Pengalaman pelajar perubatan swasta

Sebenarnya tak nak pun tulis tentang medic kat blog. Sebab macam private life, tapi  bila fikir banyak kali, takpelah tulis juga akhirnya. Banyak benda nak cerita, sedih, gembira semua ada. Adalah diselitkan juga tips daripada senior2. Perkataan "swasta" pada bahagian tajuk tu takde benda pun, saja kasi tajuk lain sikit.

pengalaman pelajar perubatan swasta widad university college
Yang ni waktu year 2.  Nanti dah naik clinical elakkanlah pakai baju kembang2 bahagian tangan. Susah sikit nak buat kerja.

Jom join Ecommerce untuk banyakkan lagi sales funnel anda!

Sitegiant E-commerce

Tak cerita menyeluruh pun, sebab aku masih 3rd year. Jadi dapat cerita dari zaman pre clinical (year 1 dan year 2) dan year 3 sikit. Semua tempat belajar sama je, tugas kita sendiri nak bentuk diri kita macam mana. Sebelum ni belajar di asasi upm. Bestlah jadi budak asper ni. Lepastu dapat rezeki pula di bumi Kuantan ni Widad University College, (WUC). Jauhnya dari rumah, takpelah aku cuba yang terbaik! Bak kata senior "grow where you planted". 


Pengalaman sepanjang pre clinical year (year 1 dan year 2):

Zaman ni agak serabut dan agak susah. Semua theory. Kita dan buku sahaja. Takde pesakit, takde hands on. Boleh dikatakan kita baru masuk ke dunia perubatan dan kena serap banyak benda. Banyak gila. Ada yang penting ada yang tak penting, tapi 1st year ni kita belajar semua. Kena tahu semua, tak detail sangat tapi kena tahu. Macam general gitu. Waktu ni kena cuba cari teknik belajar yang sesuai dengan kita. Cara terbaik ialah study group. Waktu pre clinical ni boleh je nak study sorang2, masuk clinical nanti memang kena study group. Ada beza pencapaian kita zaman spm, asasi/matrik/stpm dengan degree. Semua kejayaan yang kita capai tu semua rezeki. Kalau medic ni kita kena study smart dan study hard. Dua2 kena buat.

pengalaman pelajar perubatan swasta widad university college
Sakinah yang pandai tapi dia tak  mengaku. Ni sekadar gambar je, waktu study betul2 takdelah banyak sangat barang atas meja. Serabut kan.

Study smart tu contohnya dalam kepala kena tahu soalan apa yang akan keluar. Ada idea nak jawab dan tulis macam mana, bukan main tulis semua point. Kiranya dapat je soalan nanti kita terus tulis, takde fikir lama atau teragak-agak. Tahu mana yang penting dan mana yang tak. Kena buat soalan past year. Cari soalan common pastu buat. Rajin tanya senior dan discussion sangatlah membantu. Sebab semua orang boleh baca, boleh google. Tapi tak semua boleh terangkan balik, faham dan ingat dalam tempoh yang lama.


Study hard ni kita study semua benda. Cara ni berat sikit la. Tapi kita masih kena buat sebab tak ada ilmu yang sia2. Semua tu berkait, tak boleh nak asingkan. Cuma yang agak2 tak keluar exam tu sekali lalu je takyah fokuskan sangat. Sebab tu penting kena ada instinct. Ingatan yang kuat pun kena ada. Analogi yang mudah ialah bila kita hafal sifir. Lagi senang orang yang dah hafal sifir berbanding orang yang nak kira2 jawapan sifir tu. Dia tahu cara nak kira sifir macam mana. Cuma dia tak ingat, nak kena kira juga. Berlakulah pembaziran masa. Masa penting sebab kita kejar efficient.

Dalam mimpi jelah meja study lawa macam ni. 


Benda yang paling bosan waktu first year ialah subjek histology dan public health. Subjek lain tu semua best, yang paling best anatomy. Histology tu anatomy tapi tu yang kena tengok bawah microscope. Maksud belajar anatomy best bila kita belajar apa yang kita nampak, kita belajar tentang diri kita, badan kita. Faktor kegemaran subjek kita ikut lecturer juga. Lecturer tu best senanglah subjek tu walaupun orang lain cakap susah. Kalau nak tahu list subjek yang bakal dipelajari waktu pre clinical boleh baca blog housemate, tekan [sini: Pre clinical years journey of MBBS].

Yang paling susah emm bila kita gabung semua subjek dan jadikan satu iaitu waktu final exam. Belajar biasalah ada yang susah ada senang, tapi bila exam tu kalau salah target jadi agak susah dan terkejut la gitu. Sayangkan sebab banyak markah hilang. Tak tahu jangan tulis. Jangan assume. Dr pun kata "don't write rubbish". Makinlah kita takut nak tulis kalau tak yakin. Terserlah kebodohan diri kalau kita main tulis je. Nak teka sekalipun, teka biarlah  berilmu.


