Cerita di bawah merupakan sambungan post sebelum ni, part 2 [di sini]
Segala cerita di bawah yang diceritakan oleh Habib Ali Zaenal Abidin al-Hamid, ditulis kembali bagi peringatan diri sendiri dan manfaat bagi semua.
Sebaik saja baginda memberi salam terakhir, terjadi suatu perkara yang ajaib iaitu Nabi Adam mengangkat tangan lalu berdoa dan setiap Nabi memuji diri-Nya, memuji kepada-Nya atas setiap nikmat yang diberikan.
Mereka mula berdoa dengan menyatakan nikmat masing-masing.
"Ya Allah, segala puji bagi Mu kerana menjadikanku ayah manusia, dan Engkau menciptakanku dengan tanganMu terus, menjadikanku khalid ar rahmat, memberikan kerajaan yang agung dan semua anbiya dari keturunanku".
Nabi Musa:
"Ya Allah, alhamdulillah yang membinasakan Firaun denganku, yang berbicara secara terus denganku (sebab Nabi Musa Kalimullah iaitu orang yang diajak berbicara terus kepada Allah, tanpa ada pengantaraan Malaikat Jibril), dan Engkau menjadikan umatku kaum yang memberi hidayah kepada kaum lain iaitu Bani Israil."
Setiap nabi mula bercerita satu per satu.
Nabi Daud:
"Alhamdulillah, yang Allah berikan kerajaan padaku, Engkau yang mengajarkanku Az-zabur, Engkau yang melembutkan, mencairkan besi di tanganku (mukjizat baginda), dan Engkau mengarahkan bukit-bukau dan gurun untuk patuh akan arahanku, dan Allah memberikan hikmah kepadaku."
Manakala Nabi Sulaiman:
"Alhamdulilah, Engkau mengarahkan angin, semua syaitan dan jin untuk menjadi tenteraku. (Kerana kerajaan Nabi Sulaiman dibangunkan oleh jin dan syaitan. Mereka berkhidmat kepada baginda atas arahan daripada Allah.)"
Yang terakhir ialah Nabi Isa:
"Alhamdulillah yang menjadikanku seperti Adam iaitu Engkau menciptakanku tanpa ada ayah. (Kerana dengan kalimah Allah iaitu kun, maka jadilah. Sedangkan ibunya, Maryam tidak berkahwin. Dan Engkau mengajarkanku Taurat, Injil. Dapat menghidupkan orang yang mati dan mengubatkan orang yang sakit dengan tanganku. Semua ini kemuliaan Allah kepadaku."
Pada waktu ini, Nabi Muhammad saw pun berkata:
"Kamu semua telah memuji kepada Allah, sekarang aku pula akan memuji kepada-Nya".
Doa Nabi Muhammad pula:
"Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang mengutuskaku sebagai rahmat kepada seluruh umat. (Mereka yang lain tidak boleh berkata sebegini kerana mereka bukan al-Amin (orang yang dipercayai). Setiap satu hanya kepada kaum masing-masing, Nabi Muhammad saja yang al-Amin). Dan Engkau mengutuskanku Nabi kepada semua manusia, dan memberikanku al-Quran dan menjadikan umatku."
Setiap nabi hanya menceritakan tentang diri masing-masing, Nabi Muhammad pula menceritakan semua, tidak lupa pada kita di hadapan semua anbiya' dan Allah.
"Dan Allah menjadikan umatku umat yang terbaik! (Baginda berbangga dengan kita) dan menjadikan umatku yang terakhir dalam zaman, tetapi yang terawal akan memasuki syurga sebelum umat yang lain."
"Dan Engkau telah meluaskan darjatku, mengampunkan dosaku, meninggikan sebutan namaku dan menjadikaku sebagai pembukaan para anbiya' dan penutup mereka."
Nabi Ibrahim pada waktu ni memandang kepada semua anbiya':
"Dengan inilah Muhammad menjadi lebih agung daripada kita semua."
Bermaksud apa yang telah baginda sebut dalam doa tadi. Kelebihan baginda dan kelebihan umatnya. Nabi Ibrahim turut merasa bangga akan Nabi Muhammad kerana baginda merupakan keturunanya.
Kemudian mereka saling berbincang tentang hari kiamat. Seakan-akan mesyuarat yang besar. Ini merupakan kali pertama mereka berkumpul.
"Macam mana tentang hari kiamat? Ada sesiapa yang tahu?"
"Kita semua serah kepada Isa kerana Isa akan turun selepas Nabi Muhammad di akhir zaman nanti."
Sedikit kisah tentang hari kiamat:
Respon Nabi Isa pula,
"Kejadian hari kiamat itu sendiri aku tidak tahu, tapi aku akan ceritakan tentang tandanya. Allah telah mengajarku dan memberitahu iaitu pada akhir zaman nanti akan keluar Dajjal dan aku akan ada dua pedang pada waktu itu, turun dari langit."
Dari mula saja Dajjal nampak aku, dia akan terus cair. Cair badannya dan hilang dari dunia. Dengan hanya pandangan matanya ke mata aku.
