Peristiwa Malam Israk Mikraj (Part 4)



Sambungan cerita sebelumnya iaitu part 3 di [SINI]


Sebaik saja baginda turun, perkara ajaib pun berlaku lagi.


Di atas tadi semua perkara best berlaku, tapi bila di bawah...Rasulullah nampak banyak asap hitam di bawah langit dunia. Baginda pun tanya pada malaikat Jibril:


"Apa benda semua ni?"

"Ini semua syaitan."


Syaitan tak boleh lagi naik ke atas. Mereka buat kerja pada masyarakat dunia.


"Dan kalau bukan syaitan ni semua yang ganggu dan mengotorkan hati manusia, kita semua akan nampak semua perkara ni. Nampak semua langit di atas, nampak nur semua jika hati kita bersih dan bercahaya. Tapi disebabkan syaitan ni semua kotorkan hati manusia, jadi mereka semua tak nampak apa yang kau nampak tadi wahai Muhammad."


Sebab tu kalau orang yang hatinya bersih, dia mimpi yang pelik-pelik. Kadang-kadang bukan mimpi, dia nampak terus. Mata dan hatinya bercahaya.


Dah sampai di bumi, orang pertama yang baginda jumpa ialah Abu Jahal. Nabi Muhammad duduk sambil berfikir, risau riak wajahnya memikirkan cara untuk menyampaikan apa yang dilihatnya semalam. Mereka susah untuk percaya, apatah lagi nak menceritakan perjalanan yang jauh tapi mampu ditamatkan dalam malam yang sama. Kebiasaannya mereka pergi selama 1 bulan, dan balik 1 bulan.


Abu Jahal duduk di sebelah, dan mula berbual. Dia tahu yang baginda selalu saja ada wahyu untuk disampaikan.


"Ada apa-apa cerita baru?"

 "Aku tak boleh menyorokkan perkara-perkara yang macam ni. Perkara ni wajib untuk disampaikan. Ya, ada cerita baru."



Baru sikit yang dicerita, Abu Jahal macam tak percaya. 

"Baitulmaqdis? Malam tadi? Dan hari ni dah sampai Mekah sini?"


Abu Jahal hendak ketawa, tapi ditahan ketawanya. Risau jika baginda tidak mahu meneruskan penceritaan.


"Ok tunggu sekejap, jika aku panggil mereka di sana juga, boleh diceritakan kepada mereka sekali?"


Abu Jahal pun mula jerit memanggil yang lain. Seakan-akan ada cerita menarik yang terjadi. Ramai yang datang dan berkumpul. Dan baginda pun mula bercerita dan mendapat respon yang sama seperti Abu Jahal tadi.


"Baitulmaqdis? Dah sampai sini dalam satu malam?"


"Ya, aku pergi menaiki Buraq."


Tiba-tiba ada seorang berkata,

"Sebelum ni semua yang diceritakan kau semua ok, tapi kali ni terlalu besar. Aku takkan percaya. Kamu berdusta, penipu! Sebelum ni cerita kau masih ringan, tapi kali ni kau memang tipu."


Pada waktu itu juga, ada beberapa orang yang terus murtad dari Islam. Terus tinggalkan Islam macam tu seolah-olah berkata, 

"Dia ni Muhammad dah melebih-lebih. Kita pergi 1 bulan, balik pun 1 bulan. Tiba-tiba dia 1 hari!"


Tiba-tiba datang Abu Bakar as-Siddiq, dan berkata kepada orang yang menghina Muhammad:

"Tak baik kau buat begini pada Muhammad. Tak pernah pun dia menghina atau menganggu kamu."


Lalu dibalas,

"Sebab kau tak dengar apa yang dicakapkan tadi! Dengar dulu apa yang Muhammad cakap."


Abu Bakar lantas menjawab,


"Apa yang baginda cakap itu benar."


Belum pun dia mendengar cerita daripada Muhammad, dia telah mengiyakan saja apa yang diperkatakan.


Mereka masih tidak puas hati,

"Tahu tak yang dia cakap yang semalam pergi Baitulmaqdis dan pagi ni juga dah sampai sini?"

"Benar ke Muhammad itu yang kau katakan tadi?"

"Benar!"

"Aku percaya."


Baginda berasa amat gembira dengan respon daripada Abu Bakar tadi. Jadi baginda pun memanggil Abu Bakar dengan gelaran As-Siddiq (benar atau jujur). Sejak haritu, Abu Bakar mendapat gelaran tersebut.


Kemudian yang lain mula bertanya dan memberi soalan ujian kepada Nabi Muhammad, kerana baginda tidak pernah pergi ke Baitulmaqdis. Antara soalannya:


Berapa pintu ada di Baitulmaqdis? Masjid besarnya macam mana? Batunya warna apa?


Nabi Muhammad mula berpeluh, tidak tahu untuk menjawab kerana baginda pergi ke sana bukan tengok pintu, tengok sekeliling atau pergi jalan-jalan. Tetapi baginda mempunyai tugas besar di sana iaitu menjadi imam kepada para anbiya'.


Waktu tu Allah membantu baginda. Bayangan sebuah masjid berada betul-betul dihadapan mata baginda.

"Jadi pintu ada berapa?"


Baginda mula kira setiap pintu yang dilihat. 1,2,3...dan bayangan masjid tersebut mula bepusing selari dengan kiraan baginda. Pintu, batu dan satu persatu perincian diceritakan pada mereka yang bertanya. Mereka semua mula setuju dengan apa yang digambarkan baginda.


"Betullah apa yang dicakap tentang Baitulmaqdis."


Mereka mula merasa kekalahan kerana baginda telah memberikan bukti, tapi akhirnya Abu Jahal tetap berkata:


"Hebatnya sihir Muhammad! Ini semua sihir. Macam mana boleh tahu jika tak pernah pergi ke sana?"


Sampai di sini saja cerita yang dapat dikongsi. Antara pengajaran yang dapat diperoleh daripada peristiwa malam israk mikraj ialah:


Keistimewaan solat
Solat merupakan perintah secara langsung dan menunjukkan betapa istimewanya solat berbanding ibadah yang lain.

Keindahan bersabar
Peristiwa indah yang berlaku bagi menggantikan kesedihan baginda yang kehilangan orang tersayang di dunia.

Allah yang memberi hidayah
Walaupun baginda telah melalui pelbagai kisah yang ajaib dan menyampaikan cerita yang benar, ada saja yang masih meragui meskipun baginda seorang yang hebat dan dikurniakan mukjizat.

Keutamaan khalifah menjadi imam solat
Baginda menjadi imam (pemimpin dan ketua) bagi seluruh manusia, bukan sekadar bangsa Arab. 

Pentingya rakan yang baik
Di saat semua orang tidak percaya, rakan baik tidak meragui apa yang diceritakan malah mempertahankan ketika dihina.


Comments