Kalau rajin tu pergilah museum. Google you tube pun boleh je. Cuma kadang2 tu kita bosan dan nak study ramai2, jadi bolehla ke museum supaya lagi ingat. Subjek anatomy memang kena rajin sangat pergi museum. Kelas pun kadang2 buat di museum supaya lagi jelas dan kita lagi cepat tangkap. 

pengalaman pelajar perubatan swasta widad university college
Di museum, waktu ni rajin pakai baju kurung sebab ada lawatan pelajar sekolah. Nak nampak formal gitu, kalau tak memang lagi selesa pakai baju biasa je. 

pengalaman pelajar perubatan swasta widad university college
Perangai classmate memang macam ni. Waktu ni dah bosan sangatlah maknanya tu.

pengalaman pelajar perubatan swasta widad university college
Antara pelajar sekolah yang datang melawat ke museum. Waktu ni aku, hazim, yana dan sakinah jadi ketua untuk pelajar2 ni. Cerita tentang apa benda medik ni, tujuannya supaya dapat pupuk minat dari sekolah lagi. Cerita simple2 je.

Bersyukur sangat kalau waktu zaman belajar ni kita dapat lecturer yang best dan kelakar. Pre clinical ni boleh dikatakan banyak spoon feeding. Tugas kita faham dan hafal. Hafal dan faham betul2 biar tepat semua. Semua dah bagi, tinggal jawab mana yang berkaitan je waktu exam. Waktu clinical nanti memang kena baca sendiri, tanya sendiri, buat dan cari sendiri. Takde dah spoon feeding.

Waktu pre clinical setiap minggu ada Ploblem-Based Learning (PBL). Ada 7 orang setiap group. Semua case yang masuk PBL semua yang common. Yang kita kena tahu dari A sampai Z. Contohnya case stroke, asthma, sakit jantung dan banyak lagi. Simple je PBL ni, dia macam kita buat discussion dan ada lecturer yang guide kita. Waktu ni kita belajar cara nak bahagikan tugas, cara kita rangka jawapan, cara present case, cara komunikasi, cara lontarkan idea, terima idea orang lain dan yang paling penting kena yakin. Intonasi suara, gaya badan dan eye contact. Jangan tunjuk sangat rasa takut dan blur tu. Kalau lecturer atau kawan2 tanya cuba jawab. Ada je waktu pbl yang best, ada yang hambar. Semua yang kita buat waktu PBL ni merupakan persediaan untuk clinical.

pengalaman pelajar perubatan swasta widad university college
Yang ni group PBL. Teamwork dan saling ambil berat kalau ada kawan yang tertinggal sangat penting. Sebab kita takkan mampu buat sorang2.

Waktu 2nd year paling best. Sebab kita dah tahu stail belajar yang mana berkesan untuk kita. Ada yang tulis tangan buat mind map, ada yang taip tukar dalam bentuk table dan buat comparison, ada yang tulis dan tampal kat dinding. Ada yang baca je dah boleh ingat. Ikut korang lah.

2nd year ni kita akan belajar ikut system bukan general lagi. Kalau 1st year kita belajar semua dari atas kepala sampai bawah. 2nd year dah sistematik dan kita dah boleh adapt. Maksudnya tak terkejut sebab 1st year dulu dah ada basic. Contohnya kita start dengan central nervous system (CNS). Tak tahu kenapa system ni yang start dulu, takpe kita belajar yang susah kepada senang. Semua tentang cns tu kita kena tahu. Dari segi anatomy, physiology, pharmacology, microbiology, pathology dan banyak lagi. Seronok sebab tahu benda ni semua, tak seronok bila kita baca2 pastu lupa. Jadi kena sentiasa ulang dan ulang.

Bila dah masuk dalam mana2 bidang sekalipun, semua bergantung pada rezeki. Rezeki yang paling penting. Dapat case/exam yang senang, patient atau dr baik dan bagi kerjasama, kuat ingatan, mudah belajar dan senang score tu semua rezeki. Cara nak tambah rezeki selain solat dhuha ialah menyambungkan silaturrahim. Kena banyak sabar dan kuat mental. Penat nak jaga hati semua orang ni. Masalah dalam hubungan memang tak boleh lari. Tak kisahla antara family, housemate, classmate, life partner atau jiran sekalipun.

Waktu first year kita akan belajar cara handle majlis dinner untuk aktiviti tahunan. Kitorang buat tema bollywood. Boleh baca di [sini: Majlis Dinner Bollywood Night] kalau nak tahu. Bestlah sebab dapat pengalaman kan. Senior banyak sangat tolong dan bagi tunjuk ajar. Tq senior:-)

pengalaman pelajar perubatan swasta widad university college
Oath Taking Ceremony


pengalaman pelajar perubatan swasta widad university college
 Antara senior yang hadir sewaktu majlis Oath Taking Ceremony. Diorang ni antara batch yang bagus2 lah. Tq atas tunjuk ajar semua.


Sebelum masuk clinical year, akan ada professional exam 1 (pro exam). Pro exam 2 untuk year 5 sebelum grad dan pro exam 1 ni untuk year 2 sebelum masuk clinic. Waktu ni paling penting sekali. Nilah yang menentukan sama ada kita ni layak tak nak masuk clinical. Serabut dan susah lah juga, tapi takpe. Allah ada, doa ibu bapa dan lecturer ada, ilmu yang berkat ada. Andaikata gagal, kena ulang sampai lulus. Boleh je tu jangan risau. Banyak keluar case common, lagi sekali instinct memang penting. Banyakkan tanya senior macam mana soalan diorang dulu, jawab soalan dari universiti- universiti lain. Waktu nilah study group paling function. Study group biasanya 4 orang dah cukup.

