Salman al-Farisi dan Abu Darda'



Setelah mereka berdua berkahwin [sini], Salman al-Farisi dapat melihat bahawa isteri kepada Abu Darda' kelihatan tidak bahagia. Dia tahu dia perlu berbuat sesuatu kerana Abu Darda' merupakan saudaranya yang dikasihi sejak dulu lagi.

Apabila tiba di rumah Abu Darda', dia mendapati Abu Darda' selalu berpuasa sunat, tidak pernah tidur malam untuk beribadah kepada Allah dan isterinya kelihatan kusut dan tidak terjaga. Mana tidaknya, segala lauk yang dimasak oleh isterinya tidak disentuh, dan hanya berbuka kurma sebagai alas perut.

Lalu Salman ingin datang kembali untuk menjamu selera di rumah saudaranya. Isteri Abu Darda' berasa amat gembira untuk menyambut tetamu dan dia memasak pelbagai lauk yang lazat untuk dihidangkan. Namun begitu, disebabkan Abu Darda' berpuasa, dia tidak turut serta makan bersama mereka. Lalu Salman berkata:

"Aku tidak akan makan selagi engkau tak makan!"

Lalu Abu Darda' pun berbuka puasa dan menjamah masakan isterinya. Tanpa diduga, dia makan dengan berselera sekali kerana makanan tersebut kesemuanya enak.

Setelah tiba waktu malam, Abu Darda' mula untuk solat namun Salman berkata:

"Tidur dulu"

Dan Salman mula mengejutkan Abu Darda' apabila subuh mula menjelang. Malah dia berasa segar dan bersemangat untuk melakukan ibadah kerana dia tidak penat dan rasa bertenaga. Namun begitu, dia tetap berjumpa Rasulullah untuk mengadu tentang Salman.

Jawapan Rasulullah amat mengejutkan dan baginda berkata "begitulah cara yang sebetulnya".

Pengajaran yang boleh dipelajari:

  • mereka bersaudara kerana Allah dan saling menyayangi kerana agama yang sama
  • tubuh badan kita juga ada hak dan jangan berpuasa berlebih-lebihan, cukup untuk berpuasa Isnin dan Khamis atau selang seli sehari
  • tubuh kita mempunyai hak untuk berehat dan tidur pada waktu malam, cukup untuk sekadar beribdah hujung 1/3 malam

Comments