Posting Surgery


Jadi lawa sikit tak kalau edit? Lol! Sebab gambar asal gelap hahah.


pelajar perubatan swasta
Kembali ke realiti

Posting surgery merupakan posting yang ketiga. Bukan nak berfikiran negatif cuma sebelum ni senior cakap posting surgery senang dan relax (tipu!! Banyak je yang susah. Tak faham apa yang relax-nya. Mungkin baru lagi, tapi dah minggu ketiga dan masih rasa terumbang- ambing). Bila baca senarai case untuk posting ni rasa macam banyak juga nak kena cover ingatkan boleh relax sikit. Hakikatnya tak pun!! Jadual nampak macam relax je tapi banyak benda kena kejar sebenarnya (masuk operation theatre (OT), clinic duty, ward round, presentation, seminar, oncall, procedure, case write up lagi). Mood pun turun naik posting surgery ni aduh tak tahulah kenapa. Ada 4 dr yang handle posting kali ni iaitu Dr N dan Dr W di Hospital Tuanku Ampuan Afzan, Kuantan (HTAA) manakala Dr R dan Dr J di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh (HOSHAS).


"Waktu year 3 ni memang kita kena cover banyak benda supaya year 5 nanti kita tak terkejar-kejar. Masa year 5 singkat sangat sebab nanti nak fokus treatment pula".- Dr N.

Basically kalau dah masuk posting surgery knowledge tentang anatomy mesti power. (setiap posting sebenarnya, cuma surgery lebih ditekankan). Dr N suka tanya tentang blood supply, dan dia ajar kita supaya boleh bayang itu ini dengan detail dan jelas. Jadi terpaksa buka buku balik dan baca sebab dah lupa ilmu pre clinical dulu. Baca dan ulang dengan mata hati seikhlas-ikhlasnya. Setiap kali posting, mulut ni mesti akan selalu je cakap "kenapa amek medic, kenapa bijak sangat pilih bidang ni". Rasanya dah lebih 50 kali dah cakap ayat ni. Memang susah pun nak kena faham, hafal, practice dan ingat sampai mati lagi. (Sebab waktu ni demotivated). Sudut positifnya banyak pahala yang kita dapat sebab membantu meringankan derita orang lain dan menyumbang tenaga untuk masyarakat dan agama sekali.

Sekarang ni dalam fasa terasa kebodohan yang agak tinggi dalam diri. Rasa kerdil gila bila ada kawan2 yang perform dengan jayanya (but no room for feeling inferior, just keep going). Tiba2 rindu posting IM waktu Dato ajar hmm. (Dato memang yang terbaiklah, humble, baik, bagi orang faham betul2 dan lembut hati). Korang boleh baca [SINI: Posting Internal Medicine] kalau nak tahu mengenai posting IM.

Posting ni dr W akan betulkan mana yang salah je, dan kita yang kena ada usaha untuk cari sendiri di you tube dan buku teks buat tu macam mana buat ni pula macam mana. Maksudnya dr W expect tinggi bila kita perform depan dia, pastikan cara kita buat lancar je. Dr W selalu cakap "Senang je kan medical ni, senang je kan buat ni buat tu". (Dan aku masih belum rasa apa yang dr rasa. Huhu belum sampai tahap tu lagi dr)". Dr W agak best sebab kita didedahkan dengan clinical knowledge yang kadang2 kita tak perasan pun benda tu penting sebenarnya tapi adalah waktu2 yang kita akan stress waktu kelas semuanya sebab salah diri sendiri yang kurang membaca.

Kita kena banyak sabar waktu clerk patient sepanjang posting surgery ni. Sebab kebanyakan patient dalam keadaan sakit yang teruk. Kalau kita di tempat dia pun kita taknak orang kacau, serabut kan. Kita kena pandai develop rapport dan bila kena marah dengan patient tu endahkan je, nak buat macam mana. Lepastu pandai2 lah cakap minta maaf, terima kasih, sorry kacau dan semoga cepat sembuh. Tapi ada je patient yang baik dan ramah.