Pasal duit pula, memang student life ni kita jadi miskin. Asyik pakai duit je. Bayar buku, sewa rumah, beli barang dapur dan duit makan. Waktu nilah kena belajar cara jimat. Biasalah tu, sabar jap.

Pengalaman clinical year (year 3): 
pelajar perubatan swasta widad university college
Waktu mula2 jejak kaki ke hospital. Nampakkan muka newbie tu.

Kalau rasa pre clinical susah, clinical ni berkali ganda susah. Harungi je semua tu, enjoy the learning process. Jangan terburu- buru. Cakap pada diri sendiri juga ni. Waktu mula2 masuk clinical dulu, haha aku tak tahu nak study apa (medical is broad). Buku ada tapi kita masih rasa 'aku nak kena study apa sebenarnya ni??'. Lama2 tu dah okay dah, dah boleh ikut track. Lain rupanya pre-clinical dan clinical.


Sebelum kita buat posting di hospital, kita kena belajar clinical methodology dulu. Subject ni kita akan belajar intro tentang semua posting. Tahu surface je macam tu. Lama lah juga subject ni, ingatkan sekejap je. Habis belajar clinical methodology akan ada exam dan barulah boleh start posting. Awal2 ni stress juga lah sebab banyak benda baru belajar. Dr baru lagi, suasana baru lagi kan. Kita macam kena cepat2 adapt dengan situasi tu. Waktu clinical methodology ni boleh je start pergi hospital sendiri. Clerk patient dan buat physical examination (PE) semua tu.


Clerk tu maksudnya kita jadi pendengar yang baik pada pesakit tu. Tujuan clerk ni supaya kita tahu dia punya background, tahu kenapa dia boleh masuk ward, tahu kenapa dia boleh sakit macam ni. Kena tahu semua tentang pesakit tu lah bahasa mudahnya. Semua dan detail. Sebelum ambil history taking, kita kena build rapport dulu.


Rapport tu maksudnya hubungan yang harmoni antara kita dengan pesakit kita. Rapport penting sebelum kita tahu background dia. Rapport merangkumi cara kita dekati pesakit tu, cara kita buat dia percaya kat kita, rasa selesa dan rapat dengan kita. Kita taknak dia simpan apa2 rahsia daripada kita. Susah kan rapport ni, kena rajin tanya senior macam mana diorang buat, observe dan praktis banyak kali. Tanya dr pun boleh cuma kadang2 kita lagi selesa tanya orang yang sama level dan hadapi masalah yang sama macam kita, iaitu student juga.

pengalaman pelajar perubatan swasta widad university college
Clerk patient

Rapport ni susah sebab kena banyak praktis dan kena jadi yakin dan peramah. Tunjuk yang kita betul2 concern dengan dia dan empathy (the ability to understand and share feelings of another). Ada senior tu bab rapport dia hebat gila sampaikan ada pesakit nak jadikan dia anak angkatlah dan ada yang ajak datang rumah makan2. Setiap orang ada sisi introvert, kalau boleh kita kurangkan sikit sisi introvert dan lebihkan extrovert. Tapi jangan terover extrovert, make it natural je. Memang ambil masa benda ni, bertabahlah wahai diri!!

Clerk agak susah lah sebenarnya, memang nampak macam tanya2 borak2 gitu je, tapi cara dan gaya kita clerk tu susah. Ambil masa yang lama untuk develop skill clerk yang betul2 clerk. Clerk biasa2 je semua orang boleh, build rapport tak semua orang boleh. Aku pun masih kurang skill ni. Clerk sangat penting sebab ianya bahagian major dalam tugas dr.  Bila kita clerk salah dan tak tepat boleh bawa kepada jawapan yang salah. Dari awal dah salah pengakhirannya mesti salah juga. Sebab tu pentingnya build rapport dan clerk.

Waktu clerk tu, jangan asyik2 nak tulis je semua yang keluar dari mulut dia. Observe dan dengar. Eye contact penting sangat, jadi biarkan pesakit tu yang bercerita, kita dengar dan tanyalah apa yang ada dalam fikiran kita waktu tu. Dah habis dia cerita, baru ambil masa tulis balik cerita pesakit tadi. Ada je yang tulis laju2 sambil clerk sebab nak maintain eye contact dengan pesakit. Susahla sebenarnya sebab nanti akan ada moment yang kita senyap dan pesakit tu pun senyap. Kena tahu "art of history taking". Lebih baik clerk awal pagi sebab kalau dah petang sangat tu pesakit malas nak layan kita. Katakanlah dah ramai student tanya dia pagi dan tengahari tadi, mestilah dia bosan nak jawab dan ajak berbual. Lagi2 kita ni student je, apalah sangat.

Lepas dah clerk dan buat PE, kita kena present depan dr. Nilah tugas kita, clerk clerk clerk lepastu present. Yang ni paling penting, macam mana cara kita present depan dr. Ada script present tu hafal je elok2 tukar mana yang perlu je. Script tu kita yang kena cari sendiri, dr tak bagi pun. Dr cuma guide je.  