Kemudian, akan keluar Yakjuj dan Makjuj. Mereka akan rosakkan dunia dan aku yang akan baca doa dan binasakan mereka sehingga satu bumi menjadi busuk hasil daripada badan mereka kerana terlalu banyak. Allah akan turunkan hujan dan bawa badan mereka mengalir ke laut.
Kalau semua perkara di atas dah berlaku, Dajjal dah, Yakjuj Makjuj pun dah, pada waktu ni hari kiamat tu diibaratkan bagai perempuan mengandung yang dah 9 bulan. Dah sampai masa, bila-bila je boleh lahirkan anak. Bila-bila saja hari kiamat boleh berlaku. Waktu yang semua orang kene bersedia.
Nabi Muhammad membuat pilihan:
Waktu dengar cerita Nabi Isa ni semua, baginda resah dan rasa amat dahaga. Baginda diberi dua cawan. Satu cawan susu, manakala satu lagi arak. Lalu baginda memilih susu.
"Bagus, kamu memilih fitrah yang bagus. Kalau engkau memilih dan minum arak, umatmu akan sesat."
Diibaratkan kita sekarang dilindungi oleh cara Nabi Muhammad yang bijak. Bermaksud disebabkan keberkatan baginda, kita dijaga sampai sekarang. Oleh itu, ingatlah Rasulullah pada waktu kita gembira mahupun senang kerana itu semua salah satu sebab Rasulullah. Memang Allah yang jadikan semua ni, yang beri semua tapi sebab apa? Sebab siapa? Sebab Rasulullah.
Habis sudah mesyuarat. Sebaik saja keluar dari pintu Masjidil Aqsa, Rasulullah nampak dah tersedia Mikraj di hadapan pintu masjid. Mikraj merupakan satu makhluk daripada cahaya, kalau zaman sekarang ni macam lif. Baginda mula masuk di tengah makhluk itu dan terus dibawa naik atas langit. Malaikat Jibril ada di sebelah, turut ikut baginda sebagai peneman.
Perbualan di tingkat pertama:
Pintu mula diketuk. Malaikat yang menjaga pintu tersebut mula bertanya:
"Siapa?"
"Jibril"
"Dengan siapa?"
"Dengan Muhammad"
"Dah dipanggil Allah? Selamat datang, mari masuk!"
Bermaksud malaikat semua dah tahu. Mereka tahu yang suatu hari Nabi Muhammad akan naik ke langit.
Sebahagian ulama berkata, antara sebab Israk Mikraj ialah bumi berbangga kepada langit.
Bumi: Aku bangga sebab lebih mulia daripada kau.
Langit: Kenapa?
Bumi: Dahi Muhammad sujud atasku. Kaki baginda juga pijak ke atasku.
Jadi langit mengadu kepada Allah. Allah berjanji,
"Suatu hari, Aku akan bawa kekasihKu ini, Muhammad kepadamu"
Kisah di tingkat pertama:
Baginda dapat melihat seorang lelaki yang sangat besar dan tinggi. Di sebelah kanan ada pintu syurga, sebelah kiri pula pintu api neraka. Kalau muka lelaki tersebut pandang ke kanan, dia senyum dan gembira. Tetapi bila pandang ke kiri, dia sedih lalu mula menangis.
Rasulullah: Siapa ni? Apa yang kanan kiri ni?
Jibril: Ini Adam. Ayah kamu. Yang sebelah kanan tu ahli syurga daripada zuriatnya. Jadi kalau dia nampak anak-anaknya gembira, dia turut gembira. Dia suka. Sebelah kiri pula orang kafir daripada zuriatnya, jadi dia rasa sedih.
Rasulullah: Assalamualaikum wahai ayah!
Nabi Adam: Waalaikumussalam, selamat datang wahai anak dan nabi yang soleh.
Walaupun di dalam masjid tadi dah berjumpa, kali ini pertemuannya berbeza. Lebih jelas akan penciptaan yang sebenarnya iaitu lebih besar dan tinggi orangnya. Ibaratnya naik atas bukit, dua langkah je dah sampai.
Sebelum naik ke tingkat kedua, Allah tunjukkan lagi siksaan orang yang berbuat dosa. Baginda nampak orang yang anggota badannya dipotong, dan mereka dipaksa makan bahagian tersebut. Makan daging sendiri.
Rasulullah: Kenapa macam ni?
Jibril: Sebab di dunia mereka makan daging saudara sendiri iaitu mengumpat. Aibkan dan hinakan orang.
Tingkat kedua: Baginda jumpa pula Nabi Isa dan Nabi Yahya bin Zakaria.
Tingkat ketiga: Baginda jumpa Nabi Yusof. Baginda memuji kecantikan Nabi Yusof, disamakan dengan bulan yang dipagari bintang-bintang.
Tingkat keempat: Nabi Idris
Tingkat kelima: Nabi Harun yang janggutnya sehingga ke pusat. Dan disebelahnya ada ramai orang yang sedang bercakap kepadanya, menandakan kaumnya Bani Israil sayang akan Nabi Harun.