Waktu di operation theatre  (OT), sebelum kita beria nak tengok surgery apa dia buat, kita mesti tahu history dan knowledge tentang disease patient tu. Sebab kadang2 surgeon akan tanya kita soalan tentang patient tu. Malulah kalau tak dapat jawab. Tapi haritu surgeon tak tanya pun. Untuk pengetahuan semua, pelajar perubatan memang tak disediakan jadual pun untuk masuk OT (tapi untuk pelajar nursing jadual akan disediakan), jadi kita yang kena beranikan diri dan ringan mulut tanya pada surgeon tu boleh join tengok buat surgery atau tak. Semua orang ada sifat penakut dalam diri, kita kena buang sifat ni sebab kalau asyik takut je sampai bila2 tak dapat. Mr S merupakan surgeon pertama yang aku tanya dan dia baik gila, lembut je tutur kata. Tapi bila dengan HO dia agak garang. Wajib tanya dulu sebab ada je surgeon yang tak suka pelajar. Biasanya sebelum kita tanya, nurse akan bagitahu kita awal2. Ada surgeon yang baik sangat dan very down to earth (ikut rezeki kita waktu tulah dapat yang mana). Masuk OT tak penting sangat pun sebab kita bukan grad2 je jadi surgeon nak kena tahu buat surgery secara detail. Lebih baik kita study, clerk atau tolong prosedure kat ward contohnya wound dressing berbanding berdiri berejam dalam OT. Tapi kita masih kena masuk OT cuma tak payah lama2. Untuk level kita ni cuma akan dapat pendedahan cara scrub dan suture, pengalaman, dan kena tahu indication setiap operation tu. Paling2 pun dapat observe je, kalau dapat tolong tu kira beruntung la. Observe je pun kita dapat belajar banyak benda sebenarnya.

pelajar perubatan swasta
 Wound dressing. Mula-mula HO tunjuk cara nak buat, lepastu baru kita buat.


Mula2 masuk OT semua noob gila nak tekan butang yang mana satu untuk buka pintu pun tak tahu, nak buat bising pun takut. Password nak buka pintu pun boleh lupa.

Waktu posting IM dulu pernah tekad nak sentiasa perform waktu surgery ni (sebab posting IM kitorang tak berapa nak perform). Setakat ni alhamdulillah semua on track dan agak perform berbanding posting sebelumnya. Setakat ni mood pun happy je sebab environment happy dan positif (HO baik gila dan membantu sangat, speacilist tak garang sangat dan senang nak approach, procedure pun bolehla dikira perform). Tak tahulah akhir2 posting semangat masih kekal atau tak.

Cuma tulah terkadang blur dan stress sebab ilmu theory kurang, semuanya sebab kurang membaca ataupun dah baca kemudian lupa. Contohnya waktu kelas dr tanya tapi kita tak dapat jawab dengan tepat. Contoh kedua waktu ikut ward round, MO suruh buat GCS (glasgow coma scale) dan aku boleh lupa cara nak access GCS. Tak ingat sangat, lupa. Dan masih tak tahu nak buat dengan cara yang betul, maksudnya kita buat hentam je. Waktu tu rasa nak lari tak nak jumpa dr tu lagi. Ditambah lagi dengan rasa nervous dan eye contact tu tajam gila. Lepastu dr tu ajar la cara yang betul (rasa bersyukur sebab dapat sesuatu tapi malu gila GCS pun boleh ingat2 lupa sebab benda ni penting). Nama pun masih belajar, nasib baik student lagi. Nasib baik juga dr tu baik, lembut dan kelakar lah juga. Okay dah sekian cerita kali ni (Tak sangka sebanyak ini yang dicerita).

