, bukan floss biasa. Sebab super floss lagi senang nak masuk celah-celah gigi. Beli je kat guardian atau watson, cari yang tulis super floss.
Biasanya jenama Oral-B. RM 12.00-RM 15.00 je dan dalam tu ada 50 batang Jadi kene selalu beli sebab mudah habis.
Macam nilah nak guna super floss. Ada satu wire tajam bahagian depan tu yang memudahkan benang tu untuk masuk ke celah gigi,
floss juga bahagian bawah gigi.
.Yang ni floss biasa. Benang banyak-banyak dalam bulatan tu. Jangan guna yang ni sebab susah nak bersihkan celah-celah gigi,
dia takde benda tajam bahagian depan. Benang semata-mata.
Buat dekat klinik mana?Panjang sangat catatan tak perasan belah mana klinik
ReplyDeleteBuat dekat klinik kerajaan. Aah nama klinik memang prefer taknak bagitahu.
DeleteSekrang guna gigi palsu ke ori gigi awak?
ReplyDeleteSebatang je gigi palsu. Yg lain ori. Tapi tak boleh nak bezakan pun mana satu gigi palsu dgn ori, nampak sama je.
DeleteSo maksudnya braces ni treatment sepanjang hayat ke. Ya Allah serabutnya. Tapi my teeth sangat buruk. Senget sana sini. Atas dua gigi ke depan. Hurm.
ReplyDeleteEmm tak tahu la nak cakap, depend severity gigi juga. Tapi nampak je semua ni macam serabut, result gigi nanti berbaloi!! Rasa best dan lega. Along the way tu enjoy je, pengalaman hidup HAHAHA.
Deleteending brp cost semuanya sis?
ReplyDeleteTotal rm 79:
DeleteSet ubat+berus gigi waktu pakai braces (drpd clinic): rm35
Interdental brush (watson): rm 11
Composite bridge: rm11
Super floss (watson): rm12
Setiap kali appointment: rm5 x2 (yg ni depend orang, kalau saya dua kali je kena bayar pastu habis appointment dah)
.
Hi. Kalau mak ayah bukan kerja kerajaan . Harga composite bridge sama ke dengan harga awak. Rm 11?
DeleteSama. Sebenarnya rm 6 je, lagi rm5 tu cas kepakaran. (Jadi total rm11).
DeleteBagi yg ada gl, tunjuk. Sebab masatu saya lupa nak tunjuk gl, tu yg kene bayar rm11. Kalau ada gl free je.
Sorry lah banyak tanya. Proses nk buat tu amik masa lama ke.? Maksudnya berapa buln?
DeleteLama. Saya punya 1 tahun 3 bulan.
DeleteDepend severity gigi dan kekosongan waktu klinik. Sebab saya banyak delay appointment, tak free la, public holiday la camtu. Sequence dia macam tarikh bawah ni:
Bulan 6 (2018): masih on retainer dan klinik refer ke pakar restoratif.
Appointment biasa:
Bulan 7,9,12 (2018)
Bulan 5 (2019)
Bulan 7 (2019): baru pakai composite bridge.
dah kahwin ke belum?? kalau belum saya sudi jadi peneman hidup.
ReplyDeletedah kahwin ke belum?? kalau belum saya sudi jadi peneman hidup.
ReplyDeleteBelum encik
DeleteSaya pon kemungkinan dr cakap kena guna bridge jgk,sakit ke buat composite bridge tu?
ReplyDeleteTak sakit langsung. Rasa biasa je.
DeleteTahu x berapa harga crown/bridge dekat klinik kerajaan.. TQ
ReplyDeleteTak tahu, kena call clinic.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHaah cara buat dan harga pun berbeza. Sorry..no ws. Sebab saya sendiri takde kepakaran nak cerita lebih mendalam, saya cerita pengalaman saje. Tanya dr okay.
Deleteif secara total dari first appointment dari nk pakai braces sampai dah retainer dah bridge and everything brape lama ye
ReplyDeleteSaya 3 tahun (2017-2019)
DeleteThanks for taking the time to share this informative post with us. I really enjoyed going over all the details that you provided in this article. Have a great rest of your day and keep up the fantastic work.
ReplyDeleteDentist Philadelphia
Tq for reading. Truly appreciate!
DeleteHai nak tnya,,, awak buat gigi apa ya? Gigi geraham ka gigi depan?
ReplyDeleteHai nak tanya setakat ni macamana makan dengan composite bridge tu ? Tahan ke ? Sebab nak buat macam takut2 terbayang gigi tiba2 longgar ke tercabut ke mmg takutt. Boleh share ?
ReplyDeleteMakan ok je, tak rasa pun kehadiran composite bridge tu. Tahan kalau pandai jaga.
DeletePernah tercabut sekali. Longgar tak pernah, terus tercabut. Salah diri sendiri sebab salah floss gigi. Waktu tu saya guna batang lidi bukan benang super floss. Awal pkp masatu, balik kampung..jadi kene rentas negeri kalau nak pasang kat klinik yang kita biasa pergi. Dan tak semua klinik kerajaan ada kemudahan nak pasang balik, saya dah call dan dr bagitahu macam tu. Jadi saya pergi private sebab nak cepat. Mahal la juga, ratus campur scaling. Tak ingat exact amount.