Buat PE kat patung tak real kan, macam tak berapa best. Tak rasa apa tak dengar apa. Waktu kelas dengan dr kitorang guna je classmate lelaki buat PE. Tu waktu kelas, kalau waktu bukan kelas contohnya weekend ke free bila2, ingat diorang nak ke buka baju dan merelakan buat PE kat badan dia. Dia pun taknak kan. Jadi pergilah hospital buat PE pada pesakit. Mula2 biasalah takut, jadi kitorang pergi dengan senior. Tengok diorang clerk, buat PE semua. Tq senior!! Semoga dimurahkan rezeki selalu.

Waktu exam tu bila nervous datang, kita boleh jadi lain. Boleh jadi kalut tak tentu pasal. Nervous sebab exam kan, semua serius hafal step dan ayat present kat dr nanti macam mana, dr yang jadi pemeriksa untuk kita tu menggerunkan, kita hands on bukan atas kertas jadi kalau salah tu terus nampak. Penyelesaiannya kena tenang dan tenang. Buat je nampak tenang dan yakin walaupun dalam hati nervous tahap 200%. Yakin tapi jangan terlalu yakin. 


Yang ni aku cerita tentang paediatric posting je (posting kanak2). Sebab baru satu posting sekarang ni.  Bawa lah sekali mainan bagi dia leka waktu buat clerk dan PE tu. Kasut pakai flat je, sebab kena diri lama. 1 jam tu kira paling sekejaplah. Tapi ada je yang prefer heels. Dah biasa, jadi kalau lenguh tu dah boleh adapt. Posting paediatrik ni mula2 macam tak best lama2 tu baru best. Takde sebab pun, dia naturally macam tu. Tak tahu kenapa.


Susah nak dapat perhatian dan kerjasama daripada kanak2 ni. Lagi2 orang yang tak minat budak2 kan. Eye contact dan eye level kena jaga. Ni tips dr lah, waktu kita borak2 dengan mak dia tu, perhatikan sekali budak kecik tu. Bila budak kecik tu pandang kali pertama pada muka kita, terus senyum dan layan2 sikit. Bila kita abaikan atau terlepas pandang pandangan pertama dia kat kita, memang dia takkan pandang kita lagi dan kita takkan dapat hubungan yang baik dengan budak kecik tu. Muka budak tu akan masam je memanjang, pandang kita pun tak. Paediatrik ni kita kena build rapport dengan mak dia dan budak tu sekali. Yang ni tips senior pula, kita kena pandang budak2 tu sebagai ahli2 syurga dan kita akan rasa happy je layan diorang. Bila kita ada aura happy, lagi senang rapport tu nak develop. Nak berlatih dapat rapport yang baik tak semestinya dengan makin banyak pesakit yang kita clerk, makin bagus rapport. Tegur2 pesakit dalam wad pun dah boleh develop rapport. Jadi kalau mula2 rasa susah tu benda biasa. Lama2 kita akan terbiasa.

Phone penting sangat waktu pergi wad. Kadang2 kita nak google benda yang kita tak faham atau kita jumpa benda baru. Makanan mcm biskut2 dalam paket kecil tu pun penting. Tapi aku tak bawa biskut pun sebab malas. Kadang2 kita tak sempat makan, biskut nilah yang membantu waktu kebulur tu. Sebelum pergi ward tu sentiasa doa supaya urusan belajar kita dipermudahkan. Baca allahumma yassir wala tuassir yang bermaksud ya Allah permudahkanlah dan jangan Engkau susahkan.

pelajar perubatan swasta widad university college
Habis posting paeds!
Bila dah kerap jumpa pesakit, borak dan tanya itu ini, lama2 rasa insaf dan kesian akan timbul dalam hati. Kita akan sedar yang bukan kita sorang je yang ada masalah hidup, banyak lagi orang yang hidup dia ada berganda masalah, complicated, orang susah dan kurang bernasib baik. Kita ni kira bersyukur sangat sebab dapat nikmat kesihatan yang baik. Antara nikmat yang selalu kita lupa dan tak perasan. Tak guna pun harta semua tu kalau kita sakit. Alhamdulillah kita sihat.

Pergi hospital nak kereta sendiri dan van/ bas kolej. Tempat posting ada 3 buah hospital iaitu Hospital Tunku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan , Hospital Pekan dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh. Kalau luar daerah tu kena naik van/ bas kolej. Tak suka tempat jauh2, leceh dan pening duduk dalam bas lama2. Kalau dari sudut positifnya kita akan didedahkan dengan banyak case. Lagi banyak lah ilmu baru yang kita dapat belajar.


Exam end of posting (EOP) paeds haritu dapat:

  • short case: cerebral palsy with microcephaly
  • long case: pneumonia. Lega sikit dapat pneumonia.

Rasa agak cuak lah sebenarnya sebab aku baru baca betul-betul cerebral palsy pagi exam tu. Sebab sepatutnya dia akan discharge sehari sebelum exam, jadi baca case dia sipi-sipi je (dalam kepala dah set case ni takde dalam ward, so kita focus case yang ada dalam ward dulu). Sekali pagi tu tengok dia ada lagi, nak nangis rasa. Dr pula memang nak jawapan dalam kepala dia juga. Macam nilah rezeki aku waktu exam, susahla nak cerita tapi apa yang penting dapat present elok dan lulus kira alhamdulillah dan lega dah.