Update 4 April 2019, 12.13 am:

Dah minggu keempat tapi masih rasa terumbang-ambing lagi. Exam minggu ke sembilan. Kenapa masa cepat sangat berjalan? Tak tahu kenapa rasa benci sangat posting ni. Bila perkataan benci dah keluar tu maksudnya dah teruk sangat dah tu. Posting IM yang sebelum ni pun rasa better dari posting sekarang walaupun IM tu banyak dan serabut tapi kita masih boleh handle. Entahla case direct je dan takdelah susah mana sebenarnya tapi stress je memanjang.

Posting kali ni ada banyak sangat seminar dan bila seminar je confirm kita akan fokus pada slide yang kita buat supaya bila present orang akan faham (maksudnya kerja lain contohnya self study dan clerk agak terbengkalai). Mood pun asyik2 buat hal tak faham betul. Susah nak ada sikap yang sentiasa bersemangat dan perform dalam apa2 keadaan sekalipun. Okayy dah tu je nak bagitahu.

Update: 19 April 2019, 12.00 am:


Mengenai posting di Hospital Temerloh pula, semua bermalam di homestay berdekatan hospital selama seminggu (5 minit je dari hospital). Homestay sini murah2 je dan selesa. Seminggu je posting di HOSHAS selebihnya di HTAA.

Lagi best posting di HOSHAS berbanding HTAA sebab suasana itu sendiri. Happy je kat sini dan tak stress langsung sebab semua baik2 semua senyum je. Walaupun sini takde case file sebab semua pakai system computerized, jadi kena ringan mulut nak minta no ID ke password, tunggu turn bagai dan dan ambil masa nak faham cara guna. Aku pun masih tak faham sangat nak guna meskipun nurse pernah ajar. Tapi kita rasa happy je tak tahu kenapa. Environment HTAA agak toksik (kadang toksik kadang best, ikutlah tak tentu) dan kita akan cepat stress. Jadi memang kita yang kena paksa diri supaya sentiasa semangat je belajar, happy je datang hospital walaupun hakikatnya semangat turun naik. Pernah beberapa kali tu bangun je dari tidur kita automatik cakap "malasnya nak pergi kelas harini. Takde mood langsung". Betapa teruknya perangai waktu tu. Tapi bersyukur juga sebab ada je benda2 positif di sekeliling.

Rasa bahagia sekejap sebab dapat posting HOSHAS. Kita masuk lift je terus happy tak tahulah aura apa ada kat sini. Dr R best dan dia ajar simple. Kita cepat faham (padahal benda tu agak complicated lah bagi seorang student). Kita rasa happy dan lega sebab sebelum ni stress je memanjang. Dr J pun bestlah.  Persamaan dalam kalangan surgeon yang boleh kita pelajari ialah otak diorang macam mind map iaitu tersusun dan simple. Semua benda jadi mudah dan takde yang serabut. Jadi apa yang diorang cakap dan tunjuk pada kita semua tersusun dan mudah faham. Kalau macam ni kelas berejam pun tak kisah.

Konklusinya environment memang akan effect kita punya mood, daily life dan pemikiran. Memanglah semuanya datang dari diri sendiri tapi sedikit sebanyak persekitaran tempat kerja/belajar pun akan memberi kesan dalam hidup kita. Tapi bila kita selalu positif dan berlapang dada, semua akan lancar je. Okay sekian sahaja cerita untuk post kali ni, bye HOSHAS dan terima kasih untuk segala-galanya.

Tentang exam pula, cuak gila!!! Paling cuak dan takut antara semua posting setakat ni. Banyak nak kena prepare dan hafal. Kadang bila kita kalut lupa semua benda. Bayangkan pagi exam tu nak pergi bed patient tiba-tiba gigi dan kaki rasa terketar-ketar (untuk pertama kalinya dalam hidup rasa macam ni). Sedangkan dah cuba sedaya upaya dah untuk tenangkan diri pagi tu. Bila habis je exam rasa lega dan happy sebab dah bebas (padahal nanti year 5 jumpa balik, sampai bila-bila jumpa balik). Kalau dah buat yang terbaik kita akan rasa puas. Kepuasan tu yang kita kena cari sebenarnya. Betullah surgery memang mencabar walaupun sebenarnya case direct je. Paling rasa debaran dan serabut ialah posting surgery (bagi akulah). Exam pula dapat dr W. Dr ni susah sangat nak puji tapi bila dia puji walaupun hanya cakap 'yes good', itu pun dah buat aku lega dan bahagia sebab waktu seminar asyik kena attack je. Time aku present je ada je yang tak kena.