Ceritanya Allah telah menghantarkan dua nabi kepada Bani Israil iaitu Nabi Musa dan Nabi Harun, adik beradik. Tetapi mereka lebih suka Harun sebab Musa garang dan cepat saja membaca doa kepada sesiapa yang bersalah. Manakala Harun lemah lembut sehinggakan di langit pun kaum tersebut dekat dengan Harun berbanding Musa.
Tingkat keenam: Berjumpa dengan Nabi Musa.
Perkara ajaib berlaku iaitu baginda melihat para anbiya' dengan umat mereka. Sehingakan baginda pelik,
Rasulullah: Aku ada melihat pengikutnya kurang daripada 10 orang. Sepanjang hidupnya, yang menjadi pengikutnya kurang 10. Ada yang tiada pengikut. Selama dia hidup, tidak ada seorang pun yang mengikut.
Pengajaran: Kalau di dunia tak ada orang tak dengar cakap kita, tak hormat kita, tak pernah kisah dengan kehadiran kita..jangan sedih. Kita bukan teruk, kita manusia biasa. Nabi pun ada yang tak ada orang nak dengar kata. Sedangkan dia nabi, yang dapat wahyu.
Kemudian baginda nampak satu umat yang besar sangat pengikutnya, ramai.
Rasulullah: Banyaknya, umat siapa ni?
Jibril: Ini umat Nabi Musa.
Tapi Jibril tak nak Rasulullah sedih waktu tu, jadinya:
Jibril: Jangan tengok sana. Tengok bahagian situ pula, atas tu.
Baginda dapat melihat umat yang jauh lebih banyak. Penuh ruang tersebut iaitu yang paling ramai.
Rasulullah: Siapa punya umat ni?
Jibril: Ini umatmu.
Rasulullah pernah berkata ahli syurga ada 120 saf, 80 saf adalah daripada umatnya iaitu umat Nabi Muhammad.
Nabi Musa turut gembira untuk Rasulullah.
"Selamat datang wahai saudaraku yang baik dan nabi yang soleh".
Turut dibacakan doa untuk Rasulullah. Kemudian Nabi Musa berkata,
"Bani Israil iaitu umatku cakap aku adalah hamba yang diagung-agungkan di sisi Allah. Mereka salah. Pemuda ini (Rasulullah) lebih mulia daripada aku."
Kemudian Rasulullah pun lalu. Nabi Musa yang melihat mula menangis, berasa sedih.
Bila ditanya kenapa nangis?
Aku nangis sebab ghulam (budak) ini iaitu Nabi Muhammad datang selepas aku. Dan yang akan masuk ke syurga lebih ramai dalam kalangan umatnya berbanding umatku. Kalau kelebihan dan kemuliaan tersebut untuk dirinya saja aku tak kisah, tapi untuk umatnya sekali!
Sebab tu Nabi Muhammad tidak pernah lupa kita.
Tingkat ketujuh: Berjumpa Nabi Ibrahim iaitu atuk baginda, sedang duduk dia atas kerusi emas. Dan bersandar di Baitul Makmur iaitu tempat yang paling atas sekali di langit ketujuh dan betul-betul selari dia atas Kaabah. Diibaratkan jika seketul batu jatuh dari Baitul Makmur, ia akan jatuh tepat di atas Kaabah.
Tempat Baitul Makmur ni sangat ajaib dan pelik. Sebab setiap hari akan masuk 70 ribu malaikat dan tak keluar sampai hari kiamat. Setiap hari 70 ribu.
Pada waktu ni baginda nampak ada yang pakai baju putih bersih dan bercahaya, ada yang setengahnya kotor.
Rasulullah: Siapa mereka ni?
Jibril: Mereka ni semua daripada umatmu yang tak pernah buat dosa. Bersih. Yang kotor sikit tu, ada baik dan ada dosa mereka.
Kemudian Rasulullah bawa mereka yang bersih saja ke dalam Baitul Makmur untuk solat sekali. Lalu Jibril pun berkata,
"Mereka yang lain pun baik juga."
Jadi kita jangan sedih. Sesiapa yang tinggi kemuliaannya berbanding yang lain, merekalah yang paling layak masuk dahulu ke Baitul Makmur.
Berbalik kepada Nabi Ibrahim yang baginda jumpa di tingkat ketujuh, Nabi Ibrahim menujukan ucapan kepada Rasulullah dan kita semua:
"Wahai Muhammad, wahai anakku, kirimlah salamku kepada mereka, umatmu."
Waalaikumussalam wbw ya nabi allah, Nabi Ibrahim
"Dan beritahu mereka syurga ini tanahnya baik dan luas, pasir yang baik sekali dan halus. Suruh mereka perbanyakkan tanaman di dalam syurga ".
Rasulullah: Tanaman macam mana wahai Nabi Ibrahim?
Nabi Ibrahim: Perbanyakkan membaca:
Comments
Post a Comment