Sepanjang waktu belajar ni akan ada bengkel sunnathon. Kita akan didedahkan tentang cara2 nak sunatkan orang. Bestlah sebab dari bengkel macam ni kita banyak belajar benda baru. Yang ni tak diajar dalam sillibus pun, jadi beruntung sangat kalau dapat join waktu student ni. Maksudnya bila dah kerja nanti kita dah ada pengalaman yang tak semua orang ada. Semua yang kita sumbangkan dikira amal jariah kita dan ni pun dikira rezeki.

pengalaman pelajar perubatan swasta widad university college
Bengkel sunnathon. Biasanya 2 hari pagi sampai petang. Makanan turut disediakan.

pelajar perubatan swasta widad universiti college
Antara gambar sunathon di Jaya Gading
Pilih bidang ni best bila kita minat dan ada sokongan. Kalau takde minat tu yang susah sikit, sebab bila kita dah penat dan rasa nak give up, minat dan goal tu yang kuatkan balik semangat nak teruskan belajar. Selain family dan rakan2, usrah tu pun dikira sokongan kita. Ada masa kita akan rasa down, stress, takde motivasi, malas nak belajar, self doubt dan persoalkan balik kenapa amek medik? Waktu ni kena cepat2 naikkan balik semangat. Bila jatuh kena bangkit semula. Jangan biarkan diri kita drowning dalam perasaan negatif tu. Positif dan terus positif walau macam mana susah dan tak kuat sekalipun.

Kadang-kadang bila down atau hilang motivasi tu Allah gantikan perasaan gembira dengan pertanyaan orang2 di blog. Ramai yang tanya tentang braces. Korang boleh baca di [sini: Pakai braces akhirnya]. Call family atau balik rumah sekejap tu pun dapat naikkan semangat. Ada ahli keluarga yang ceburi sama bidang pun dikira kelebihan sebab kita tahu serba sedikit pengalaman diorang dan dapat tunjuk ajar.

Bila kita dapat pujian daripada dr tu pun antara pembakar semangat untuk kita perbaiki mana yang lemah dan sentiasa berusaha untuk jadi lebih baik. Sebab bila masuk clinical ni kita macam jadi zero balik. Theory semua ada dalam kepala, tapi bila dr suruh buat hands on kita jadi takut dan lupa kadang2 tu. Elakkanlah sebut lupa bila bagi alasan, lupa tu macam dr tak nak dengar.

Team SiteGiant akan guide.Just few click your E-commerce journey are ready to go!
Cakap je sorry dr, my mistake. I will improve more next time. Ataupun, cakap tak sempat nak buat, if you give me more time I will proceed with...cakaplah apa yang tertinggal dan apa yang akan dibuat. Antara pujian dr contohnya:
- You're doing good. Keep it up!!
- You can make it, just push yourself.  Nobody going to push you. Ni bukan pujian lah, kata2 motivated gitu.

Yang paling penting jangan buat hal dengan dr. Sekali kita buat hal dengan dia, pergh serabut kita dibuatnya. Rasa tak tenang je.


pengalaman pelajar perubatan swasta widad university college
Pantai Teluk Cempedak. Kat Kuantan ni sini je tempat yang senang kitorang pergi lepak. Waktu ni sambut birthday Dila.


Banyak lagi yang tak sempat nak cerita di blog. Contohnya oncall, bed site teaching (BST), case summary, case base discussion (CBD), case write up (CWU) dan seminar presentation. Benda ni semua ada markah dalam logbook.

Kadang2 tu kita rasa semangat nak ber-oncall bagai sebab nak penuhkan logbook. Logbook ni guideline aktiviti kita di hospital. Kita kena tahu penyakit yang tersenarai dalam logbook. Kalau procedure pula dia kira berapa kali kita tengok (observe), tolong (assist) dan buat sendiri (perform) prosedure tu. Diri kita rasa macam "logbook aku ni banyak kosong lagi ni, jomlah oncall malam ni". Kena penuhkan juga sebab logbook ada markah.
 Dah oncall tu pergilah minta cop ho atau mo yang free dan tak busy sangat. Kalau nampak macam busy, minta je waktu lain. Waktu oncall tu kira rezeki la kalau dapat tengok procedure. Contohnya kalau nak belajar blood taking, chest tube insertion dan sebagainya prefer datang malam. Takde specific waktu pun nak tengok procedure, cuma kadang2 pesakit banyak masuk waktu malam. Jadi malam2 tu dapat tengok banyak benda lah.

Waktu bed site teaching yang kena berdiri lama. Lama yang betul2 lama. Ikut dr lah ada yang 1 jam je. Kalau rasa nak pengsan atau penat tu duduklah kejap. Bed site teaching ni best cuma kita berebut nak tengok pesakit dan dengar dr cakap. Kadang2 dr cakap slow dan laju, kita yang kena peka. Catatlah semua yang keluar dari mulut dr tu. Kadang2 asyik blur je haha, maksudnya balik kena baca lagi lah tu. Waktu ni kena rajin tanya kalau tak faham dan jawab soalan dr. 