Exam end of posting surgery dapat:

  • short case: brain tumour, tak ingatlah exact diagnosis dia apa tapi banyak gila device yang perlu describe dan discuss depan dr. 
  • long case: Upper gastrointestinal bleeding (UGIB) --peptic ulcer disease (PUD) secondary to drug induced. Patient ni post motor vehicle accident (MVA). Padan muka dengan diri sendiri sebab selama ni nampak patient post mva buat tak tahu je, sekali exam dapat case ni. 
Saja nak cerita waktu long case tu ada penjaga patient tu sekali teman sebelah katil. Dan naluri hati aku mengatakan dia orang yang kerja dalam hospital juga sebab setiap apa yang aku tanya pada patient tu, penjaga tu ada selit sekali dan dia jawab dalam medical term. Sebiji medical term dalam buku teks tu. Dalam hati aku happy lah sikit sebab jawapan dia membantu aku ke arah diagnosis tapi macam agak tak selesa sebab dia tengok aku clerk dan buat physical examination macam mana dan dia tahu apa yang sedang aku cari dan apa yang ada dalam fikiran aku hahaha. Walaupun dah tutup langsir bagai tapi dia nampak je. Apa pun terima kasih sebab memudahkan urusan. Lepas tu bila dah habis clerk, tiba-tiba dengar penjaga tu panggil lecturer aku 'BOSS jap!! Dia tanyalah soalan dia. Aku terkedu, terkesima, terdiam dan segala reaksi terkejut ada.  Dia dr rupanya. MO atau pakar camtu, sebab dia agak berumur.

pelajar perubatan swasta
Antara rakan sekelas yang sempat bergambar sebelum pulang ke Kuantan.
Okay habisss sekian saja cerita kali ni.

Sitegiant E-commerce

Comments

  1. Interview untuk masuk Widad susah tak?

    ReplyDelete
  2. Boleh tak bagi tahu secara general, apa beza antara degree medic vs degree forensic medicine? Boleh ke org yg ada degree forensic medicine tu rawat org atau bg nasihat perubatan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya dengar forensic science bukan forensic medicine. Tak sama dengan medic dan tak boleh rawat/ bagi nasihat perubatan.

      Grad je nanti jadi pegawai forensic. Forensic science lebih kepada makmal. Tapi yang belah mayat, buat diagnosis, deal dengan polis & mahkamah tu semua dr.

      Title pegawai perubatan forensic tu kena ada mbbs dulu.

      Delete
  3. Berdebar pulak, dah la posting surgery first block

    ReplyDelete
  4. Saya nak Tanya sikit... Betul ke uni swasta macam kebanyakkan benda ditanggung Oleh pelajar segala jensi Kos? Saya Dari uni awam ..Dan nak sambung uni swasta ...tapi Masih tercari2 mengenai Kos untuk sambung medic Di uni swasta ...terutamanya uni widad ni...Boleh terangkan pasal Kos dia ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry for the late reply. Saya pun tak alert sangat tentang yuran sekarang berapa. Boleh pergi ke website widad, ada nombor whatsapp tanya je situ okay. Sebab yuran ada yang berubah.

      Betul, kebanyakan memang guna duit sendiri. Yuran pengajian separuh ptptn tanggung, separauh lagi terpulang pada diri sendiri nak bayar guna apa. Benda lain contohnya buku rujukan, duit rumah sewa, bil air api, makanan, baju scrub, minyak kereta semua ni tanggung sendiri.

      Bas widad, whitecoat dan stet dah termasuk dalam yuran. Tak perlu bayar. Semoga semua urusan dipermudahkan.

      Delete

Post a Comment