Kalau berminat nak tahu pengalaman senior lain korang boleh tekan [sini: Road to be a Safe Doctor ] iaitu blog Kak Asma yang merpakan senior 4th year. Dia antara senior yang bawa kitorang dan bagi banyak tunjuk ajar untuk pergi clerk semua waktu mula2 masuk clinical. Jadi harapnya post kali ni dapat memberi manfaat pada semua. Target nak tulis sikit je, tapi terbanyak pulak kan. 

Untuk pengetahuan semua, Widad Group dapat kontrak rm 190.5 juta daripada Wardah Properties Sdn Bhd untuk membina sebuah hospital private di Bandar Kinrara Puchong Selangor. Tempoh pembinaan dijangka ambil masa selama 36 bulan bermula dari 3 November 2019. 


pelajar perubatan swasta

pelajar perubatan swasta
pelajar perubatan swasta
Cuba teka dapat dekan posting apa? Jangan lupa baca cerita setiap posting bawah ni okay!


Update:
Boleh tekan link berwarna di bawah kalau nak baca pengalaman posting yang dah ambil setakat ni. Kalau tak boleh tekan tu maksudnya tak update di blog tentang posting tu sebab malas hahah dan ianya berlalu begitu saja, takde yang menarik jadi malas nak update blog.


Year 3:
  • Peadiatric Posting
Year 4:
  • Basic Life Support (BLS) and First Aid Posting
  • Palliative care and Clinical Lab
  • ENT posting (online)
  • Forensic posting (online)
  • Orthopedic posting (online)
  • Emergency posting (online)
  • Elective posting (online)
Waktu posting yang best, semua online. Sabar je lah wahai diriku, dulu waktu y3 tak sabar nak masuk forensic, ENT, emergency sebab posting tu waktu y4 je. Senior cakap posting tu semua best. Takde ulang dah. Burn macam tu je, bayar mahal-mahal online je ea. Baru nak dapat pengalaman berbeza sikit. Elective tu lagilah, dah plan trip nak buat antara di Sabah, Cameron Highland atau Langkawi. Lebih kepada nak bercuti sambil belajar je sebenarnya. Tapi online memang cancel semua tu. Tapi takpe, moving on je. Memang tak sempat pun nak top-up semua ni waktu y5. Kan busy dah.


Year 5:


Ortho kan major posting. Kena cover sendiri posting ni kalau rajin. Kalau rajin. Double workload, double effort, double knowledge. Disebabkan online je, takdelah cerita pengalaman tentang posting ni semua, baru berangan nak simpan kenangan student dalam blog.


Update: 
Kalau nak tanya, tanya sini je ok. Tak perlu email atau dm instagram sebab mostly korang tanya soalan yang sama. Nak transfer credit boleh je no problem. Ramai je yg transfer credit dulu waktu Mesir bergolak.

Segala jenis tips/kemudahan/subjek/jadual tu panjang lebar nak cerita. Jadinya kadang tu copy paste je jawapan pada yg pernah bertanya. Jadi korang tanya sini je ok supaya orang lain pun boleh tahu. Semua orang sama, semua tak tahu.


Peniaga online yang nak luaskan dan tingkatkan lagi business marketing dan sales boleh baca entri tentang E-commerse NOMBOR 1 Malaysia di [SINI]

Comments

  1. Ada sambungan baru aaa hahaha good aini good

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha aku sambung waktu korang oncall haritu.

      Delete
  2. Hye assalamualaikum akak dapat biasiswa ke?harap akak dapat share lebih banyak pengalaman renting medic Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, takde rezeki nak dapat biasiswa. Duit yuran pengajian daripada pinjaman ptptn dan afin bank. Okayy insha allah akan lebih banyak lepas ni.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  3. Salam akak.so far best tak blajar kat widad?mnyesal tak tingglkn upm?btw, nnti graduan widad sng x nk dpt kerja?for medcine.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks sngt2 akak bgi respond sbb sy tngh keliru.tak tau nk proceed dngn degree yg ada skang kat ukm n lepasni smbung master or stop then amik medic.
      My last question, haha brapa kos total pelajaran perubatan kat widad n mmg sume kat situ bayar guna duit sndiri ke?mcm akak sy baca guna ptptn & affin bank kan?slain tu ada lagi tak?haha.

      Lastly i would be glad klu akak ada nk share pape lagi untuk sy sbb sy pon tngh keliru ni.tak tau camne nk decide.klu degree skang sy x buat pape pinjaman.klu amik medic sy akan ada bnyk hutang hahah.

      Delete
    2. Assalamualaikum kak , saya nak tanya.. Mcm akak pinjam affin edu financing tuh.. Berapa tahun ye tempoh pembayarannya kembalinya?..

      Delete
    3. Waalaikumsalam tempohnya minimum 5 tahun dan maximum 15 tahun

      Delete
  4. Ada yang tak dapat tawaran houseman tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni semua dapat kerja. Takde yang menganggur, merata tempat dah.

      Delete
    2. Kira mbbs di widad ni memang berkualiti dan senang je nak diserap di hospital kerajaan?

      Delete
    3. Kira mbbs di widad ni memang berkualiti dan senang je nak diserap di hospital kerajaan?

      Delete
    4. Alhamdulillah ramai yg berkualiti walaupun widad ada je kekurangan. Tapi still boleh survive, boleh adapt. Ofc ada je sekelompok kecil yg tak sejalan seperti rakan2 yg lain. Ada je yg repeat sini sana. Ada je yg attitude tak sebagus knowledge.

      Mudah serap, takde yg tertinggal sebab semua graduan medic under MMC. Tempat kerja bukan university yg tentukan lagi. Terlepas 1st intake, 2nd intake nanti dapat. Waiting period setahun (8-9 bulan camtu). Kena faham system malaysia sekarang ni macam mana, nanti dah kerja baru tahu senang ke susah nak stay kerajaan. Mostly susah.

      Delete
  5. good sharing and niceinfo...btw..akak jaga program pakk pendidikan awal kanak kanak-jika ade brminat utk mohon jom wsp 011-16930576...nak tau psl progrm nursing. dn pharmacy pun bole wsp k.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum sis, saya bakal student medic widad uc nk tanya beberapa soalan;

    1) berkenaan pinjaman, boleh ke buat full loan ptptn? or kena buat loan dgn widad uc & affin bank sekali?

    2) pastu penginapan pelajar dekat mana ya location dia? and camne nk tahu kita duduk hostel or rumah sewa? kita decide or widad uc yg decide?

    3) and kalau duduk hostel / rumah sewa, berapa orang sekali duduk? berapa byk bilik?

    4) and pengangkutan tu mmg ade setiap masa ke? means tak kisah kita kelas pukul berapa mmg pengangkutan sentiasa ada la en?

    5) ok last questionnnn, sistem semester deg ni 2 semester en setahun? satu sem berapa bulan and berapa bulan cuti sem?

    harap sis sudi reply soalan saya ni huhu ;) tqqq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, congratsss!

      1) Tak boleh buat full loan ptptn. Ptptn dapat separuh je (depend gaji parent). Kalau parent penerima BRIM, boleh buat penambahan loan ptptn. Yang berbaki selebihnya boleh pilih nak buat loan dengan affin bank/ widad/ zakat/ kwsp/ duit sendiri.

      2) Hostel untuk lelaki di Taman Polo, macam rumah sewa. Ada 1 atau 2 tingkat, bukan macam asrama atau dorm. Kalau perempuan duduk di apartment (Widad Riverview Apartment), jadi macam asrama sebab ada warden dan guard. Kedua-duanya widad uruskan, jadi bayar sewa under college.

      3) Bulan pertama bayar rm280, bulan seterusnya Rm180 sebulan dah termasuk api air. Medic satu rumah kurang dari 10 org. Diploma ramai 12-14 orang satu rumah. Medic je dia letak sikit. Boleh je nak campur kos lain, tapi medic biasanya dia tak kacau. Lelaki tak tahula ada berapa bilik, perempuan 3 bilik satu rumah.
      Katil, almari, meja belajar sorang satu, kerusi, mesin basuh, ampaian dah disediakan. Peralatan memasak semua tak disediakan.

      4) Bas tak setiap waktu ada. 8am, 10.30 am, 2pm, 4.30 pm dan 6 pm.

      5) Betul, 2 semester setiap tahun. 1 sem 6 bulan. Cuti sem tak tentu. Paling lama sebulan, paling sekejap 2 minggu.

      Delete
  7. Assalamualaikum akak, saya nak tanya time iv medic widad ni, dia tanya soalan apa je ya? Soalan semua dalam english kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbalas kat email pula. Tak perasan sorry!

      Tahniah!!

      Iv senang je. Mungkin soalan dah lain sekarang. Ni soalan 4 tahun lepas.

      Semua English unless dia borak2 gurau2 adalah tu dalam malay. Soalan basic:

      Introduce yourself (dari A-Z)
      Why become a dr?
      Prefer teamwork or alone? Why? Yg ni jawab teamwork.
      Ada scene accident, what will you do? Jawab call for help 999. Dah tu barulah jawab try to stop the bleeding by compression.

      Tu jelah yg ingat, iv chill je. Banyak lagi soalan yang ditanya, tapi lupa dah.

      Delete
  8. Assalamualaikum akak, nak tanya, jadual kelas every day pack ke? mcm, ada kelas dari pagi smp petang ke? or kelas tak pack sgt? tak lama lagi nk daftar masuk haha,,, harap sudi reply...tqqq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam congrats!!

      Jadual tak tentu. Ada masa kelas rasa pack sangat, ada masa rasa banyak sangat masa lapang. Kadang 12.30pm dah habis, kadang 4.30 pm baru habis. Dan ada je pernah drag sampai 6 petang.

      Delete
  9. sesiapa yg nak dibantu dlm proses pembelajaran perubatan secara mudah, menarik dan berkesan - esp yg duk area seremban n.s...boleh message dr azmi 019 2787061

    ReplyDelete
  10. Salam. Terima kasih atas perkonsian yg bermanfaat ini. Nak tanya ttg susah senang pelajar widad dpt tempat utk buat houseman / kerja, dari pengalaman sendiri, kawan2, seniors. Sbb pelbagai rumours sgt ttg pelajar perubatan. Jd nak tanya dari org yg mengalaminya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, takde pengalaman lagi. Jawapan di bawah semua drpd senior sendiri. Penempatan kerja bukan bergantung pada university. Make sure kena settle hutang dgn university dulu, baru boleh dipanggil kerja. Baru boleh mohon e-ho.

      Senior:
      - Widad takde isu dengan MMC, semua lancar. Sebab kan pernah jadi ada beberapa university yg sangkut kat MMC, jadi pelajar diorang dah lapor diri 1st day tu tapi hospital kata nama takde dalam senarai houseman. Kecoh isu ni sebab berlaku tahun ni, boleh google sendiri.

      -Sekarang ni macam every month ada e-ho sebab tak cukup sstaff

      -Tahun ni dah 4 kali, dijangka lagi 2 intake lagi tahun ni

      -Bulan 10 habis belajar, bulan 4 start tagging (<6m waiting period). Sebelum covid dulu lama, 8-9 bulan baru dipanggil.

      - Selebihnya bergantung pada kelajuan internet waktu mohon e-ho dan kekosongan hospital.

      Delete
  11. Salam kak.. macam mana kalau family M40 still nak sambung medic kat widad? I mean dari segi pembayaran yuran tu kalau kita dah buat pinjaman dgn ptptn dan affin so berapa yg kita kena bayar ? Akak dulu buat bayaran setahun dalam berapa roughly?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, lepas exam saya balas. Will get back to you 1 week later.

      Delete
    2. Masih mengharapkan jawapan ke? Sorry lambat. Bagi saya ok je, sekarang kan pinjaman dah banyak. Tak susah macam dulu. M40 ok je, boleh survive.

      Tinggal bayar yuran setiap kali naik semester, Rm1500. Ada 10 semester. Yang lain dah cover.

      Bayaran tahunan tak sure.

      Delete
  12. Assalam akak. Saya nk tanya akak beberapa soalan

    1) yuran2 yg perlu dibayar semasa mula2 mendaftar mahal tak

    2) setiap kali naik semester kena bayar 1500 ka? Duit apa tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam
      1. Tak ingat. Rm2000 untuk yuran semester. Duit hostel dan pengangkutan tak ingat berapa.

      2. Betul. Tu tak tau untuk apa, tak pernah diberitahu untuk apa. Tanya je finance kalau nak tau detail.

      Delete
  13. Assalamualaikum akak, how do you apply for widad or other university for degree after you finish asasi upm because what i know now asasi upm is known as asasi tertutup kan? if you dont mind me ask.

    ReplyDelete
  14. Wasalam. Apply on widad university college website, look for mbbs degree, fill in the form accordingly and attach the documents needed. Wait for the email and interview. I did receive the offer from upm but not my degree of choice, so I searched on private straight away. Still upm will ask “terima tawaran / tolak tawaran” about the degree, I clicked on tolak tawaran. They’ll replace with somebody who really wants it.

    ReplyDelete
  15. Serammm, lagi2 part present, study group ngn clerk tuu. Saya ni dahla jenis pendiam, takut nak bercakap ngn orang. Jenis yg slow lak tu. Tapi nak ambik medic 😂
    Tapi actually still confuse gak ni nak ambik ke taknak, minat tu ada lh jugak tapi rasa cm tak kuat pun ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah pendiam juga, ok je. Semua ni proses…step by step, nanti lama2 ok je. Cuma kene tahu once dah masuk medic, semua benda berubah. Semua keputusan kita fikir medic sekali macam tu la.

      Delete
  16. Akak yang bangunan hospital private widad tu masih dibina lagi ke dah siap dibina kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sure, rasa macam tak jadi projek tu, diorang buat hospital kat tempat lain (Langkawi). Tak amek tau pun perkembangan.

      Delete
    2. ooo...wahhh..bestlah baca story akak n your blog....keep writing tau....always wondering to enter med school

      Delete
    3. Tq I appreciate 🥰🥰, this means a lot. You just made my day. I don’t know how to keep on writing, so hard these days.

      Delete
    4. Today’s story reminded me of your comment. Always wondering to enter med school?

      Think carefully. Think million times. You sacrifice your life a lot with many disadvantages. If your passion is strong enough regardless the uncertainty, then come and join us. It’s time consuming and non stop learning.

      Delete
  17. Hai kak, mybe soalan sy agak kebudak2an sbb br hbs spm huhu. Masa present tu ckp english ke 🥲 and then masa blja pon dlm english je ke. Doc speaking je ke 🥲

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah habis spm. Present english, belajar pun english. Discussion campur je bahasa melayu. Dr tak setiap masa speaking.

      Delete
  18. salam kak, kalau yg affin edu financing tu kita boleh pilih amount yg nak dipinjamkan ke mcmne? and bila kita kena start bayar balik pinjaman tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, bank yang akan tentukan berapa banyak boleh pinjam. Bergantung pada gaji mak bapa atau penjamin, mampu bayar balik atau tak. Kalau gaji tak mampu, bank tak kasi pinjam.

      Bayar balik ikut tarikh agreement dalam surat yang sign tu. Dia dah tulis lengkap, saya sendiri tak ingat.

      Delete
  19. Maklumat yang berguna untuk bakal pelajar yang sambung dalam bidang medic

    ReplyDelete

Post a Comment